CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

Resipi Popia Basah

25-2-2015 04:25 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 6505| Komen: 0

Description: Popia basah mempunyai tiga bahagian utama iaitu kulit, inti dan sosnya.

Bahan-bahan Kulit Popia Basah:

1 kg tepung gandum
1 biji telur (telur putih sahaja)
5-7 sudu makan minyak masak
5 camca teh garam atau secukupnya
4 1/2 cawan air
Cara Membuat Kulit Popia Basah:

Masukkan air, putih telur, minyak masak dan garam kedalam mangkuk adunan dan kacau sehingga sebati.
Kemudian tambahkan tepung gandum dan gaulkan. Pastikan adunan tepung tadi akan terbentuk seperti gam.
Tutup adunan dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam.


Pastikan anda menggunakan kuali leper dan tiada kesan minyak. Panaskan kuali dengan api sederhana kecil, sapukan adunan tepung bebentuk bulat ke atas kuali leper.
Biarkan kulit popia masak dalam masa baberapa saat.
 

Sos Popia Basah
Bahan-bahan

1 biji bawang besar dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
4 sudu makan udang geragau (dikisar kering)
3 senduk masak cili kisar (tambahkan jika anda mahu ia lebih pedas)
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap cair
3 sudu gula merah
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Secubit asam jawa
1 1/2 mangkuk air
Tepung jagung (dibancuh dengan air)
Cara membuat:

Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga garing.
Kemudian masukkan udang kering/geragau (tumis juga).
Masukkan sedikit air dan kacau rata. Kemudian tambahkan sos tiram, kicap cair dan gula merah. Masukkan air, garam, gula dan asam jawa kacau dan biarkan mendidih.
Setelah mendapatkan rasa yang anda kehendaki masukkan tepung jagung dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang anda kehendaki.


Rasa yang sesuai untuk sos popia adalah manis, sedikit masam, sedikit pedas dan yang terpenting adalah rasa udang geragau.

Inti Popia Basah
Bahan-bahan

1 biji  bawang besar
3 ulas bawang putih
1/4 inci halia
3 sudu makan udang geragau (kisar)
1 batang lobak merah
200 gram taugeh
1 biji sengkuang cina
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
 

Cara membuat
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau, masukkan udang geragau kisar dan tumis hingga sedikit garing.
Tambahkan lobak merah dan sengkuang cina. Biarkan sehingga sedikit lembut, masukkan taugeh, garam dan gula.
Kacau dan biarkan sehingga cukup masak.
 

Menyediakan Popia Basah:

Bahan-bahan

Kulit popia
Inti popia
Sos popia
Kobis (dimayang halus)
Kacang tanah goreng (tumbuk/kisar)
Bawang goreng (dikisar)
Daun bawang (dipotong halus)
Cara Membuat

Sapu rata sos popia pada kulit, taburkan sedikit kobis, kacang tanah goreng dan bawang goreng. Letakkan inti popia kemudian gulungkannya.
Untuk menambah rasa yang lebih hebat, sapukan sos keatas popia basah yang siap digulung dan taburkannya sedikit kacang tanah goreng dan bawang goreng.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.096864 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top