CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

Keenakan Ulat Kayu Bakau Atau Kejumah

13-2-2015 02:11 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 16350| Komen: 12

Description: PERNAH MAKAN HIDUPAN INI ?... Ini adalah ulat kayu bakau atau Kejumah gelaran yang dipanggil di Daerah Lundu, Kuching.



PERNAH MAKAN HIDUPAN INI ?... Ini adalah ulat kayu bakau atau Kejumah gelaran yang dipanggil di Daerah Lundu, Kuching. (Gambar kecil bawah)…bahagian bulat seperti mata adalah merupakan kepala Kejumah dan bahagian bertulang dua merupakan ekornya.

KEJUMAH (temilok)mungkin tidak ramai yang tahu, jika disebut ulat kayu bakau mungkin ramai yang tahu keenakkan rasanya. Jika anda pertama kali melihat hidup-hidup ulat ini akan terasa geli dan takut untuk merasakannya dan apabila anda telah pertama kali merasa sudah tentu ingin untuk kali kedua.


Paling enak dimakan secara mentah yang diambil terus daripada kayu bakau yang baru dibelah. Ia juga boleh dimakan secara rebus campur daun bawang dan buat gulai pedas. Rasa Kejumah ini seakan-akan rasa kita menghirup telor separuh masak tanpa telor kuning.



Kalau ada terdapat di Tamu Pekan Lundu ia adalah dijual dengan harga RM12 setin susu junjung yang seberat 388g. Difahamkan bawah bukanmasyarakat Dayak sahaja gemar malah kaum Cina di Lundu juga gemar makan Kejumah ini kerana keenakkannya sukar dicari.


Proses mencari kejumah di kawasan bakau dengan membelah kayu bakau.

Kejumah ini hanya banyak terdapat di kawasan hutan kayu bakau berpaya yang menerima fenomena alam semulajadi air pasang surut air sungai,pencarian Kejumah juga tidak begitu sukar kerana ia sentiasa ada dikayu bakau yang telah lama ditenggelami air.


Tetapi tidak semua kayu bakau yang telah lama tumbang selama 2 tahun juga mempunyai Kejumah, ia kerana bakau lama tumbang ini tidak kena pasangsurut air yang menenggelamkan bakau berkenaan.


Cara menentukan kayu bakau yang mempunyai Kejumah ini ialah dengan memotong beberapa bahagian sahaja, jika terdapat lubang-lubang pada kayu bakau ini maka petanda adanya Kejumah di dalamnya, cuma kita tidak dapat pastikan berapa banyak di dalam sesebatang bakau itu.


Kerja-kerja mencari Kejumah ini tidak susah asalkan kita tahan berjalan kaki bejam-jam lama dan tahan memikul tong seberat 18 litter yang berisi Kejumah, memikul chainsaw dan kapak .


Kita juga kena tahan serangan nyamuk hutan kayu bakau berpaya, kena tahan merempuhi kawasan payah dalam dan jika kita mempunyai ketahan semua ini maka tiada sebab kita tidak memperolehi Kejumah sebanyak mana yang boleh.


Kerja mencari Kejumah ini amat seronok kerana ia secara tidak lansung cuba menguji ketahan fizikal kita dan hasrat yang tinggi untuk menikmati keenakkan rasa Kejumah yang dimakan secara mentah di dalam hutan. Bagi orang islam jangan ragu ragu untuk makan Kejumah kerana Jabatan Mufti Negeri Sarawak mengeluarkan fatwa bahawa Kejumah boleh dimakan kerana ia bukan hidupan dua alam. Bagi yang belum mencuba boleh mencuba dengan berkunjung ke Sarawak.









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_Presa1200 7-2-2015 03:15 AM
aq lg rela mkn lala bambu drpd benda geli camni, best ke hirup telor separuh masak??
Quote pfiza 7-2-2015 07:22 PM
cmf_Presa1200 replied at 7-2-2015 03:15 AM
aq lg rela mkn lala bambu drpd benda geli camni, best ke hirup telor separuh masak??

Selera tekak masing masing, nampak sedap x hehe

Quote cmf_Presa1200 8-2-2015 01:57 AM
Bkn ape, geli tgk benda tu merangkak dlm lubang2 yg mcm sarang semut.
Quote tanganbercakap 11-2-2015 03:00 AM
Nyesal bukak
Quote chica_chica 28-2-2015 02:16 PM
haahha gelinya macam nampak alien mata satu  eh tapi skang bukan fatwa makan ulat haram kan....sebab kata haritu ukat sagoo dah haram
Quote Felycya 9-3-2015 07:37 AM
Mak aihh..
Loya tokak den pepagi ni.
Quote matahari7001 9-3-2015 08:56 AM
ooo the look of it.. freaky!!
Quote makciktijah 20-3-2015 04:21 PM
dulu makcik masa kecik duduk di kampung, belakang rumah ada paya bakau, tapi tak pernah pulak nampak ulat begini. agaknya yang monyet dok korek2 kutip masuk mulut tu ulat ini mungkin.
Quote pfiza 22-3-2015 12:25 PM
makciktijah replied at 20-3-2015 04:21 PM
dulu makcik masa kecik duduk di kampung, belakang rumah ada paya bakau, tapi tak pernah pulak nampak ...

ye lah tu, x cuba jadi FBI ke

Quote NazilaSK 23-3-2015 04:26 PM
Aku ok tengok makanan gini tapi jangan aku tengok sumber dari mana datangnya.
Geli weh tengok ulat bergelayut meliuk2 dalam kayu tuuuuu....  
Quote Kak-Leen 1-4-2015 04:02 PM

Kalau letak depan akak, mau akak pitam ni!
Quote pfiza 1-4-2015 08:33 PM
nmpk mcm x sedap tapi rasa dulu la

Lihat semua komen(12)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.204613 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top