CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masyarakat Hindu Puji Najib Kerana Sertai Sambutan Thaipusam

6-2-2015 03:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5756| Komen: 6

Description: Sambil Mengalu-Alukan Lawatan Itu, Negarawan Hindu, Rajan Zed, Dalam Satu Kenyataan Di Nevada (Amerika Syarikat) Hari Ini, Menyifatkannya Sebagai 'Langkah Ke Arah Yang Betul'.
Masyarakat Hindu puji Najib kerana sertai sambutan Thaipusam, kata Negarawan



SINGAPURA: Masyarakat penganut Hindu memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyertai sambutan Thaipusam di kuil Batu Caves dekat Kuala Lumpur, Selasa lepas.

Sambil mengalu-alukan lawatan itu, negarawan Hindu, Rajan Zed, dalam satu kenyataan di Nevada (Amerika Syarikat) hari ini, menyifatkannya sebagai 'langkah ke arah yang betul'.

Kunjungan tersebut menghantar mesej mengenai keterangkuman dan keharmonian dalam masyarakat Malaysia.

Rajan, yang juga Presiden Persatuan Hindu Sejagat, menaruh harapan agar Najib dapat melakukan lebih lagi untuk masyarakat minoriti India di Malaysia supaya mereka tidak berasa terpinggir dalam kerancakan ekonomi Asia Tenggara dan mendapat manfaat daripada pertumbuhan industri selama beberapa dekad.


Sambil berkata masyarakat India telah menyumbang besar kepada pembangunan dan membangunkan Malaysia, Rajan menegaskan tentang perlunya memperkasakan masyarakat itu melalui pelbagai cara, termasuk mewujudkan persekitaran perniagaan untuk mereka, melengkapkan usahawan, menyediakan lebih banyak peluang dalam institusi pendidikan tinggi dan lain-lain.

Rajan juga mengalu-alukan gesaan Najib pada masa lalu bagi mengadakan dialog antara agama. Beliau berkata sesi dialog akan membawa manfaat bersama.

Rajan menyarankan supaya semua agama bekerjasama untuk mewujudkan dunia yang adil dan aman.

"Agama adalah komponen kukuh dan kompleks dalam kehidupan manusia, jadi kita mesti memberi perhatian serius. Pemahaman yang lebih inklusif dan luas tentang agama diperlukan, katanya.

Beliau juga berharap Najib dapat menganjurkan dan mempengerusikan sesi dialog tahunan di Kuala Lumpur bersama pemimpin semua agama yang sedia ada di Malaysia dan merangka strategi bagi memperkukuh keeratan dan perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia.

Najib yang berpakaian kurta tradisional India diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor semasa lawatan ke Batu Caves dan meluangkan masa kira-kira sejam menyaksikan sambutan Thaipusam kali ke-125 yang dihadiri oleh 1.6 juta orang.
18

Bagus
17

Marah
27

Terkejut
12

Sedih
22

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (112 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dinamokiev 6-2-2015 12:15 PM
Bagus PM. Jangan jadi macam sesetengah pemimpin yang Racist tidak kira BN or PKR.
Quote LabuLabi69 6-2-2015 12:41 PM
PM yg pg smua perasaan tmasuk ke sabah n sarawak ...
Quote tintabiru73 9-2-2015 11:59 AM
Tahun nie 1.6 juta peserta Thaipusam mendoakan Najib & Rosmah bila masuk Batu Caves.....
Quote d'zeck 9-2-2015 12:02 PM
tajuk yang sengaja memancing
sentimen agama ni apek @pendeta

mencelah semasa perhimpunan ramai orang,
sebab ambil
kesempatan keling dah berkumpul ramai2,

bukan sertai acara agama
Quote pendeta 9-2-2015 02:44 PM
d'zeck replied at 9-2-2015 12:02 PM
tajuk yang sengaja memancing
sentimen agama ni apek @pendeta

saya melayu dan juga Islam
Quote bangcak 9-2-2015 04:44 PM
d'zeck replied at 9-2-2015 12:02 PM
tajuk yang sengaja memancing
sentimen agama ni apek @pendeta

jgn lupa follow rapat segala 'langkah ke arah yang betul' tu ye

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.050770 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top