CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

10 Jalan Utama Di KL Ditutup Sempena Perayaan Thaipusam

21-1-2016 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 6698| Komen: 9

Description: Sepuluh jalan utama sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat mulai 10 malam, Jumaat ini bagi memberi laluan perarakan "Pedati Perak" bersempena sambutan Thaipusam.



Oleh : TS LOO



Sepuluh jalan utama sekitar ibu negara akan ditutup secara berperingkat mulai 10 malam, Jumaat ini bagi memberi laluan perarakan "Pedati Perak" bersempena sambutan Thaipusam.


Menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur DSP S. Markandan, antara laluan terlibat ialah Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut dan Jalan Sri Amar.


Beliau berkata demikian pada pada sidang media semalam berhubung kawalan lalu lintas perarakan bersempena Thaipusam yang disambut pada Ahad ini (24 Januari).


"Perarakan pergi pada Jumaat akan bergerak dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee dan melalui sepuluh jalan utama tersebut, kemudian ke Jalan Tun Razak (pusingan-U depan Bomba), Jalan Ipoh (Jalan Salleh), Jalan Kovil Hilir, Lorong Konvil Hulu, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh, Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves." 


"Penutupan jalan yang berakhir Selasa depan akan dilakukan mengikut pergerakan kumpulan perarakan dan dibuka semula kepada pengguna jalan raya setelah mereka selesai melalui jalan tersebut."


Justeru itu, orang ramai yang ingin melalui kawasan tersebut dinasihatkan supaya menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas pada hari berkenaan.- CARI Infonet




sumber berita : www.astroawani.com


1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nokiaman 21-1-2016 10:26 AM
Tutupp jangan tak tutup..
Vel..Vel..la kekdahnyaaa
Quote Suchi 21-1-2016 10:30 AM
so senin nih coti lah kn bg negeri2 yg cuti masa thaipusam ni kn?
Quote fifie_olin 21-1-2016 11:48 AM
x ksh la ...jnji isnin cotii....
Quote asyriqa 21-1-2016 11:56 AM
Hakak changa ikut berarak skali tak... ampun gurau jek
Quote clarizsa 21-1-2016 12:00 PM
oooo... penang pun mesti sesak...

dok umah diam2.. haha
Quote DayangKirana 21-1-2016 12:27 PM
sape2 yang keje area KL time coti tuh harap bertabah ye..
macam tak biasa kan?
Quote cmf_azure 21-1-2016 12:55 PM
KL pun cuti juga...
Quote Knowlee 21-1-2016 03:50 PM
Ai balik kampung!!! Huhu.
Quote MeghanK 21-1-2016 03:57 PM
kakaka..last year stuck kat gombak..kebetulan hari tu ada appoinment ngn dentist..dah la buta jalan, nak pasang gps tak sempat dah..memang sesat barat lah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.067941 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top