CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Oldtown White Coffe Hidang Tauhu Pork Aka Tauhu Babi?

2-2-2015 09:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 22810| Komen: 121

Description: Oldtown White Coffee Turut Memaklumkan Mereka Sedang Berusaha Menghubungi Pelanggan Yang Memiliki Resit Itu Bagi Mengenal Pasti Cawangan Terlibat Seterusnya Mengelakkan Peristiwa Sama Berulang.
AUTA

SEJAK beberapa hari lalu, tersebar di laman sosial satu resit makanan yang dipesan di sebuah kopitiam Oldtown White Coffe.

Pada resit tersebut, tertera tulisan 'taufu pork ball' dalam sajian mee kari yang dikatakan hanya disedari oleh seorang pelanggan selepas membayar hidangan tersebut.

Mesej yang tersebar itu turut mendakwa hidangan tersebut disahkan mengandungi babi oleh pelayan di kopitiam tersebut.

Dalam mesej itu turut mempersoalkan mengenai status halal Oldtown White Coffee walaupun telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


FAKTA

OLDTOWN White Coffee dalam kenyataan di laman Facebook menafikan menghidangkan sajian babi di semua cawangan mereka.

Menurut kenyataan itu, terdapat kesilapan ejaan pada resit yang tersebar di laman sosial.

“Salah faham ini berpunca daripada kesilapan ejaan kakitangan di cawangan kami yang memasukkan pesanan secara manual ke dalam sistem.

“Apa yang kakitangan kami maksudkan ialah tau fu pok (taufu goreng), bahan berasaskan soya yang terdapat dalam mee kari. Tiada dalam menu kami hidangan yang dikenali sebagai taufu pork (babi),” kata kenyataan itu.

Oldtown White Coffee turut memaklumkan mereka sedang berusaha menghubungi pelanggan yang memiliki resit itu bagi mengenal pasti cawangan terlibat seterusnya mengelakkan peristiwa sama berulang.

Dalam pada itu, Oldtown White Coffee juga memberi jaminan akan terus bekerja rapat dengan Jakim dalam memastikan semua peralatan, bahan-bahan, pembekal dan prosedur pembersihan terus memenuhi keperluan halal oleh jabatan itu.






TAUHU POK - TAUHU KERING




Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bellaa 1-2-2015 11:35 AM
beberapa komen yg sempat di snapshot :





Quote wadiunong 1-2-2015 11:42 AM
Paparich yg xde cert halal jakim tu pon rilex je ummah meleis isle makan. aku caya je resit tu ada typo
Quote jengkoil 1-2-2015 11:42 AM
Babi haram zizik...rasyuah halam...

Ni salah mak bapak, setaz setazah kat sekolah yg dok ajar babi anjing haram zizik...tapi lupa nak bagitau hukum rasyuah...
Quote helmiex 1-2-2015 11:42 AM
Walao biar betul, salah key in ke apa tu







Quote poison_paradise 1-2-2015 12:09 PM
Edited by poison_paradise at 1-2-2015 12:27 PM

Pekerja asing old town busuk2.. Bau ketiak..keje serve mkn plak tu.. Hlg selera.management perlu buat grooming..
Quote mbhcsf 1-2-2015 12:11 PM
Kat klia i nampak logo halal jakim..ok je. Nothing yg syubhah.
Quote ice_sky92 1-2-2015 12:13 PM
Melayu ni cepat sentap. Asyik viral kt social media je. Check la betul2 dulu. Prftttttt.
Quote ice_sky92 1-2-2015 12:14 PM
Rasuah ok je. Rokok ok je. Arak ok je. Asalkan bukan babi. Prftttttt.
Quote 123456 1-2-2015 12:15 PM
tauhu pok pun tak tahu?
gambar pertama tu chakoi

http://secawancoffee-sesuducream ... solok-tofu-pok.html
Quote ~anya~ 1-2-2015 12:15 PM
Nga ke ngeh yang punya ...Mereka kan pemakan babi tegar. .. sangat pelik kah kalau kopitiam kepunyaan mereka serva babi? I dont go there. . Boycott product cina komunis...
Quote primemova 1-2-2015 12:19 PM
Old town ni sekali makn kalau saty keplaansure min rm15.. Baik korang makan nasi bryani terus+ minum ais kosong pun rm15... Lagisedap
Quote primemova 1-2-2015 12:19 PM
*satu kepala
Quote setokinpurple 1-2-2015 12:27 PM
Sblm post ke fb dan jadi batak viral, batak like.. Kenapa susah sgt nk pegi mintak pencerahan sendiri kt tokey restoran tu? Kenapa mesti post dulu?? Setau aku mmg boleh key in manual resit tu.. Sbb aritu pegi makan dgn member dpt resit kt dlm resit tu siap tulis *hai awak
Quote EJALTI 1-2-2015 12:29 PM
setokinpurple replied at 1-2-2015 12:27 PM
Sblm post ke fb dan jadi batak viral, batak like.. Kenapa susah sgt nk pegi mintak pencerahan sendir ...

Ios setuju dgn uols.......
Quote dodolgemok 1-2-2015 12:37 PM
Meleis dan babi berpisah teda.sikit2 meroyan
Quote Artemesiaa 1-2-2015 12:38 PM
Lahai typo error pun dah kecoh makin mudah sentap sejak kebelakangan ni
Quote poison_paradise 1-2-2015 01:08 PM
Ntah2 edit... Zaman fitnah n viralkan
Quote makton 1-2-2015 01:09 PM
semua benda nak di viralkan..
Quote ultra78 1-2-2015 01:13 PM
Aku pun ada dapat gambar ni dlm whatsapp. Aku dah agak pun typo error - "Taufu pok". Tapi malas aku nak berdebat dengan org dlm whatsapp group tu yang rata-ratanya stok-stok alim yang suka sebar 'berita' tak pasti

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.245503 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top