CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

DNA Babi: Ngo Mahu Saman Rm100 Juta

29-5-2014 11:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14605| Komen: 150

Description: “Setakat Ini Kami Telah Menerima 700 E-Mel Dan Sms Daripada Rakyat Malaysia Yang Mahu Kami Mewakili Mereka Menyaman Cadbury. Kami Akan Memfailkan Saman Ini Dan Menganggarkan Jumlah Tuntutan Sebanyak ...

Laporan keratan Sinar Harian, semalam

AMPANG - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersama 80 NGO akan bertindak memfailkan saman ke atas syarikat Cadbury kerana kerana produk mereka mengandungi sampel DNA ****.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, tindakan saman itu bagi menuntut kerugian dan penipuan yang dilakukan syarikat tersebut kepada pengguna Islam.

"Ini penipuan jahat dan harus dibendung. Bagi kalangan masyarakat Islam ini adalah penghinaan yang amat dahsyat. Tidak sepatutnya keluarkan produk itu,” katanya.

“Setakat ini kami telah menerima 700 e-mel dan SMS daripada rakyat Malaysia yang mahu kami mewakili mereka menyaman Cadbury. Kami akan memfailkan saman ini  dan menganggarkan jumlah tuntutan sebanyak RM100 juta,” katanya.

"Proses untuk memfailkan saman itu akan dikendalikan dengan kerjasama daripada Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam)," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, beliau amat marah dengan insiden tersebut kerana beliau sendiri memberikan anaknya coklat tersebut.

"Anak saya pun sudah makan coklat-coklat haram itu. Syarikat ini jelas mempersendakan soal halal di dalam pemakanan orang Islam. Ini adalah penipuan yang sangat jahat yang dilihat sengaja menghina orang Islam.

"Bukan sahaja melibatkan pengguna Islam, malah apa dilakukan syarikat Cadbury itu sengaja menganiayai pekerja  beragama Islam," katanya.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan dan Jakim mengesahkan dua coklat Cadbury iaitu Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam mempunyai DNA ****.

Susulan itu, Jakim menarik serta- merta sijil halalnya.

Cadbury turut menarik kedua-dua produk milik syarikatnya di kesemua premis yang menjual coklat tersebut.

Dalam pada itu, Azwanddin turut menyatakan kekesalannya terhadap Jakim dan kementerian yangdidakwa lambat bertindak.

"Jakim dan kementerian tidak boleh memandang ringan iaitu hanya menarik sijil halal, mereka juga perlu memohon maaf atas apa yang berlaku.

"Mungkin pihak mereka perlu disiasat dibimbangi ada unsur rasuah atau sebaliknya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Sukaguam Kebangsaan, Ahmad Zuhairi Ahmad Pu'aat berkata, antara notis saman akan difailkan ke atas Cadbury adalah di bawah akta pengguna bagi menebus kerugian.

"Kita boleh gunakan Akta Perlindungan Pengguna di bawah Seksyen 50, hak tebus rugi pengguna terhadap pengilang. Sebenarnya banyak lagi akta pengguna boleh kita gunakan. Buat masa sekarang akta ini nampak lebih kuat," katanya.

9

Bagus
3

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote roy3 27-5-2014 09:49 AM
Da saman kalu menang duit tu kasi sp eh?
Quote ad_hoc79 27-5-2014 09:51 AM
aku pun fikir benda yang sama...
menang saman, duit ke mana
Quote Badut.Sarkas 27-5-2014 09:55 AM
dah menang duit tu guna buka kilang wat coklat tanpa was2.
Quote jengkoil 27-5-2014 10:00 AM
Dah anak lu dah makan cekelat babee...dok diam diam dah laaa...takyah la nak kompang...
Quote amiraira 27-5-2014 10:01 AM
saman je apa ade hal.......
suka2 bg org mkn babi...
Quote ladyxez 27-5-2014 10:02 AM
Klu menang sape dpt duit tu
Quote jengkoil 27-5-2014 10:02 AM
Badut.Sarkas posted on 27-5-2014 09:55 AM
dah menang duit tu guna buka kilang wat coklat tanpa was2.

Slogan "tanpa was was" tu nanti kompeni tak tahan lama...
Quote Megahertz 27-5-2014 10:03 AM
saman pastu guna duit tu untuk wujudkan satu makmal yang boleh check dan certify product. 100 juta untuk set up dan running cost based on fee by manufacturer. Jakim kena join jugak untuk technical matters.

Quote megalady 27-5-2014 10:04 AM
agak2 dlm rm100 juta 2, ada smp kat kita x duitnye...??????

Quote manehnya 27-5-2014 10:06 AM
tolong lah saman supaya pengeluar dapat pengajaran sikit lepas ni
Quote CiliPadiSedap 27-5-2014 10:08 AM
cadbury yehudi

cadbury DNA BABI

boikot cadbury
Quote leylapple 27-5-2014 10:10 AM
buat apa saman Cadbury..

Cadbury tak paksa pun org beli dan makan coklat dia...

patutnya saman lah JAKIM, sebab kluarkan sijil halal kepada Cadbury tanpa usul periksa, dan menyebabkan umat Islam Malaysia yakin bahawa coklat Cadbury nie halal dimakan..

setakat nak saman Cadbury sebab ada babi, byk lagi produk lain yang blh disaman..

nak publisiti ler tu....

P/s, kedai warung tomyam mek na seberang jalan pun takder logo halal, taknak saman ka???
Quote Badut.Sarkas 27-5-2014 10:21 AM
apesal bagi anak ko makan coklat cadbury? lain kali bagi la makan kurma ka, daging unta ka..
Quote AdsMsia 27-5-2014 10:23 AM
apa lagi senaman punggung la depan kilang cadbury tu

ha ha ha
Quote Badut.Sarkas 27-5-2014 10:26 AM
leylapple posted on 27-5-2014 10:10 AM
buat apa saman Cadbury..

Cadbury tak paksa pun org beli dan makan coklat dia...

kalau saman JAKIM takleh la nak jadikan mendi ni isu rasis
Quote unekspekted_XII 27-5-2014 10:33 AM
leylapple posted on 27-5-2014 10:10 AM
buat apa saman Cadbury..

Cadbury tak paksa pun org beli dan makan coklat dia...

wahai cine kopet... Jakim bagi status halal sebab sampel terdahulu disahkah suci

While from time to time dia ambik sample, latest sample pulak disahkan ade babi

nampak sangat kompeni cine kopet nak untung menganiaya sebab dulu boleh pulak buat takde pakai babi.. sekarang????

lanchauuuu cine kopet
Quote d'zeck 27-5-2014 10:37 AM
ad_hoc79 posted on 27-5-2014 09:51 AM
aku pun fikir benda yang sama...
menang saman, duit ke mana

saman dahulu

bagi pengajaran supaya mana2
konglomerat atau syarikat makanan
tidak permainkan
pihak pengguna melalui penipuan

apehal
yang bodoh sangat nak pikir pasal duit nak guna
untuk apa

itu kemudian

Quote d'zeck 27-5-2014 10:38 AM
leylapple posted on 27-5-2014 10:10 AM
buat apa saman Cadbury..

Cadbury tak paksa pun org beli dan makan coklat dia...

cadbury menggunakan logo JAKIM
namun tidak patuh kepada peraturan
menggunakan logo halal

itu penipuan namanya

apa yang susah sangat you nak paham?


Quote d'zeck 27-5-2014 10:41 AM
AdsMsia posted on 27-5-2014 10:23 AM
apa lagi senaman punggung la depan kilang cadbury tu

ha ha ha

di malaysia ni,

mana2 produk cina
jika diboikot sepenuhnya oleh
masyarakat melayu muslim alamat
bungkus serta merta la jawabnya

jangan main2 dengan kuasa beli
pihak melayu muslim

cina DAP lim kit siang
pun tahu akan fakta ini

Lihat semua komen(150)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.065131 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top