CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-kanak Afghanistan korban jet pejuang AS

7-6-2013 10:44 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3043| Komen: 3

Description: KUNAR - Tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan membabitkan jet pejuang tanpa pemandu Amerika Syarikat (AS) di wilayah Kunar, timur laut Afghanistan, semalam.
KUNAR - Tiga kanak-kanak terbunuh dalam serangan membabitkan jet pejuang tanpa pemandu Amerika Syarikat (AS) di wilayah Kunar, timur laut Afghanistan, semalam.

Jurucakap polis berkata kepada Reuters, kira-kira enam orang termasuk wanita turut cedera selepas pasukan ketenteraan AS melancarkan serangan berdekatan Pakistan.

Pada 20 Mei lalu, sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan puluhan cedera dalam serangan serupa di wilayah selatan Kapisa.

Ratusan penduduk Afghanistan dilaporkan menjadi korban bedilan jet pejuang AS sekali gus mengundang kemarahan rakyat kepada Barat.

Bagaimanapun, Washington mendakwa tindakan serangan bersama sekutu ke Afghanistan adalah untuk menghapuskan Taliban selain melabelkan negara itu masih tidak selamat kepada rakyat.

Selain Afghanistan, beberapa buah negara bergolak seperti Pakistan, Yaman dan Somalia turut menjadi mangsa serangan jet pejuang AS dengan alasan serupa yang meragut nyawa penduduk awam.



Tiga kanak-kanak terbunuh sewaktu jet pejuang tanpa pemandu AS membedil wilayah Kunar, semalam.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gogo2 7-6-2013 09:11 AM
Al-Qaeda yg mengorbankan kanak2 dan wanita2 ini. Mereka bagi tips kat US kononnya ada pengganas di situ. Pastu suruh budak2 dan wanita menyamar bawak bom dan sebagainya.

Tujuan al-Qaeda bunuh budak2/wanita2 ini adalah utk menyalahkan US.
Quote akughi 7-6-2013 09:35 AM
US pun selambe keluat statement......"kami tersalah sasaran" pah tu kes pun selesai, umat islam pun meroyan bagai nak rak.....merusuh la mcm org tak bertamadun.......takbirrrrrrrrrrrrrr............

eh

tebarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr................
Quote orgkpg 7-6-2013 11:43 AM
ala... US serang sebab nak test power senjata canggih diorang.. buat canggih2 tapi x di uji amatlah merugikan... tempat menguji, negara negara yg bergolak ni lah...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.039395 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top