CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rm4 Untuk Mkn Tengahari--Pokcik Ceria Tunjuk Thumbs Up

15-12-2014 03:33 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8988| Komen: 36

Rm4 Untuk Mkn Tengahari--Pokcik Ceria Tunjuk Thumbs Up


“SUDAH 30 tahun saya tawarkan harga makanan dengan harga yang murah,” kata A. Karim Belohik, 70 yang mengusahakan kedai makan dikenali sebagai Gerai Karim di Lorong Bugis, Jalan Kukup.

A Karim berkata dia tidak sampai hati untuk menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual kerana dia mahu menyahut seruan kerajaan bagi membantu mengurangkan kos hidup rakyat.

Katanya, dia masih mampu mengekalkan harga yang jauh lebih murah berbanding peniaga makanan dan minuman yang menjadi saingannya.

Malah tidak keterlaluan jika harga ditawarkan di Gerai Karim adalah paling murah di Pontian iaitu RM2 untuk sarapan dan RM4 untuk makan tengah hari.

Hanya dengan harga RM2, pelanggan akan dapat menikmati minuman teh tarik bersama roti canai, mi goreng mahupun nasi lemak, manakala hidangan tengah hari nasi putih berlauk sama ada ayam atau ikan dan minuman dijual dengan harga RM 4.

Jelasnya, kebanyakan pelanggan yang bertandang ke gerainya merupakan pelanggan setia terdiri daripada pekerja kilang, kakitangan swasta dan awam serta orang ramai di kawasan berkenaan.

“Harga yang ditawarkan cukup rendah kerana mengambil kira status pelanggan dan konsep kedai yang menjual harga makanan dengan kadar yang begitu rendah berbanding kedai-kedai makan lain," katanya.

Mengulas mengenai menu makanan katanya, hampir 20 lauk pauk kampung  dimasak setiap hari dengan menu wajib asam pedas ikan pari dan ayam masak merah.

Antaranya menu lain adalah kari ikan dan ayam, sambal berlada, lemak cili api, ayam masak kicap, sayur pisang masak lemak, lemak siput, ulam-ulaman dan sebagainya.

Menurut A Karim yang merupakan Pengerusi Persatuan Bugis daerah Pontian, gerai makan yang diusahakan bersama anak perempuannya Mas Liza, 44 dan menantu Sipon Sawap, 55 ini dikenali sebagai Gerai Perpaduan pada awal 90an dahulu.

“Bermula dari Gerai Perpaduan, gerai makan yang diusahakan kami sekeluarga mula menerima perhatian orang ramai.

“Lama kelamaan, pelbagai nama diberikan pelanggan termasuk gerai murah, gerai tepi jalan namun sehingga kini Gerai Karim masih kekal,”akhirinya.

6

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
3

Sedih
5

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 15-12-2014 01:34 PM
pokcik mari la niaga kat klang valley nih..
Quote Anak_Nogori 15-12-2014 01:40 PM
Pokcik ni tentu dipantau hari2 oleh kpnkk ni
...SBB tu dia kena jual murah ni..
Quote jazaa 15-12-2014 01:41 PM
See...

Terserlah wajah bugis pok cik....mesti muda-muda dulu hensem...
Quote rosasa 15-12-2014 03:46 PM
alahai murahnya
Quote BlueEagle 15-12-2014 03:49 PM
ais_kosong posted on 15-12-2014 01:34 PM
pokcik mari la niaga kat klang valley nih..

setuju...tapi rasanya bila dia hijrah ke klang valley...rega pun ikut sama 'berhijrah'....
Quote Al-Patih 15-12-2014 03:55 PM
ais_kosong posted on 15-12-2014 01:34 PM
pokcik mari la niaga kat klang valley nih..

kalu pakcik tu keKL...hargo dah naik...sobab sewa tapak aje dah mahal...
Quote mdhelmi 15-12-2014 04:06 PM
selalunya kalo namanya 'gerai' mmg harga agak murah berbanding dgn harga 'restoran'
Quote setokinpurple 15-12-2014 04:27 PM
Kalau org meniaga ikot harga mcm ni takde lah wujud jutawan terlajakk laris.
Quote rospinki 15-12-2014 04:44 PM
bukan tak bole rege murah..saja je diorg ni menaguk diayer keruh..tapi kt sini 4iget tu dpt nasik ngan sayur + telu dadar je la..

gerai pun mahal jugak..makan nasik goreng ayam cikai ngan air milo ais dah 8.50 skrg
Quote Mary_jane 15-12-2014 07:05 PM
Najib mesti bangga ngn tok karim. Nk daftar lah jdk ahli persatuan tu.





Quote Modngengade 15-12-2014 07:41 PM
mdhelmi posted on 15-12-2014 04:06 PM
selalunya kalo namanya 'gerai' mmg harga agak murah berbanding dgn harga 'restoran'

Tapi kt kl ni..gerai pun cekik darah dikk
Quote pearl.silver 15-12-2014 07:47 PM
mdhelmi posted on 15-12-2014 04:06 PM
selalunya kalo namanya 'gerai' mmg harga agak murah berbanding dgn harga 'restoran'

Kat penang tu rasanya x tau nk panggil gerai ke ape..
niaga celah lorong je pun..
tapi ya ampun harganyaaaa...
Quote cmf_acura 15-12-2014 08:05 PM

http://3.bp.blogspot.com/_QssON7 ... /s1600/DSC03062.JPG Last edited by cmf_acura on 15-12-2014 08:07 PM

Quote MissNigga 15-12-2014 08:55 PM
ais_kosong posted on 15-12-2014 01:34 PM
pokcik mari la niaga kat klang valley nih..

food court sect 7 .. berdepan ngan ICT .. ada kedai kakak jawa... buka siang jer, serve nasik campoq...

kalo nasik putih ... campoq ngan lauk samada daging ... ayam or ikan ... ngan sayor.. cuma RM5 jer...
ayam besau gedabak ... saiz suku ayam ... kalo ikan lak... mmg ikan bersaiz besau ...
kalo order air .. tak kisah ler air apa jer.. cuma RM1 segelas ...
Quote ajinomotonosuga 15-12-2014 09:11 PM
MissNigga posted on 15-12-2014 08:55 PM
food court sect 7 .. berdepan ngan ICT .. ada kedai kakak jawa... buka siang jer, serve nasik camp ...

selera ko ek makan luar cengitu..tak kene keracunan makanan ke miss? wisau gak di mesia tu kotor mostly eeeiii..berjuta bangla indon mynmar seme

tenguk pun dah geli depa2 tu camna ko nak makan ek?  walo makanan tu NAMPAK sedap..kualiti kebersihan sapa nak jamin?

ko ingat oang mati makan kenduri di kedah dulu? tuuu makan kenduriiiiiiiii haaa..ntah berapa oang mati..keracunan makanan, kotoq kut

sampai le ni tadak susulan apa pun, sapa nya keje, sapa dok masak, pasai pa jadi gitu..tadak..senyap lagu tu jek..tu ler otak oang mesia..so low class
Quote MissNigga 15-12-2014 09:28 PM
ajinomotonosuga posted on 15-12-2014 09:11 PM
selera ko ek makan luar cengitu..tak kene keracunan makanan ke miss? wisau gak di mesia tu kotor m ...

kengkadang risau gak bang aji .. tapi dapur tempat deyols masak mmg nampak ar dari meja meja makan, dapur open .. stended cam dapur dapur gerai makan kat mana mana di malaysia nih... iols cuma makan kat situ kalo nak makan nasik campoq jer .. tu pun wikend jer dan kalo rajin nak menapak ke situ ... setakat ni tak dok lerr pulok kes kes keracunan makanan kat situ ...dan since murah, mmg ramai ler orang2 bujang yg bekerja dan student2 uitm makan kat situ ...


Quote lasagnaklcc 15-12-2014 09:38 PM
Murah sbb sewa murah kot. Gerai tepi jln je kan. Yg peniaga bentang meja jual nasi campur pon murah jgk.
Quote raxief 15-12-2014 10:18 PM
kat tempat aku ada restoran murah & mahal. siang murah, makan tgh hari pakej rm3.80 (nasi putih, ayam/ikan, sayur, sup kosong & air sirap ais). bila malam ambik ko, semua menu dia rm10. hahaha. tp semua makanan 'bersaiz besar & mewah' la.. nasi goreng ada ketam, kupang, ayam, telur mata. ntah ape lg dia taruk..
Quote ais_kosong 16-12-2014 07:01 AM
MissNigga posted on 15-12-2014 08:55 PM
food court sect 7 .. berdepan ngan ICT .. ada kedai kakak jawa... buka siang jer, serve nasik camp ...

uiks murahnya...
thank you..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:02 AM GMT+8 , Processed in 0.062585 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top