CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gempar Di Stesyen Minyak

27-10-2014 11:00 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5438| Komen: 19

Description: Katanya, Apabila Tiba Di Stesen Minyak Berkenaan, Anggota Bomba Mendapati Berlaku Kebocoran Gas Selepas Paip Berkenaan Dilanggar.
Gempar Di Stesyen Minyak

Kuala Lumpur: Lima belas pekerja dan pelanggan stesen minyak di Taman Sri Rampai, Setapak, di sini, gempar selepas Nissan Serena melanggar paip yang mengakibatkan berlaku kebocoran gas, dalam kejadian 1.30 petang ini.


Kejadian itu mengakibatkan beberapa pelanggan meninggalkan kawasan kejadian sebaik mendengar dentuman akibat rempuhan kenderaan itu.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.42 petang.

Katanya, apabila tiba di stesen minyak berkenaan, anggota bomba mendapati berlaku kebocoran gas selepas paip berkenaan dilanggar.


“Siasatan lanjut masih dijalankan mengenai punca MPV terbabit melanggar paip itu. Bomba masih menunggu pakar stesen minyak berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, dua belas pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Wangsa Maju dan Setapak dikerahkan ke lokasi kejadian bagi melakukan kerja penyejukan ke atas paip itu.


KEADAAN paip yang rosak dilanggar MPV manakala air digunakan untuk tujuan penyejukan.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 25-10-2014 08:06 PM
uptown.              
Quote edoraixora 25-10-2014 08:26 PM
Dah kenapa??

Terlajak reverse ke hape
Quote zafira 25-10-2014 08:27 PM
terbabas ke?
Quote edoraixora 25-10-2014 08:27 PM
~dabel post la pulok~
Quote Steelheart 25-10-2014 08:32 PM
Driver laki ka pompuan?
Quote Zep 25-10-2014 09:09 PM
Adakah lady driver?
Quote mak_wa95 25-10-2014 09:11 PM
tak perasan.....
Quote Modngengade 25-10-2014 09:32 PM
Mabuk ketum ker mabuk todi
Quote jazaa 25-10-2014 09:39 PM
Mak Temah takkan bawak mpv..
Quote addamnor 25-10-2014 10:27 PM
jazaa posted on 25-10-2014 09:39 PM
Mak Temah takkan bawak mpv..

hey jgn look down akan kebolehan membawa kenderaan oleh mak temah.. tapi kecekapan itu boleh dipersoalkan

berdasakan pengalaman di jalan raya, bosan dengan lady driver yang suka membuat kesilapan bangang ketika drive

1) jika mahu u turn, kiri kanan tak tengok main inzal u turn shj, walaupun mmg tahu di situ tak boleh u turn.. sama sahaja ketika mahu keluar simpang
2)jika nak masuk cabang or keluar simpang sah terhegeh hegeh... kereta dari depan sebatu pon tak berani nak jalan lagi..
3)slow macam siput babi di line kanan, feeling2 itu laluan dia seorang. bimbo sangat.
4) parking macam celaka, tak masuk kotak. asal boleh kaedahnya.
5) and the list goes on...
Quote intan_smsb 25-10-2014 10:35 PM
Apa masalah drebar die ni?
Quote mbhcsf 25-10-2014 10:46 PM
Bahaye ni...awat sampai pi langgaq pipe?
Quote mbhcsf 25-10-2014 10:49 PM
When nissan 'serena' is not 'serene' anymore....
Quote chaintea 26-10-2014 01:03 AM
Cmne boleh ke sana peginyaa
Quote foxnike 26-10-2014 01:19 AM
lalu sana masa kejadian. tak leh gi dekat sbb polis dah block jalan. jauh gila kena pusing. ingatkam station kena rompak.
Quote Changa 26-10-2014 01:21 AM
akak syak pemandu cikki yg hazab
Quote kazaraf 26-10-2014 01:27 AM

http://ondscene.my/kemalangan/kisah-di-sebuah-stesen-minyak

                                                                                                                                                                                                            
                                                                                                                                          


Jalan 2/27A Taman Sri Rampai Kuala Lumpur 25 Oktober 2014 1.40 petang

Mereka yang berada dalam industri petroleum mungkin arif tentang perkara ini – samada dari kesan tindakbalas atau langkah-langkah yang perlu dilakukan.



Bagaimanapun, akibat dari kejadian ini, sebuah stesen minyak terpaksa menghentikan operasinya lebih 3 jam bagi mengelakkan sebarang kejadian tida diingini berlaku, termasuk menutup laluan berhampirannya.

Dari siasatan awal pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, kisahnya berlaku begini:


Semuanya bermula apabila seorang pemandu Nissan Serena, yang difahamkan tidak berapa mahir menggunakan kenderaan gear otomatik, hendak mengisi petrol di stesen Shell ini.

Serena ini adalah milik isterinya dan mereka baru selesai berniaga di sebuah pasar tani.

Bagaimanapun, menyedari tangki petrol terletak di sebelah kanan dan mungkin hos tidak sampai, pemandu berhasrat untuk beredar ke terminal bersebelahan.



Dan…Ketika gear dalam kedudukan R, pemandu dipercayai tertekan pedal minyak dan Serena meluncur laju secara mengundur kira-kira 10 meter dan terus merempuh dua injap inlet tangki utama dan Serena tersangkut di atas inlet tersebut.

Maka berlakulah kebocoran pada paip tersebut menyebabkan pemeluwapan petrol berlaku.


Tindakan pantas pekerja stesen minyak segera meminta pemandu mematikan enjin Serena dan mengarahkan pemandu, isteri dan anaknya segera keluar.
Kawasan sekitar mula berbau petrol dan paip disahkan telah berlaku kebocoran.
Menerima panggilan kecemasan jam 1.43 petang, 2 jentera bomba dan sebuah jentera Hazmat bergegas ke lokasi bersama 20 anggota bomba.



Kerja-kerja ‘cooling’ kemudian dilakukan dan buih sabun digunakan.
Akhirnya kira-kira jam 4.20 petang, setelah keadaan berjaya distabilkan, Serena berjaya dialihkan menggunakan sebuah kren penunda.


Menurut Ketua Pusat Gerakan Operasi JBP Wilayah Persekutuan, Penguasa Kanan Samsol Maarif Saibani, tindakan pantas pihak bomba dan kerjasama pihak stesen minyak berjaya mengelakkan tragedi lebih besar dari berlaku dan berjaya mengurangkan risiko kemalangan atau kesan kepada orangramai.


Last edited by kazaraf on 26-10-2014 01:28 AM

Quote suriamir 26-10-2014 01:42 AM
Habis la... Siapa kena tggung kos kerugian ni yer.... Menjawab ler.... Huhu
Quote otai_g 26-10-2014 02:26 AM
x leh bayang kalo meletup stesyen minyak tu. gas bukan susah sgt nak terbakar pun. cukup dgn spark yg kecik je.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.054250 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top