CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nexus 6 Bakal Dipasarkan Tidak Lama Lagi.

17-10-2014 11:14 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3914| Komen: 10

Description: Dengan Pengenalan Peranti Baru Ini, Ia Menandakan Os Baru Yang Akan Tiba Bersamanya. Serentak Dengan Ini, Google Turut Memperkenalkan Os Terbaru Android, Iaitu Android 5.0 Lollipop.
Nexus 6 bakal dipasarkan tidak lama lagi



Google baru saja memperkenalkan peranti terbaru mereka, Google Nexus 6 yang dikategorikan sebagai phablet. Kali ini, ia akan dihasilkan oleh Motorola. Ini merupakan kali pertama Motorola dipilih untuk menghasilkan Nexus. Dengan pengenalan peranti baru ini, ia menandakan OS baru yang akan tiba bersamanya. Serentak dengan ini, Google turut memperkenalkan OS terbaru Android, iaitu Android 5.0 Lollipop.

Sekilas pandang, Nexus 6 kelihatan seperti HTC One M8. Ia mempunyai bentuk lengkung di belakang, dengan bahagian tengah paling tebal. Ia menggunakan kerangka aluminium di tepi dan plastik seakan seramik di belakang. Sesuai dengan nombornya, Nexus 6 menampilkan skrin AMOLED bersaiz 6-inci, dengan resolusi Quad-HD 2560×1440 yang membawa 493 PPI. Nexus 6 juga meletakkan dua pembesar suara di hadapan.



Kamera pada Nexus 6 dipertingkatkan dengan penstabil imej optikal (OIS) dan juga penggunaan LED berbentuk cincin, untuk cahaya yang lebih seimbang. Kamera ini boleh merakan video dengan resolusi 4K. Selain itu, ia juga mempunyai teknologi mengecas bateri turbo, yang boleh mengecas pantas, memberi 6 jam masa penggunaan dengan cas selama 15 minit sahaja. Bateri 3220 mAH yang besar ini, dijangka mampu bertahan lebih 24 jam.



Phablet Nexus 6 akan mula di jual di Amerika Syarikat pada bulan November, dengan pratempah akan dibuka pada penghujung bulan Oktober. Ia boleh dibeli dengan pilihan set tidak dikunci melalui Google Play Store, atau bersama plan kontrak bulanan dari telko di Amerika Syarikat seperti AT&T, Sprint, T-Mobile, U.S. Cellular dan Verizon.


Bagus

Marah
3

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JohnDeSouza 17-10-2014 09:21 AM
saiz 6 inci.masih muat poket
Quote blackred99 17-10-2014 09:23 AM
aku kurang suka saiz besar2, tapi ni mmg terbaik punya gabungan. mcm moto X 2014 versi besar.
Quote kumbang7 17-10-2014 10:01 AM
sangat sesuai bagi penggemar youtube & movie...besar cket
Quote vanpetrol 17-10-2014 11:28 AM
I need to change my phone...
Quote JDT 17-10-2014 11:35 AM
Tergoda... Ada masa nak pikir lagi...
Quote hyun 17-10-2014 11:55 AM
cantik gak design nexus 6 nie
Quote zorrro_03 17-10-2014 10:47 PM
Tunggu ifon 6+ je.  
Quote faraway1 18-10-2014 12:57 AM
Haha ni ku teringin nak upgrade my nexus phone..
Harap tak bend cam encik epal.
Quote tekoyong 18-10-2014 01:20 AM
S3 bangyong asyik restart dengan sendiri je 5-6 hari ni

bangyong cadang nak tukar ke iphone 6, tapi mungkin nak cuba nexus ni la
Quote roblucci 18-10-2014 01:58 AM
boleh bengkok ke tu?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.173138 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top