CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Samsung Lancar Tablet Galaxy Tab S

13-6-2014 03:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6236| Komen: 15

Description: Kuasa Bateri Tablet Juga Dapat Tahan Kira-Kira 11 Jam Kerana Penggunaan Super Amoled Yang Tidak Memerlukan Cahaya Belakang Selain Mod 'Battery Saving'. Galaxy Tab S Juga Mempunyai Pengimbas Cap Jari D ...
NEW YORK CITY (Amerika Syarikat): Samsung memperkenalkan tablet baru setebal 6.6 milimeter (mm) dengan teknologi skrin yang dimajukan untuk menambah baik paparan imej dan video di sini, hari ini.

Tablet paling nipis dikeluarkan Samsung setakat ini ditawarkan dalam dua versi iaitu 8.4 inci dan 10.5 inci serta dilengkapi teknologi skrin Super AMOLED WQXGA beresolusi 2560 x 1600 dengan nisbah kontras 100,000:1.

Ia hanya seberat 465 gram bagi model 10.5 inci dan 294 g bagi 8.4 inci dan kedua-dua setebal 6.6 milimeter. Penggunaan skrin Super AMOLED ini menghasilkan paparan lebih jelas selain imej yang lebih vivid. Pelarasan skrin juga berubah secara automatik berdasarkan aplikasi yang diguna serta keadaan pencahayaan sekeliling.

Kuasa bateri tablet juga dapat tahan kira-kira 11 jam kerana penggunaan Super AMOLED yang tidak memerlukan cahaya belakang selain mod 'Battery Saving'. Galaxy Tab S juga mempunyai pengimbas cap jari dan menggunaan OS Android 4.4 (Kitkat).

Ia boleh didapati dengan setoran 16GB atau 32GB serta pilihan rangkaian Wi-Fi sahaja atau Wi-Fi bersama LTE.

Samsung Galaxy Tab S akan mula dijual dengan harga AS$399 (RM1,280) bagi versi 8.4 inci (Wi-Fi) dan AS$499 (RM1,600) bagi versi 10.5 inci di Amerika Syarikat mulai Julai, diikuti pasaran lain selepas itu.


16

Bagus
21

Marah
16

Terkejut
15

Sedih
20

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (103 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote carbike 13-6-2014 11:41 AM
but it lags......
Quote bangcak 13-6-2014 12:58 PM
apa lagi i-pad mau??







Quote Husna 13-6-2014 10:33 PM
Bru je beli samsung galaxy s5 dh kuar bru pulak..
Quote dino 13-6-2014 10:41 PM
tablet samsung? takyah la hahahh
Quote okonkwo 13-6-2014 10:43 PM
Masuk dah pembekap epal....
Quote gnote_2 13-6-2014 10:48 PM
carbike posted on 13-6-2014 11:41 AM
but it lags......

zaman bila punya tu bang...
Quote SissySembah 13-6-2014 11:07 PM
antara ipad dgn tab akak lebih suka tab sebab atleast boleh call dari jadi tunggul kayu jah
tapi sekadar boleh call sahaja lah,

lebih baik pilih iphone sahaja.
Quote a_dira 14-6-2014 03:26 AM
tablet acer ni kawan aku kata speed laju juga
http://bit.ly/1ohftut
Quote ultra78 14-6-2014 03:33 AM
Dah bertahun ipad tercabar dengan tablet-tablet lain.

Quote taikor 14-6-2014 06:28 AM
iPad still the King of Tablet
Quote sueism 14-6-2014 06:54 AM
dino posted on 13-6-2014 10:41 PM
tablet samsung? takyah la hahahh

kan dino?? buat lawak aje lah tablet samsung jual murah aje kat
costco tapi tak ramai yg membeli hehehehe

Quote vespa_oren 14-6-2014 07:25 AM
Pakai ipad dulu bru boleh citer samsung kalahkan ipad

Masa aku beli ipad, member aku beli samsung galaxy tab 10", hrga lgi mahal dri ipad

Aku pinjam tab dia kejap jet dh bosan
Quote qislea 14-6-2014 08:14 AM
samsung ni hebat mana pun gadget yang dikeluarkan satu masalah yg aku perasan selalu selalu hang pastu kena restart devices....
family aku semua pakai samsung....
and semua mengalami masalah yang sama....
adik aku pakai tablet tapi suka menyibuk guna ipad aku....
and I could say yes apple still the best so far....

ada orang kata baik beli tablet senang boleh call message and surfing in one device...
maybe it just me.....aku lebih suka satu phone diguna utk call, message while tablet atau ipad ni kind of replacing laptop utk buat minor work mcm tu...
serabut aku tgk org jawab call pakai tablet
Quote an2toncit 14-6-2014 08:26 AM
android tab kalo x lag , apps/games plak x bole install ....  Beli flagship model pon ada je apps/games x compatible
Quote nasharuddin 11-9-2014 09:48 AM
Dah pakai 2 generasi tab. Sebelum ni Tab 7.7. 4 - 5 kali jatuh dari tempat tinggi, tapi still ok. Application takde pulak lag ke hape ke. Cantik je guna..Baru2 ni amek Tab S. Features super Amoled memang superb tambah bila main game & tengok video HD. So far pakai Tab S takde masalah lagi. 2-2 tab kena guna bluetooth headset sebab bila nak jawab phone besar gedabak tepi telinga..Ape pun Tab S memang best...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.327134 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top