CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Empat Saksi Kes Bunuh Dicari

14-10-2014 11:48 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5680| Komen: 5

Description: Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Baharudin Mustapha Berkata, Keempat-Empat Mereka Merupakan Saksi Utama Bagi Membantu Siasatan Ke Atas Kes Pembunuhan Yang Berlaku Pada 2012 Dan Disiasat D ...

Empat saksi kes bunuh dicari

PORT DICKSON – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan empat saksi bagi satu kes bunuh yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Seremban pada Selasa ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Baharudin Mustapha berkata, keempat-empat mereka merupakan saksi utama bagi membantu siasatan ke atas kes pembunuhan yang berlaku pada 2012 dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Saksi berkenaan ialah G Ramaya, 30 dengan nombor kad pengenalan 841216-05-5352 alamat terakhir di nombor 334, Jalan Arowana 10, Taman Arowana Indah Seremban.

"Turut dicari, A Kumutha, 30, (841007-59-5008) alamat terakhir di L-3-3 Flat Taman Ros Merah, Nilai Negeri Sembilan atau nombor 4, Ladang Labu B1, Ladang Labu, Labu Negeri Sembilan, M Segaran, 27, (870331-56-5583) alamat terakhir Blok B-G-22 Pangsapuri Baiduri Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Selangor dan S Punitha, 25, (890223-14-5352) alamat terakhir nombor 14 Jalan 6, Taman Kajang Baru, Sungai Jelok Kajang Selangor,” katanya.

Baharudin berkata, mereka ini bukan sahaja tidak hadir pada perbicaraan yang ditetapkan sejak tahun 2012, malah keberadaannya juga gagal di kesan.

“Keengganan mereka untuk hadir pada hari perbicaraan menyebabkan siasatan kes pembunuhan ke atas sepasang suami isteri di ladang kelapa sawit Sungai Salak, Siliau, Lukut, Port Dickson antara jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi pada 5 Mac 2012 lalu tergendala.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan saksi boleh berhubung terus  pegawai penyiasat kes, Asisten Supritendan Shafa'aton Abu Bakar di talian 06-6472222 atau balai polis berdekatan,” katanya.

3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BotakChinPeng 14-10-2014 09:00 AM
Ayoyo. Itu macam ka
Quote GhostWalking 14-10-2014 11:23 AM
STONER posted on 14-10-2014 03:22 AM
mamoki a/p kotepalui takdak ka

Ada tapi dah lari ikut jalan tikus
Quote mattzzx 14-10-2014 11:37 AM
Chitttt.... pooorraaahh.....
Quote mak_wa95 14-10-2014 04:23 PM
lemahnya sistem...
Quote Kerêta_Angin 14-10-2014 05:31 PM
dicari:

katipang,jagindas,paragas & karambit...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.051000 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top