CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Lepas Langgar Di Biar Warga Emas Merintih

13-10-2014 04:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6600| Komen: 16

Description: "Sebaik Menghampiri Lokasi Kejadian, Saya Terkejut Apabila Melihat Tubuh Seorang Lelaki Di Bawah Motosikal Dan Mendengar Mangsa Merintih Menahan Kesakitan Serta Meminta Pertolongan.
Lepas Langgar Di Biar Warga Emas Merintih

Georgetown: Seorang penunggang motosikal disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan apabila bukan saja melanggar seorang warga emas, malah turut membiarkan mangsa menahan kesakitan hampir setengah jam dalam satu kejadian langgar lari di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa seorang lelaki berusia lingkungan 70-an tertiarap dengan keadaan ditindih motosikalnya sendiri selepas dikatakan dilanggar penunggang motosikal lain yang kemudian terus melarikan diri.

Kejadian itu berlaku di lorong motosikal dan mujur ada penunggang lain yang memberikan bantuan kepada warga emas terbabit yang dilihat mengalami kecederaan parah di kepala, muka dan juga anggota badannya yang lain.

Penunggang motosikal yang menyelamatkan mangsa, Rahmat Ali, 24, berkata, dia ternampak sebuah motosikal terbalik di lorong berkenaan sebelum memberhentikan kenderaannya.

"Sebaik menghampiri lokasi kejadian, saya terkejut apabila melihat tubuh seorang lelaki di bawah motosikal dan mendengar mangsa merintih menahan kesakitan serta meminta pertolongan.


"Saya mengangkat motosikalnya dan mendapati keadaan mangsa agak teruk dengan kepalanya berdarah sebelum saya menghubungi ambulans," katanya.

Menurutnya, dia sempat bertanyakan mangsa mengenai kejadian itu dan lelaki warga emas itu memaklumkan dia dilanggar seorang penunggang motosikal lain hampir setengah jam sebelum itu.

"Sejurus mendengar ceritanya, saya  sebak kerana mengenangkan masih ada insan yang tidak bertanggungjawab dengan membiarkannya menahan kesakitan berseorangan," katanya.

"Lebih mengecewakan kerana mangsa adalah seorang warga emas dan dia tidak sepatutnya ditinggalkan sebegitu," katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana kecederaan parah dialaminya.

WARGA emas yang cedera parah  dibantu pegawai perubatan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.



19

Bagus
10

Marah
23

Terkejut
5

Sedih
11

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (72 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 13-10-2014 02:52 PM
Inilah ummah kebanggaan ramai..semoga adik pembantu dicucuri rezeki.
Quote shernazz 13-10-2014 02:54 PM
Jilaka btol..
Yang langgor tu..musti x aman hidup dia
Quote kutipukau 13-10-2014 03:01 PM
Puaka btol orng yg melanggar tu...
Quote edee_91 13-10-2014 03:18 PM
eh pukeemark nye perangai dah langgar orang buat tak tau.
Quote edee_91 13-10-2014 03:21 PM
eh tokojut den dengan avatar baru gshotwalking.
Quote munchkin 13-10-2014 03:36 PM
Dapat tangkap charge dengan life sentence in prison with no possible parol. Geram nya akuuuu
Quote miranda88 13-10-2014 03:56 PM
kesiannya dia.. sampai hati betol tinggal camtu jer
Quote chinta89 13-10-2014 04:03 PM
munchkin posted on 13-10-2014 03:36 PM
Dapat tangkap charge dengan life sentence in prison with no possible parol. Geram nya akuuuu

geram kan! sgttttt tak berperikemanusiaan
Quote clarizsa 13-10-2014 04:14 PM
sedihnyaaa... mmg ramai jd mangsa cmni...
klu xde yg baik hati tolong, mmg mati...
Quote munchkin 13-10-2014 04:15 PM
chinta89 posted on 13-10-2014 04:03 PM
geram kan! sgttttt tak berperikemanusiaan

Tulah. Jadi sampah masyarakat orang cam ni. Satu sen pun tak guna. Geram sangat
Quote Artemesiaa 13-10-2014 04:16 PM
Manusia semakin kejam hilang sifat perikemanusiaan.
Quote mak_wa95 13-10-2014 04:17 PM
siannya..

nanti xlama dia pula dilanggarlari,baru padan..
Quote MsLulu 14-10-2014 02:15 PM
siannya
Quote devilito2 14-10-2014 02:35 PM
semoga dia kena langgar plak... geram betul
Quote NBM 14-10-2014 06:42 PM
kurang ajar betul...xde hati perut...mmg tak selamat hidup si jahanam yg langgar pakcik ni
Quote enginelady 15-10-2014 06:45 AM
Eiii sialnya perangai! Bertambah stress aku pagi ni!

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.056390 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top