CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Apa Faedah Dari Pinjaman Rm38.4b 1mdb?

3-9-2014 11:12 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6554| Komen: 56

Description: Malah, Adalah Menyalahi Undang-Undang Dengan Menetapkan Takat Statutori Sebanyak 55 Peratus Sahaja. Kebanyakkan Hutang Yang Dijamin Kerajaan Ini Berpunca Daripada Instrumen Kewangan Seperti Pinjaman ...
Apa faedah dari pinjaman RM38.4b 1MDB?



Kementerian Kewangan mesti telus tentang faedah serta pertumbuhan ekonomi yang dinikmati rakyat Malaysia daripada pinjaman bernilai RM38.4 bilion oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang menyumbang kepada peningkatan kadar hutang kerajaan persekutuan kepada KDNK sehingga 70 peratus.

Jaminan pinjaman yang begitu besar dan tidak dijelaskan oleh kerajaan persekutuan mengakibatkan agensi Fitch Ratings untuk menyemak semula unjuran kredit Malaysia daripada ‘stabil' menjadi ‘negatif'.
Fitch mempersoalkan penggunaan hutang tidak yang tidak disenarai rasmi melalui jaminan kerajaan sehingga mencecah hampir RM150 bilion.

Ia sekali gus meningkatkan jumlah keberhutangan rasmi kerajaan daripada RM502 bilion menjadi RM650 bilion pada penghujung tahun 2012.

Unjuran kredit negatif Fitch terhadap Malaysia boleh memberi kesan buruk kepada negara dalam bentuk peningkatan kos untuk pinjaman selain mengakibatkan peningkatan kadar inflasi.

Kerajaan Malaysia mengecilkan jumlah hutang kerajaan persekutuan dengan tidak mengambil kira hutang-hutang yang tidak disenarai secara rasmi sebagai sebahagian daripada hutang kerajaan.

Jika kedua-dua hutang rasmi kerajaan dan hutang yang dijamin kerajaan dikira bersama, kadar hutang kerajaan persekutuan terhadap KDNK akan mencecah 70 peratus, bukan 54 peratus seperti yang didakwa.

Malah, adalah menyalahi undang-undang dengan menetapkan takat statutori sebanyak 55 peratus sahaja.
Kebanyakkan hutang yang dijamin kerajaan ini berpunca daripada instrumen kewangan seperti pinjaman 1MDB bernilai AS$12 bilion (RM39 bilion) melalui terbitan bon.

Sehingga hari ini, rakyat Malaysia masih tidak tahu siapakah pihak pengurusan serta status pinjaman RM39 bilion yang dijamin oleh mereka, terutama sekali sama ada 1MDB menghasilkan sebarang keuntungan yang boleh dijadikan wang tunai.

Khabar angin bahawa 1MDB dikaitkan dengan kroni-kroni muda kepada pimpinan BN memerlukan perkiraan penuh bagi dana awam yang begitu besar berjumlah RM39.5 (hampir RM1,500) untuk setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak di Malaysia.

Demi kepentingan nasional dan demi menjulang prinsip akauntabiliti dan ketelusan, suatu kenyataan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mesti dikeluarkan berkenaan status semasa 1MDB.

18

Bagus
20

Marah
20

Terkejut
20

Sedih
14

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (116 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 2-9-2014 05:52 PM
Oleh kerana tajuk thread ada elemen matematik,  maka saya percaya tak ada seekor macai yang sudi masuk berikan sepatah dua.
Quote freebird 2-9-2014 05:58 PM
spiderman80 posted on 2-9-2014 05:52 PM
Oleh kerana tajuk thread ada elemen matematik,  maka saya percaya tak ada seekor macai yang sudi mas ...

matematik lepas pmr ke???   memang sah lah macai2 felda pprt ni takkan masuk....
Quote eco_internet 2-9-2014 06:01 PM
mengikut kata kawan aku, kalau Anwart akan menggunakan rizab selangor RM3 bilion utk membeli ahli parlimen BN, Najib akan menggunakan dana 1MDB yg sebanyak rm39 bilion ini utk counter offer...

kawan aku yg kata la, bukan aku taw....
Quote mirage_46 2-9-2014 06:01 PM
2012 hutang rm650b
Quote saladin780 2-9-2014 06:18 PM
Banyaknya utangggg. !!!
Quote munchkin 2-9-2014 06:58 PM
This is insane!
Quote CiliPadiSedap 2-9-2014 07:37 PM
mirage_46 posted on 2-9-2014 06:01 PM
2012 hutang rm650b

Xpe kita Ada tan sri bukhari billionaire dan perkasa
Quote CiliPadiSedap 2-9-2014 07:38 PM
Habislah gst naik subsidi kena tarik. Ni semua salah anwar. Anwar liwat saiful sebab tu harga barang naik.
Quote Pajeri_Nenas 2-9-2014 07:39 PM
mana ladydutch, disilakan memberi sepatah 2 kata
Quote badaksumbu 2-9-2014 07:41 PM
pandainya kira.
Quote mikasa 2-9-2014 07:53 PM
Rm1500 sorang  tu untuk sebulN ?abis duit aku
Quote bangcak 2-9-2014 07:59 PM
mirage_46 posted on 2-9-2014 06:01 PM
2012 hutang rm650b

...campur dengan bunga selepas 2014 dah berapa??
Quote cmf_acura 2-9-2014 08:10 PM
gila la zaman najib ni....takut aku...tak per..lepas ni cover dengan gst...
Quote cmf_acura 2-9-2014 08:14 PM
bersedia la kita jadi seperti indon lepas ni....
Quote hawaq 2-9-2014 08:21 PM
syukur malaysia masih aman
Quote bangcak 2-9-2014 08:35 PM
cmf_acura posted on 2-9-2014 08:14 PM
bersedia la kita jadi seperti indon lepas ni....

lepas nih kaunter cimb ngan meybeng bleh le bukak bawah payung
tepi jalan


Quote kecimpret 2-9-2014 09:55 PM
Ia sekali gus meningkatkan jumlah keberhutangan rasmi kerajaan daripada RM502 bilion menjadi RM650 bilion pada penghujung tahun 2012.

alaaa hutang singapura lagi tinggi


cai bin ngok
parit raja
Quote spiderman80 2-9-2014 10:09 PM
kecimpret posted on 2-9-2014 09:55 PM
alaaa hutang singapura lagi tinggi



Ini petanda Malaysia sedang menuju ke arah sebuah negara maju serba urban.
Quote protonpersona 2-9-2014 10:21 PM
Hutang Malaysia masih rendah berbanding negara zimbabwe - Timbalan Menteri kewangan

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.093850 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top