CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Pijo?? Maaflah Takkan Sekali-Kali

26-8-2014 05:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5553| Komen: 21

Description: “Banyak Kenangan Manis Bersama Pijo Terutama Membabitkan Arwah Anak Ketiga Saya Yang Meninggal Dunia April Lalu Begitu Rajin Melayan Pijo,” Katanya.
Jempol: Pemilik burung tiong emas dari Taman Intan 1, Batu Kikir, dekat sini, enggan menjual haiwan kesayangannya itu yang boleh bercakap walaupun ditawarkan harga tinggi.

Menurut Ahmad Kamal Ismail, 48, sejak cerita burung dinamakan Pijo berkenaan tersiar di akhbar ini pada 16 Ogos lalu, ramai orang mengunjungi rumahnya bagi melihat sendiri keistimewaan burung itu.

Katanya, ada individu yang ingin membelinya  dengan harga tinggi, namun ditolak dengan baik.


“Kami sekeluarga sangat menyayangi burung itu dan tidak akan menjualnya walaupun ditawarkan dengan harga yang mahal.

“Banyak kenangan manis bersama Pijo terutama membabitkan arwah anak ketiga saya yang meninggal dunia April lalu begitu rajin melayan Pijo,” katanya.

Menurut Ahmad Kamal yang juga Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan FELDA Pasoh 3, dekat sini, seluruh ahli keluarganya sepakat untuk terus membela Pijo walaupun terpaksa meluangkan banyak masa melatihnya bercakap.

AHMAD Kamal setia menjaga Tiong Emas kesayangannya.


“Kalau saya balik dari bertugas pada sebelah petang dan baru saja buka pintu pagar rumah, Pijo akan berkata, ‘mandikan aku’. Keadaan itu bagaikan terapi buat saya selepas seharian menjalankan tugas,” katanya.

Katanya, atas faktor keselamatan berikutan Pijo semakin kerap dikunjungi, burung berkenaan diletakkan dalam sangkar kecil dan disimpan di dalam rumah pada sebelah malam.

9

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
10

Sedih
4

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (39 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djflux2000 26-8-2014 08:09 AM
Ingat pijo chairman fareeda kikikiki
Quote batmana 26-8-2014 08:26 AM
kalu enggan jual, apasal story dlm paper ?

diam2 suda la..
ni msti nk cari org tuk jual harga tinggi..
Quote annehuda 26-8-2014 08:29 AM
Menurut Ahmad Kamal yang juga Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan FELDA Pasoh 3, dekat sini, seluruh ahli keluarganya sepakat untuk terus membela Pijo walaupun terpaksa meluangkan banyak masa melatihnya bercakap.


aik cikgu kan kerjaya yg paling super busy paling paling busy mengalahkan orang keje pejabat smpi cikgu2 semalaysia stress tp sempat plak ajar burung bercakap ye
Quote Tok_Batin 26-8-2014 08:38 AM

.Harga yag ditawarkan tak disebut pula. Mungkin masih belum tinggi??
Quote tinker_bell 26-8-2014 08:43 AM
annehuda posted on 26-8-2014 08:29 AM
aik cikgu kan kerjaya yg paling super busy paling paling busy mengalahkan orang keje pejabat smp ...

cikgu stress buat MLM..lepas tu fail..btambah hutang koop..ada hati nk salahkn student..
Quote CiliPadiSedap 26-8-2014 08:51 AM
djflux2000 posted on 26-8-2014 08:09 AM
Ingat pijo chairman fareeda kikikiki

pijo chairman burger lah.
Quote pittjie 26-8-2014 08:55 AM
ingatkan ... ada org nasihatkan Kiki suruh jual peugeot dia.
Quote djflux2000 26-8-2014 09:14 AM
CiliPadiSedap posted on 26-8-2014 08:51 AM
pijo chairman burger lah.

Selalu mewar di pangkuan pizo kan bila xde kerusi..hehehee..hes the mann..
Quote cmf_premierleag 26-8-2014 09:36 AM
pittjie posted on 26-8-2014 08:55 AM
ingatkan ... ada org nasihatkan Kiki suruh jual peugeot dia.

Aku pun mula2 baca td..ingatkan Pijo CDM 25 TUH
Quote dubuk 26-8-2014 09:39 AM
tak ada video kat youtube ke.. nak tengok ia bercakap cakap
Quote rospinki 26-8-2014 09:43 AM
dulu kita ada bela burung ni..asal orang lalu je dia tegur...time tu menega kt gerai..dia tegur..ko bodopastu apa?? dah makan..kekekek dia gelak..bila umur dia dh 3 tahun mati camtu je..pelik aku..kataorg burung yg pandai berkata2 hantu tak suka pasal tu dia mati.

Quote kenarikelabu 26-8-2014 10:01 AM
Iyo la tu taknak jual.... Try bg duit 2-3guni, mau terdiam tersenyum2 org tua tuh....
Quote solstice 26-8-2014 10:06 AM
Ingatkan pemain bola tim mana tadi
Quote solstice 26-8-2014 10:06 AM
annehuda posted on 26-8-2014 08:29 AM
aik cikgu kan kerjaya yg paling super busy paling paling busy mengalahkan orang keje pejabat smp ...

Terlalu busy katanya sampaikan terpaksa mendapatkan rawatan terapi kaedah bercakap dengan burung

“Kalau saya balik dari bertugas pada sebelah petang dan baru saja buka pintu pagar rumah, Pijo akan berkata, ‘mandikan aku’. Keadaan itu bagaikan terapi buat saya selepas seharian menjalankan tugas,” katanya.

Quote axl_bach 26-8-2014 10:13 AM
batmana posted on 26-8-2014 08:26 AM
kalu enggan jual, apasal story dlm paper ?

diam2 suda la..

nak main rega laa tu.......kalo ada yg offer sampai berkoyan2 RM maunye x jual, entah baper tahun lagi burung nak idup pun.......silap2 kalo dia tolak org nak beli dgn berkoyan2 RM 2 hari lepas tu si PIJO nih mampus mau meroyan seumur idup.......

Quote liyamariska 26-8-2014 10:25 AM
cara pakcik ni bercerita mcm burung ni sukar ditemui kekdahnya...
Quote annehuda 26-8-2014 10:53 AM
solstice posted on 26-8-2014 10:06 AM
Terlalu busy katanya sampaikan terpaksa mendapatkan rawatan terapi kaedah bercakap dengan burung
...

hahaha tak terfikir plak aku


Quote pisang69 26-8-2014 11:05 AM
diharap burung beliau tak diletakkan cincin dilehernya....
Quote mawarika 26-8-2014 11:18 AM
rospinki posted on 26-8-2014 09:43 AM
dulu kita ada bela burung ni..asal orang lalu je dia tegur...time tu menega kt gerai..dia tegur..ko  ...

Dulu Aku pun ada burung ni uolss.. Stress tau asyik panggil nama aku je.. Sampai melalak aku soh dia diam. Pastu gelak2.. Sakit hati.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.057406 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top