CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MH17: Perak Adakan Istiadat Penerimaan Jenazah Jumaat Ini

21-8-2014 12:43 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2020| Komen: 2

Description: Semua Jenazah Dijangka Tiba Di Klia Dari Amsterdam, Belanda Pada Jam 10 Pagi Jumaat Ini.
MH17: Perak adakan Istiadat Penerimaan Jenazah Jumaat Ini
  

Dr Zambry Abdul Kadir


IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan istiadat penghormatan penerimaan jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 peringkat negeri secara ringkas di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini, Jumaat ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata beliau serta barisan EXCO Kerajaan Negeri dan keluarga mangsa akan menyambut ketibaan jenazah di lapangan terbang berkenaan sebelum dibawa ke lokasi masing-masing untuk urusan pengebumian.

"Difahamkan jenazah akan dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah menaiki pesawat C-130 selepas istiadat penghormatan jenazah yang akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Persediaan telah dibuat di peringkat negeri untuk mengiringi kenderaan jenazah ke lokasi masing-masing mengikut jalan darat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.


Dr Zambry berkata, kerajaan negeri dimaklumkan bahawa terdapat empat jenazah daripada Perak akan dikebumikan di daerah masing-masing iaitu dua di Ipoh dan masing-masing satu di Taiping dan Teluk Intan.

Katanya, terdapat mayat bukan Islam di antara empat jenazah itu tetapi enggan mendedahkan jumlahnya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini mengumumkan sebanyak 20 jenazah warga Malaysia mangsa nahas MH17 akan dibawa pulang Jumaat ini.

Semua jenazah dijangka tiba di KLIA dari Amsterdam, Belanda pada jam 10 pagi Jumaat ini.

Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Russia pada 17 Julai.


Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=823218&extra=&page=9
16

Bagus
15

Marah
11

Terkejut
17

Sedih
8

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote AleksShamles 16-11-2020 04:08 PM
[url=https://cdc88.id/games/slots]https://cdc88.id/games/slots[/url]
Quote AleksShamles 16-11-2020 04:07 PM
<a href="https://cdc88.id/">Coduca88</a>

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.033941 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top