CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Terpedaya Pakej Umrah Murah

12-8-2014 04:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4064| Komen: 10

Description: Mohd Sharkar Berkata, Purata Minimum Harga Pakej Umrah Pada Masa Ini Ialah Kira-Kira Rm5,000 Bagi Setiap Individu Termasuk Tempat Tinggal Dan Penerbangan Pergi Balik.
Jangan Terpedaya Pakej Umrah Murah


Mohd Sharkar (tengah)Idros (dua kanan) Adi (kanan) dan Mahathir (dua kiri) menunjukkan poster yang akan diedarkan di seluruh surau dan masjid seluruh Pahang bagi menangani kegiatan penipuan umrah.

TEMERLOH – Orang ramai khususnya bakal jemaah umrah diingatkan supaya tidak terpedaya dengan tawaran murah mengerjakan ibadah itu yang tidak masuk akal di bawah RM5,000 bagi mengelakkan mereka tertipu dengan agensi pelancongan tidak berlesen.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata, kos minimum untuk mengerjakan umrah sudah mencecah RM5,000 pada musim biasa sudah tentu tawaran yang dibuat agensi tertentu itu sehingga serendah RM3,000 menjadi sesuatu perkara yang mustahil.

Menurutnya, bagi mengelakkan berlaku penipuan semua jemaah haji dan umrah di negeri ini dinasihati menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan yang berlesen dengan melayari laman web Kementerian Pelancongan.

“Tiket penerbangan pergi balik pada bukan musim puncak pun ialah kira-kira RM2,950 seorang, jadi bagaimana mereka dapat menawarkan harga semurah RM3,000.

“Jadi kita menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan menilai terlebih dahulu mana-mana pakej umrah yang ditawarkan kurang daripada RM5,000 bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Penipuan Pakej Umrah dan Hak Kepenggunaan Peringkat Negeri di sini semalam.

Turut hadir, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang, Idros Yahya, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Pelesenan dan Pelancongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Mahathir Bujang dan Pengerusi MATTA Pahang, Adi Din Hussain.

Mohd Sharkar berkata, purata minimum harga pakej umrah pada masa ini ialah kira-kira RM5,000 bagi setiap individu termasuk tempat tinggal dan penerbangan pergi balik.

Beliau berkata, harga berkenaan berubah dan sentiasa meningkat naik berdasarkan kepada permintaan khususnya pada musim-musim tertentu seperti cuti sekolah dan bulan Ramadan.

Dalam perkembangan berkaitan beliau menasihati orang ramai supaya memastikan mereka menggunakan ejen umrah yang berlesen bagi memastikan mereka tidak tertipu dan mengalami kerugian.

“Pada masa ini terdapat 59 buah agensi pengendali umrah yang berlesen dan berdaftar dengan kerajaan Arab Saudi termasuk 14 agensi di Pahang.

“Setakat ini sebanyak 24 syarikat umrah di seluruh negara dikenal pasti tidak berlesen dan sebanyak tujuh syarikat dibatalkan lesen kerana terlibat dengan penipuan umrah,” katanya.

11

Bagus
20

Marah
10

Terkejut
25

Sedih
15

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (93 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote piao 12-8-2014 12:38 PM
x habis-habis lg kes penipuan umrah ini?
Quote ninjago 12-8-2014 12:48 PM
tergamak org2 yg menipu gunakan tawaran umrah.. berani.. betul2 berani..
Quote Munnalicious 12-8-2014 12:53 PM
Tak takut doser ke hahhh?
Quote Orange1 12-8-2014 12:54 PM
Ummah melayu sunni dlm hal beribadah pun boleh menipu duit org.
Quote rospinki 12-8-2014 01:00 PM
orang yg menipu tu aku agak mesti jenis rupa alim tak tinggal semayang..muka orang jahat sapa nk pecaya
Quote rospinki 12-8-2014 01:05 PM
nak tau..penipu2 yg banyak bekeliaran kat luar tu adalah yg orang paling dipercayai.

contoh:

sorg pak haji developer penipu tanah org kpg dan pembeli rumah..smpi skrg masih bebas sebab dia nmpk alim dan berharta.

sebab apa..semua kaki dia yg besekongkol menipu adalah juga muka2 yg baik dipandang org.

lebih mulia perompak merompak dari penipu yg hipokrit.



Quote Artemesiaa 12-8-2014 01:08 PM
Ramai yang terjebak sebab menyangka harga flight dan hotel gi umrah ni sama macam harga flight dan hotel gi Langkawi agaknya
Quote albob90 20-8-2014 11:11 AM
salam, siapa tahu agensi mana menawarkan pakej umrah yang terbaik.
Quote mattzzx 20-8-2014 11:26 AM
Nak pergi ke tanah suci pun dia orang sanggup menipu lagi..... dah tak takut mati lagi lah kot
Quote terence46 4-9-2014 05:44 PM
Layar web ini untuk MATTA brochures online http://tripzilla.my/travel-fair/matta-2014-travel-fair-pwtc

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.062855 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top