CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saman Mat Rempit Tegar - Ops Bersepadu

3-7-2014 09:45 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6739| Komen: 13

Description: Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman Berkata, Seramai 60 Penunggang Dan 50 Motosikal Diperiksa Ketika Operasi Yang Bermula Pada Jam 10 Malam Itu.
Mat rempit digempur


Gambar hiasan


SERI ISKANDAR - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah mengeluarkan 64 saman bagi pelbagai kesalahan dalam Ops Bersepadu Khas cegah mat rempit di Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Bota Kanan ketika Ops Bersepadu Khas, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, seramai 60 penunggang dan 50 motosikal diperiksa ketika operasi yang bermula pada jam 10 malam itu.

Menurutnya, enam pelajar sekolah yang masih di bawah umur turut diperiksa dan 64 saman iaitu tujuh saman daripada polis dan 57 lagi dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya, bagaimanapun pemeriksaan urin yang dijalankan ke atas 18 penunggang motosikal, negatif dadah.

“Saman-saman ini dikeluarkan kerana penunggang motosikal melakukan pelbagai kesalahan termasuklah tidak ada lesen kenderaan, cukai jalan tamat tempoh, tidak memakai topi keledar dan pelbagai kesalahan lain,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 19 notis turut dikeluarkan kepada penunggang motosikal kerana kesalahan mengubahsuai motosikal.

Katanya, kesemua penunggang terlibat diarahkan oleh JPJ untuk membuat pemeriksaan semula motosikal milik mereka.

“Ini adalah satu kesalahan kerana boleh mengundang pelbagai risiko yang membahayakan pengguna,” katanya.

Mohamad Fakri berkata, Ops Bersepadu Khas itu dijalankan dengan kerjasama beberapa agensi lain termasuk sukarelawan polis, JPJ, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Katanya, tujuannya adalah untuk mengekang gejala mat rempit dalam kalangan pelajar sekolah apabila perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa bertindak daerah dan Pejabat Pelajaran Daerah turut memberikan kerjasama.

“Kita sedia maklum di daerah ini terdapat beberapa lokasi tertentu yang menjadi laluan mat rempit dan perkara diambil perhatian serius oleh pihak kami,” katanya.

Beliau berkata, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Masyarakat terutama ibu bapa diharapkan dapat memberikan kerjasama dengan tidak membenarkan anak-anak di bawah umur ataupun tidak ada lesen memandu kenderaan tidak kiralah motosikal ataupun kereta.

“Kita juga memerlukan sokongan masyarakat setempat dalam menangani isu ini supaya perancangan untuk membanteras gejala tidak sihat ini dapat berjalan lancar,” katanya.


13

Bagus
15

Marah
9

Terkejut
13

Sedih
14

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 2-7-2014 02:40 PM
Mmg patut..kene lebih tegas lagi biar mat rempit ni dengor kata sket..nyusahkan org je..
Quote Cik_Andak 2-7-2014 03:11 PM
Banyaknya moto.....bila la nak dilelong ye...
Quote akificha 3-7-2014 11:27 PM
buat operasi lebih kerap..baru la mat rempit tu reti bahasa sikit
Quote sigila 3-7-2014 11:35 PM
Hapuskan rempit
Quote batmana 3-7-2014 11:40 PM
org tarawikh 20 rakaat kt mesjid
dia merempit 20 kali tawaf jln tu..

Quote zacrin 5-7-2014 02:41 PM
eloknya dorang ni disebat je dalam jel bia pecah buntut tu xboleh naik moto dah
Quote Idelgo 5-7-2014 03:36 PM
saman jangan tak saman orang yang merempit tu.
Quote mattzzx 5-7-2014 03:44 PM
sigila posted on 3-7-2014 11:35 PM
Hapuskan rempit

Hapuskan saje mat rempit dan bukannya peminta sedekah.....

Quote alinone78 5-7-2014 03:46 PM
batmana posted on 3-7-2014 11:40 PM
org tarawikh 20 rakaat kt mesjid
dia merempit 20 kali tawaf jln tu..

Jalan straight tu...
Eloknya korner baring masuk masjid Sultan Yussuf tu terus
Quote alinone78 5-7-2014 03:47 PM
Akhirnya DO boleh pencen dengan senyum lebar dan berlapang dada...
Dia yang beria nak operasi bersepadu ni
Quote setia00 5-7-2014 03:53 PM
cari lah kerja yang elok sikit bulan pose ni wei..
Quote cef_gango 8-7-2014 01:31 PM
rempit menyusahkn org. rempit dan melayu xdpt dipisahkan
Quote bluehedgehog 8-7-2014 04:05 PM
mengapa ramai rempit? sbb habuan cantek...minah rempit free klau menang

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.084248 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top