CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sasaran 25,000 Berbuka Puasa Di Dataran Setiap Minggu

30-6-2014 10:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5399| Komen: 20

KUALA LUMPUR 29 Jun - Festival Ramadan 2014 iaitu program berbuka puasa yang diadakan setiap hujung minggu di sepanjang Jalan Raja dan Dataran Merdeka di sini dijangka mampu menarik seramai 25,000 pengunjung.


Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli berkata, festival yang masuk tahun ketiga itu mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Festival Ramadan 2014 bertujuan menjadikan Ramadan sebagai bulan dengan kegiatan kerohanian dan kesenian Islam dapat disemarakkan kepada masyarakat.

“pada tahun lalu, seramai 24,500 pengunjung termasuk pelancong menghadiri festival ini dan tahun ini kita jangkakan jumlah itu akan bertambah kepada 25,000 orang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Festival Ramadan 2014 di Galeri Media Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Bangunan Sultan Abdul Samad hari ini.


3

Bagus

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 30-6-2014 06:51 AM
wow...lahir nya adat budaya baru nih ....
Quote nolya 30-6-2014 08:58 AM
Nak tanya, adakah majlis berbuka puasa di Dataran ini dibuat ala2 piknik yg disertai oleh kelompok masing2 keluarga di bawah langit terbuka, tiada khemah or ada konsep lain.  Selepas berbuka, boleh ke solat di padang Dataran itu juga?  Or at least pihak penganjur boleh tentukan satu masa, iaitu kira2 15 minit selepas berbuka, ada seorang imam yg boleh leadkan solat berjemaah maghrib n anybody boleh join.  Khaskan satu sudut di padang Dataran untuk ruang solat.
Satu idea baru, boleh diperkenalkan dn boleh wujudkan silaturrahim di kalangan umat Islam.  Kalau hari tak hujan sesuailah, tapi di musim hujan mungkin tak akan berjaya.  DBKL kenalah juga sediakan tong2 sampah.
Quote hasmania 30-6-2014 09:11 AM
25 ribu orang ????
bayangkan 25 ribu org nak bersesak-sesak plakk nak pergi ambik wuduk dan nak solat magrib ..... pihak penganjur kena planning betul2 jangan hanya nk masuk book of record perkara ini tak di pedulikan .... karang tak pasal-pasal jadi hal plakkk
Quote dualchicks 30-6-2014 09:26 AM
ala...air botol mineral cukup jer utk wuduk...bwklaa sejadah semyg kat situ juga...henpon masing2 canggih byk qiblah apps...walaupun laki mahupun pompuan sama jer...islamkan mudah...yg melecehkan bila nafsu bijak mendungukan makhluk yg bernama manusia...

nanti mesti kena quote...ckp senanglaa ckp bleylaaa cuba buat?
Quote gede-bab 30-6-2014 09:48 AM
kalu setakat nak menunjuk2 dan pecah rekod baik tak payah.....kenapa tak buat solat taraweh sekali kat situ...??
Quote sepitsiput 30-6-2014 10:30 AM
kat I-city shah alam dah dekat 6 thun org semayang kt dataran tengah2 tu pas bukak puasa kat bawah pokok bling2
Quote Cik_Andak 30-6-2014 10:50 AM
Berbuka kat umah lagi best...
Quote gaara_X 30-6-2014 10:54 AM
lepas berbuka pakat g masjid atau surau
Quote MengkuduMasam 30-6-2014 11:12 AM
buka je kat masjid jamik tu.. bkn jauh pun
Quote fifie_olin 30-6-2014 11:27 AM
x kuasa aku nk bersesak...lbh rela dok umah ...aman2 ajew
Quote pilot 30-6-2014 11:29 AM
motip nak suruh rakyat bersesak2 nak buka pose? tak cukup lagi sesak kat bazar2 ramadhan ptg ke malam...

takde dah konsep rumahku syurgaku..??
Quote damian_lee 30-6-2014 11:34 AM
mcm best jer .....
Quote airfilterkotor 30-6-2014 11:48 AM
Ini Festival Makan namanya.
Quote Artemesiaa 30-6-2014 11:52 AM
Lebih sesuai untuk bujang perantau maklumlah mereka jauh dari keluarga dapat makan beramai2 boleh ubat kerinduan pada keluarga.  Bagi yang dah berkeluarga pasti mereka lebih selesa berbuka dirumah sahaja.
Quote Lagubestbest 30-6-2014 04:42 PM
siapa dapat kontrak bekalkan makanan tu
Quote sigila 30-6-2014 04:52 PM
Nie mkn pree ke apa nie  
Quote prettymanja 30-6-2014 04:55 PM
best gak, selama nie Umat Kuantan jew yg slalu wat camnie Uolss..
berbuke beramai2 sambil beramas mesra kekdahnye.. super Cool ape Uolss
Quote Czaziq 30-6-2014 04:57 PM
yg ramai mesti indon nepal bagai.. sebab dekat dengan medan pasar.
Quote noell 30-6-2014 05:14 PM
aku baca dlm blog mana ntah...depa bukak posa dekat padang masjid shah alam...bukak posa sambil berselfie tapi tak solat maghrib...siap mengaku lagik tuh dlm blog...anak sapa la tuh

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.113332 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top