CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Daerah Baling Kawasa Paling 'Bahagia' Di Malaysia

27-6-2014 11:54 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2872| Komen: 13

Description: "Soal Kebahagiaan Tidak Lagi Terhad Kepada Menerima Manfaat Pembangunan Sahaja, Tetapi Penglibatan Setiap Rakyat Dalam Proses Pembangunan Fizikal, Sosial Dan Ekonomi Melalui Konsep Pemerkasaan, Perw ...


KUALA LUMPUR: Majlis Daerah Baling, Kedah dikenal pasti sebagai kawasan yang mencatat kadar kebahagiaan tertinggi di Malaysia, iaitu sebanyak 84.62 peratus, berdasarkan Kajian Indeks Kebahagiaan Negara 2013.

Ia diikuti Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka dengan 81.54 peratus dan Majlis Daerah Pekan serta Majlis Daerah Raub, Pahang masing-masing mencatat 80 peratus.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata indeks ini dapat mengenal pasti hasrat dan aspirasi rakyat secara langsung terhadap pembangunan.

"Soal kebahagiaan tidak lagi terhad kepada menerima manfaat pembangunan sahaja, tetapi penglibatan setiap rakyat dalam proses pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi melalui konsep pemerkasaan, perwakilan dan perundingan bersama penduduk," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyatakan sebab Baling mencatat indeks kebahagiaan tertinggi.

Abdul Rahman berkata kajian indeks terbaru ini menunjukkan 90 pihak berkuasa tempatan (PBT) mencatat tahap sederhana untuk kebahagiaan penduduk di kawasan masing-masing, iaitu antara 50 hingga 79 peratus, dan hanya empat PBT melepasi 80 peratus.

"Peningkatan kualiti hidup penduduk ini dapat membendung masalah rasuah, jenayah, juvenil dan masalah sosial lain.

"Indeks ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada piawaian Petunjuk Rangkaian Pembangunan Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (Murninets) yang merangkumi 151 PBT di Malaysia," katanya.

Indeks Kebahagiaan Negara mula dilaksana pada 2012 dengan 82 PBT, dan pada tahun lepas, ia disertai 94 PBT.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 27-6-2014 10:47 AM
ye lah tu........
Quote Omong 27-6-2014 10:47 AM
astrok
Quote Omong 27-6-2014 10:48 AM
posisi dabel . .
Quote the_killer 27-6-2014 10:49 AM
tacang
Quote MissNigga 27-6-2014 10:52 AM
thread dah ada ler uolssss...

uols baru kuar dari ulubanat mana ni uols...

p/s mohtep melahar diri sundirik...

momod..kasi katup jer thread bahagia nie
Quote cucumberkl 27-6-2014 11:21 AM
1 tacang
Quote -electrifying- 27-6-2014 11:35 AM
MissNigga posted on 27-6-2014 10:52 AM
thread dah ada ler uolssss...

uols baru kuar dari ulubanat mana ni uols...

itu yg den pelik, ahkak yg bkak thread tp diri sendiri yg melahar...


+1
Quote shamsadis 27-6-2014 11:35 AM



.
Quote budakmanentah 27-6-2014 11:47 AM
ade jgk org buat kajian cmni eh? geli ati aku baca artikel ni
Quote MissNigga 27-6-2014 11:57 AM
Congratulations, your article Daerah Baling kawasa paling 'bahagia' di Malaysia has been pushed to portal, rewarded 5 points, click here to view

.. I am surprise!!!

Thanks anyway
Quote tomatome 27-6-2014 12:01 PM
wahh bahagianya.. meh pakat ramai2 pindah baling
Quote munchkin 27-6-2014 12:10 PM
nak gilah
Quote myvios 27-6-2014 12:11 PM
MissNigga posted on 27-6-2014 11:57 AM
Congratulations, your article Daerah Baling kawasa paling 'bahagia' di Malaysia has been pushed to p ...

first time ke? tahniah...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.139043 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top