CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 11 Tahun Mekanik Kereta

5-6-2014 05:16 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6742| Komen: 50

Description: Bakatnya Itu Diwarisi Daripada Bapanya, Tuan Muter Tuan Putih, 53, Yang Membuka Bengkel Kenderaan Di Rumah Mereka Dekat Gong Pasir Sebelum Dia Diserang Angin Ahmar Kira-Kira Lapan Bulan Lalu.




DUNGUN - Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Biarpun umurnya baru 11 tahun, anak seorang mekanik, di sini, sudah pandai membaiki enjin kenderaan.

Malah Tuan Asyraaf  Tuan Muter mula berjinak-jinak dengan kerja membaiki enjin kereta sejak umurnya 9 tahun lagi.

Bakatnya itu diwarisi daripada bapanya, Tuan Muter Tuan Putih, 53, yang membuka bengkel kenderaan di rumah mereka dekat  Gong Pasir sebelum dia diserang angin ahmar kira-kira lapan bulan lalu.

“Saya nak jadi mekanik yang berjaya suatu hari nanti, dapat buka bengkel kereta sendiri,” kata murid  tahun lima SK Batu 48 itu.

Tuan Asyraaf berkata, dia tidak kisah dipandang sinis oleh rakan sebayanya berikutan dia memilih melakukan pekerjaan yang terpaksa bergelumang dengan minyak dan kotoran.

Katanya, dia yakin kerja membaiki kenderaan yang diminatinya itu memberikan masa depan yang cerah walaupun jika dia gagal dalam pelajaran.

“Kerja baiki kereta juga boleh dapat banyak duit jika dilakukan secara bersungguh-sungguh.

“Apa pun saya bangga dengan pekerjaan ini kerana ia juga satu pekerjaan halal dan boleh menjamin masa depan,” katanya.

Bagaimanapun Tuan Asyraaf berkata, walaupun sangat meminati pekerjaan itu, dia tidak pernah melupakan pelajarannya.

Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, dia cuma melakukan pekerjaan itu selepas pulang dari sekolah, manakala masa terluang cuti sekolah pula dimanfaatkan untuk mendalami ilmu membaiki kenderaan daripada abangnya, Tuan Syed Azhan, 24, yang juga
seorang mekanik.

Katanya, dia kini sudah dapat menguasai kerja asas enjin seperti menukar minyak pelincir, penapis, membuka tayar dan servis enjin.

"Setiap hari saya akan  belajar perkara baru berkaitan enjin dan sejak tiga tahun saya membantu abang di bengkel, sudah banyak yang saya pelajari," katanya.

Menurutnya, setakat ini dia banyak membaik pulih kereta buatan tempatan seperti Proton Saga, Wira dan Perodua.

Bagaimanapun, dia bercita-cita mahu mendalami selok-belok enjin kereta buatan Eropah kerana tidak ramai mekanik yang mahir dengan kenderaan import itu.

“Kalau ada peluang, saya nak belajar enjin kereta BMW, Mercedes dan Audi.

“Mana tahu saya dapat jadi mekanik profesional yang mahir tentang enjin kereta mewah suatu hari nanti,” katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 4-6-2014 08:14 AM
Ololololo comeynyerrr ko dik
Kecik2 dah develop technical skill
Untung
Quote ga-in 4-6-2014 08:16 AM
well done adik......kipidap
Quote redz85 4-6-2014 08:21 AM
sah aku jeles .. masa aku 11 tahun aku hanya boleh main build it yourself toys
Quote jazaa 4-6-2014 08:25 AM
Tahniah dik.....
Bangga sgt dgn anak melayu ni........
Quote chinta89 4-6-2014 08:29 AM
bagus dik!
Quote tossee 4-6-2014 08:32 AM
Ini kalo belajar repair kete2 supersports cam ferrari ke lambo...mmg cerah masa depan budak nih..silap2 boleh keje dgn team2 racing ternama dunia..
Quote rdzaccess 4-6-2014 08:32 AM
seorang mechanical engineering untuk F1 akan datang ...
Quote Staratila 4-6-2014 08:34 AM
Syabas dik, semoga cita-cita adik berjaya
Quote xtahumenahu 4-6-2014 08:35 AM
bagus....terus tanamkan minat untuk belajar lebih lagi bidang mechanical...semoga berjaya
Quote intriQue 4-6-2014 08:37 AM
bagus dik....skill mcm ni mmg amat berguna.  Duit masuk pun lebat kalau kita betul2  mahir bab2 repair kete ni.  Orang pasti cari
Quote fiezachommel 4-6-2014 08:44 AM
Bagus dik...cerah masa depan
Quote the_killer 4-6-2014 08:47 AM
budak ni..kalo betul2 usaha...leh jadi mekanik keta2 sport ...leh g luar negara
Quote pittjie 4-6-2014 08:47 AM
well done dik. tak perlu malu malah seharusnya bangga dik. kipidap. ahkaq ni dari dulu lagi .. mmg teringin nak tau pasal kereta ni. tapi sampai laa ni .. reti bawak je dik. kalau jadi apa2 kat kereta .. mmg ahkaq serah kat pomen sajork. kena tipu pun ahkaq tak tau dik.
Quote razhar 4-6-2014 08:53 AM
anak aku pon bley tuko minyak itam......
Quote shaykays 4-6-2014 08:57 AM
Bagusnyaaaa
Setengah tu cita2 nk jadi doktor...
Tp bila besar jadi doktor lorong...
Stedi dik
Quote seri_mawr 4-6-2014 10:24 AM
akak pandai isi air bateri jek....huhuhuhuhu....

caya la dik..
Quote cmf_premierleag 4-6-2014 10:29 AM
shaykays posted on 4-6-2014 08:57 AM
Bagusnyaaaa
Setengah tu cita2 nk jadi doktor...
Tp bila besar jadi doktor lorong...

majlis pentauliahan doktor lorong tu lak kat blkg2 umah kedai area chow kit
Quote prettyuglybabe 4-6-2014 10:32 AM
bagusnya adik ni.. semoga berjaya
Quote AnBulisia 4-6-2014 10:56 AM
adik ni kalau dia tekun belajar... dengan kemahiran yang dia dah perolehi ditambah dengan ilmu akademik yang berkaitan... mesti lagi power
chaiyokkkk

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.070808 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top