CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malindo Air Tawar Penerbangan Tambahan Untuk Hari Raya

3-6-2014 11:10 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3880| Komen: 2

Description: Inisiatif Malindo Air Bagi Memenuhi Peningkatan Permintaan Untuk Perkhidmatan Semasa Perayaan Aidilfitri Itu Akan Menyaksikan Pertambahan Penerbangan Mulai 23 Julai Dan 4 Ogos Untuk Destinasi Domestik ...


KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air, akan menawarkan penerbangan tambahan untuk destinasi tempatan semasa perayaan hari raya nanti.

Inisiatif Malindo Air bagi memenuhi peningkatan permintaan untuk perkhidmatan semasa perayaan Aidilfitri itu akan menyaksikan pertambahan penerbangan mulai 23 Julai dan 4 Ogos untuk destinasi domestik seperti Kota Baharu, Kuala Terengganu, Alor Setar, Johor Baharu dan Pulau Pinang.      

Penerbangan tambahan itu bagaimanapun hanya untuk penerbangan domestik yang berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Aziz Shah, katanya dalam satu kenyataan hari ini.           
      
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, penerbangan tambahan itu akan memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk bersama keluarga mereka pada musim perayaan ini.

"Muatan penumpang untuk penerbangan tempatan terbabit selalunya tinggi. Oleh itu terdapat keperluan untuk kami mengadakan penerbangan tambahan bagi membolehkan pelanggan kami pulang ke kampung halaman mereka untuk beraya bersama keluarga," katanya.

Tempahan dibuka mulai hari ini dan penumpang dinasihatkan merancang perjalanan dan memanfaatkan tempat duduk tambahan yang disediakan itu, kata kenyataan berkenaan.     

1

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NIXAR 2-6-2014 04:16 PM
dulu cuma ada bas tambahan balik kg waktu raya. skarang ada penerbangan tambahan....cepat2 book sblm kehabisan
Quote chinta89 2-6-2014 04:27 PM
cepat..cepatttt!!! booking jgn tak booking

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.043771 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top