CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Mencangkung Di KTM

2-6-2014 05:12 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7454| Komen: 15

Description: Dalam Kejadian Jam 8 Pagi Itu, Mangsa Lim Yeong Kak, 29, Dilihat Duduk Di Kawasan Menunggu Di Stesen Komuter Telok Pulai Di Sini, Sebelum Dirempuh Gerabak Komuter Dari Arah Pelabuhan Klang Menuju Ke I ...
Klang: Tindakan seorang lelaki duduk mencangkung di tepi landasan kereta api mengundang padah apabila mangsa terjatuh sebelum digilis komuter hingga mati, pagi semalam.


Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa Lim Yeong Kak, 29, dilihat duduk di kawasan menunggu di Stesen Komuter Telok Pulai di sini, sebelum dirempuh gerabak komuter dari arah Pelabuhan Klang menuju ke ibu negara itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Superintendan Goh Lee Fook berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa mengidap sawan dan berkemungkinan terjatuh akibat penyakit dialaminya.
Katanya, polis sudah mendapatkan keterangan beberapa individu termasuklah isteri mangsa.


“Isteri mangsa memberitahu, suaminya itu sudah beberapa kali terbabit dalam kemalangan disebabkan penyakit sawan dialami. Bagaimanapun, polis akan menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Husin Mat Amin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.15 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.


Katanya, sebuah jentera bomba bersama lima anggota dikejarkan ke stesen berkenaan bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

“Ketika ditemui, bomba mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan parah di tangan. Berdasarkan keterangan saksi, mangsa dilihat duduk mencangkung di kawasan menunggu di stesen itu.

“Mangsa tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik ketika bersama penumpang lain di stesen berkenaan. Bagaimanapun, mangsa dikatakan jatuh mendadak ke atas landasan ketika komuter tiba di stesen itu,” katanya.

Hussin berkata, walaupun komuter berkenaan tidak dipandu laju, mangsa didapati maut akibat patah tulang dan kecederaan parah di tangan.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk dibedah siasat.

15

Bagus
18

Marah
7

Terkejut
18

Sedih
20

Lawak

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 2-6-2014 09:25 AM
lelaki baju biru tu.. ambik gambar ke ape? ke mata aku salah tgk??

hmmm... skg ni ak perati la, kalau kat tmpat2 eksiden ke, majlis ke,.. sibuk masing2 nk ambik gmbar.. sampaikan ade dulu thread ayah si mati ckp "jgn ambik gambar anak sy" sedih btl ak baca.. tp cuba jgk pk positif myb nk buat laporan ke ape ke.. biase laporan si reporter kamera besar gedabak..
Quote jengkoil 2-6-2014 09:50 AM
Mangsa tidak menunjukkan sebarang kelakuan pelik ketika bersama penumpang lain di stesen berkenaan. Bagaimanapun, mangsa dikatakan jatuh mendadak ke atas landasan ketika komuter tiba di stesen itu,” katanya.


Kompom sumber metro...xyah letak link...xyah bukak "view image"
Quote mak_wa95 2-6-2014 09:53 AM
takziah....siannya
Quote bloomy 2-6-2014 06:51 PM
Ni kat umh ai ni...ngeri nyee
Quote noor2 2-6-2014 07:33 PM
dia pening kut...tu mencangkung...kesian...takziah.,.
Quote BeeHaa 2-6-2014 08:37 PM
Tp kan kalau sawan dia menggelupur. Kat skolah rendah tiap2 bulan budak kelas kena sawan. Dr darjah 1 smp darjah 6 dia je la kena. Sian budak tu..mmg dia sakit sawan. Sampai geng2 kiteorg dh expert dah ape nk buat kalau dia kena sawan. Berlari cari sudu simpan dlm meja cikgu.
Yg mangsa ni xde kena attack pun..siap boleh mencangkung lg. Maybe dia terslip dr tebing kot
Quote tumpanglalu74 2-6-2014 08:51 PM
Tapi mati digilis komuter setelah tergolek ke landasan dari posisi cangkung.
Quote arrowtotheknee 2-6-2014 08:54 PM
Tajuk bongok.
Quote nurul_akmar 3-6-2014 07:03 AM
bhy betul penyakit sawan ni
Quote Lagubestbest 4-6-2014 01:20 PM
Sawan boleh terima lagi la. Kat U dulu ada sorang girl ni, banyak kali pengsan dalam kelas. Tgah dgar lecture tetibe je blackout dia sorang.  Kalo dalam lab lagila kesian gedebuk jatuh atas lantai macam pokok tumbang.
Quote ninjago 5-6-2014 10:06 AM
ksiannya.. takziah
Quote hanakikan 5-6-2014 10:08 AM
aku ingatkan dia mati dlm keadaan tercangkung
Quote haryatie 5-6-2014 10:09 AM

kesiannyer..
da ajalnya begitu kan..
takziah..
Quote amyainsamad 5-6-2014 10:10 AM
kesian...takziah
Quote irwansuhadi 5-6-2014 02:33 PM
chinta89 posted on 2-6-2014 09:25 AM
lelaki baju biru tu.. ambik gambar ke ape? ke mata aku salah tgk??

hmmm... skg ni ak perati la, k ...

itu polis la... kan mereka ada bahagian2 siasatan yang kena ambil gambar mangsa dan tempat kejadian... aduyai...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.242981 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top