CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dipenjara Sehari Kemuka Sijil Cuti Sakit Palsu!

9-5-2014 04:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 18076| Komen: 25

Description: Mohd Hirwan Didakwa Melakukan Kesalahan Itu Di Pejabat D6 Spytl Sdn Bhd Di Sini Pada 2 Januari Lalu Dan Didakwa Mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan Yang Memperuntukkan Hukuman Penjara Maksimum Dua Ta ...

Gambar hiasan



KUALA LUMPUR: Gara-gara mengemukakan sijil cuti sakit palsu kepada majikan, seorang bekas penyelia tapak dihukum penjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Saifulakmal Said menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Hirwan Rusman, 28, setelah dia mengaku bersalah menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk memperdaya Syarikat Pembinaan Yeih Tiong Lay (SPYTL) Sdn Bhd.

Saifulakmal berkata, walaupun kes pemalsuan sijil sakit tidak membabitkan sebarang kecederaan namun ia tetap melanggar undang-undang dan hukuman setimpal perlu dijatuhkan memandangkan kejadian sama kerap berlaku.

Mohd Hirwan didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat D6 SPYTL Sdn Bhd di sini pada 2 Januari lalu dan didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes perbuatan tertuduh disedari pegawai tadbir syarikat terbabit yang mendapati tertuduh mengemukakan cuti sakit palsu dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) Bahagian Pesakit Luar bertarikh 28 Disember 2013.

Pegawai itu membuat semakan dan didapati sijil itu tidak dikeluarkan oleh HKL dan cap pegawai perubatan juga adalah palsu.

Ketika rayuan, peguam N Sadgurunathan yang mewakili tertuduh memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan ia kesalahan pertama dan tertuduh berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Ooi Chean Ling, memohon hukuman berat bagi memberi pegajaran kapada tertuduh dan orang lain.

25

Bagus
11

Marah
15

Terkejut
19

Sedih
11

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BeeHaa 8-5-2014 07:35 PM
Baru ku tau mc palsu boleh kena dakwa ok....
Quote raxief 8-5-2014 07:48 PM
BeeHaa posted on 8-5-2014 07:35 PM
Baru ku tau mc palsu boleh kena dakwa ok....

lu xtau ke? dh bape ramai staff non-gov kena buang psl fake MCs ni..
Quote BeeHaa 8-5-2014 07:52 PM
raxief posted on 8-5-2014 07:48 PM
lu xtau ke? dh bape ramai staff non-gov kena buang psl fake MCs ni..

Kena buang tu biasalah..tp kena dakwa ni baru 1st time dengar
Quote mak_wa95 8-5-2014 07:53 PM
Sukahati nak bagi mc palsu.....padan muka..l.
Quote Innrukia 8-5-2014 07:54 PM
BeeHaa posted on 8-5-2014 07:52 PM
Kena buang tu biasalah..tp kena dakwa ni baru 1st time dengar

Some company malas pjg cerita. Sbb tu tak proceed utk jd court case.
Utk kes beli mc pun sama, clinic pun boleh didakwa.
Quote Tok_Batin 8-5-2014 08:04 PM
Di kompeni lama saya dulu ada seorang staff suka buat alasan 'nenek meninggal' untuk bercuti. Dalam setahun 2-3 kali nenek dia meninggal.
Quote Innrukia 8-5-2014 08:07 PM
Tok_Batin posted on 8-5-2014 08:04 PM
Di kompeni lama saya dulu ada seorang staff suka buat alasan 'nenek meninggal' untuk bercuti. Dalam  ...

Utk kes kematian sedara terdekat company boleh request supporting document such as birth certificate ibu bapa & staff terlibat supaya dpt tgk hubungan....
Quote sambaldurian 8-5-2014 08:10 PM
Kesian cuti habis dh. OK la ni kenyataan rasis sikit, org ni keje syrkt cina,timb.pendakwaraya ni cina, trtuduh melayu. Ni my view je klu tertuduh tu cina die bg hukuman sama x
Quote dubuk 8-5-2014 08:12 PM
diantara orang yg menipu dan orang yg ditipu

siapa paling terkesan
Quote kakikuDibibirmu 8-5-2014 08:14 PM
Tok_Batin posted on 8-5-2014 08:04 PM
Di kompeni lama saya dulu ada seorang staff suka buat alasan 'nenek meninggal' untuk bercuti. Dalam  ...

mungkin atok dia mengamalkan poligami
Quote sup@rm@n 8-5-2014 08:23 PM
Nama pon cam made in indon je
Quote rdzaccess 8-5-2014 08:32 PM
Ponteng jer lah .. menipu buat apa ..
Quote hydrocloric 8-5-2014 08:39 PM
Innrukia posted on 8-5-2014 05:07 AM
Utk kes kematian sedara terdekat company boleh request supporting document such as birth certifica ...

bro nak "death certificate" bukan birth certificate.. hehehe tok prenatal leave birth ceritificate buleh lah ..
Quote Innrukia 8-5-2014 08:47 PM
hydrocloric posted on 8-5-2014 08:39 PM
bro nak "death certificate" bukan birth certificate.. hehehe tok prenatal leave birth ceritificate ...


Death certificate tu nama si mati, tp utk confirm hubungan si mati dgn pekerja maka kita guna Birth certicate.

Cth datuk sebelah mak kpd staff mati. So kita request sijil mati datuk ( ada nama datuk), surat beranak mak kpd staff ( ada nama datuk kpd staff) & surat beranak staff ( ada nama mak kpd staff). Nmpk hubungkait tak? Entitlement pada compassionate kita bg based on documents yg dia provide, kalau x bleh bg semua so kna apply leave sendiri. Last edited by Innrukia on 8-5-2014 08:50 PM

Quote AbukRokok 8-5-2014 09:07 PM
Tok_Batin posted on 8-5-2014 08:04 PM
Di kompeni lama saya dulu ada seorang staff suka buat alasan 'nenek meninggal' untuk bercuti. Dalam  ...

byk nya nenek dia

Quote TuntungReturn 8-5-2014 09:27 PM

selalu pekerja yg jarang mc akan dipertikaikan mc die..kalo selalu mc tak da pun nk bising2.....tmbh baik ngn bos..aman ja cuti
Quote jengkoil 8-5-2014 09:31 PM
Tahun lepas champion mc...
tahun ni blom mc lg...

mcm mencari nahas je statement ni...  
Quote axl_bach 8-5-2014 09:31 PM
kakikuDibibirmu posted on 8-5-2014 08:14 PM
mungkin atok dia mengamalkan poligami

good one,hahahahhahaha~

Quote dasatgiler 8-5-2014 09:37 PM
chait.. lain kali belajarlah daripada bapak segala penifuu.. selamba produce fake MC kat mahkamah.. tak kena denda pon..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.233448 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top