CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Cuti Sakit Palsu, Majikan Rugi Rm8 Bilion

20-5-2014 10:08 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9678| Komen: 44

Description: "Ada Beberapa Kes Yang Kita Tahu Bahawa Pekerja-Pekerja Kita Telah Disahkan Sebagai Cuti Sakit Daripada Doktor. Tetapi Pekerja Berkenaan Tidak Berehat Sebaliknya Membuat Kerja-Kerja Lain Seperti Men ...

Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Majikan di negara ini dianggarkan kerugian sehingga RM8 bilion setahun akibat perbuatan pekerja mengambil cuti sakit palsu yang diniagakan oleh klinik dan pusat kesihatan.

Setiausaha Persekutuan Majikan-majikan Malaysia, Datuk Shamsuddin Bardan berkata kerugian besar itu melibatkan kos pembayaran gaji pekerja yang bercuti sakit, kos perubatan serta kos menggantikan pekerja yang mengambil cuti sakit.

"Ada beberapa kes yang kita tahu bahawa pekerja-pekerja kita telah disahkan sebagai cuti sakit daripada doktor. Tetapi pekerja berkenaan tidak berehat sebaliknya membuat kerja-kerja lain seperti menjual nasi lemak, menjual pisang goreng dan sebagainya," katanya.

Jelas Samsuddin, tekanan ekonomi memaksa sesetengah pekerja menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan tambahan dan menggunakan cuti sakit yang dibeli untuk memenuhi tuntutan periuk nasi itu.

“Kita juga tahu bahawa pekerja di Malaysia kebanyakannya berjumpa doktor bukan untuk mendapatkan rawatan serta ubat. Tetapi untuk cuti sakit. Malah, ada doktor yang dimarahi serta terdapat beberapa laporan daripada pihak doktor berkaitan isu ini”jelasnya lagi.

Tambah beliau, perbuatan tidak beretika ini bukan sahaja memberi kesan kepada industri, tetapi salah di bawah undang-undang perindustrian.

Selain cuti sakit untuk tujuan berniaga, pihaknya juga mengesan amalan pekerja yang mengambil cuti sakit untuk cuti lebih panjang yang disambung dengan hari rehat serta sebagai tanda protes kepada majikan.

Kajian MEF mendapati industri Malaysia kehilangan 4 peratus hari bekerja akibat pengambilan cuti sakit pekerja.

Statistik pihak CUEPACS pula menyaksikan 3 peratus dari kakitangan awam mengambil cuti sakit palsu untuk ponteng kerja.

Perbuatan cuti sakit palsu mula menjadi perhatian selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan bakal bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk membuat siasatan kepada elemen pemalsuan cuti sakit dengan tujuan memperdaya majikan dan mengaut keuntungan.            

5

Bagus
5

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 19-5-2014 11:54 PM
. Tetapi pekerja berkenaan tidak berehat sebaliknya membuat kerja-kerja lain seperti menjual nasi lemak, menjual pisang goreng dan sebagainya," katanya.


ni pekerja mana punya kerja ni..?

Quote dubuk 20-5-2014 12:12 AM
mujur aku tak begini
Quote edee_91 20-5-2014 12:21 AM
asyik fikir kebajikan majikan je. kebajikan pekerje siape nak jage?
Quote Acong 20-5-2014 12:35 AM
utk jimatkan kos RM8 billion, aku cadangkan majikan pecat semua pekerja
Quote pakwetizzaqyah 20-5-2014 12:42 AM
untung bepuluh bilion selama ni tk nk sebut...rugi 8 bilion sibuk buat kajian haramjeddah ape sme...dasar kapitalis tk bayau zakat...banyak songeh nk mmbayau cukai!
Quote alinone78 20-5-2014 01:48 AM
Aku setuju yang bab tanda PROTES ni...
Majikan suka perah tenaga pekerja...
Say thanks pun tak...
Quote Acong 20-5-2014 01:50 AM

Quote alinone78 20-5-2014 01:51 AM
3% daripada 1.4 mill penjawat awam
= 42000 orang

Ramai jugek
Quote bunnybumbum 21-5-2014 02:21 AM
alinone78 posted on 20-5-2014 01:51 AM
3% daripada 1.4 mill penjawat awam
= 42000 orang


Majikan.. Maksudnya swasta kot...
Quote Al-Patih 21-5-2014 07:41 AM
apo yang nak memebel ni ...hantor ajo meke yang berkenaan ...untuk comprehensive medical checkup ...kalu betui tak apo ...kalu taraak apo apo ...ambil le tindakan susulan ...
Quote kakikuDibibirmu 21-5-2014 07:45 AM
Nama patik Bardan, nama patik Nyawa
Quote bidacool 21-5-2014 07:48 AM
Ni semua salah doktor.... byk doktor korup skrg ni...... senang2 keluar MC
Quote mirage_46 21-5-2014 07:52 AM
lama tk beli mc
Quote ninja boy 21-5-2014 08:19 AM
Dr pun nak side income jugak, niaga pisang goreng pun side income sbb gaji dari majikan tak cukup, ini salah majikan kedekut gaji kedekut masa.
Quote ninja boy 21-5-2014 08:20 AM
Dr pun nak side income jugak, niaga pisang goreng pun side income sbb gaji dari majikan tak cukup, ini salah majikan kedekut gaji kedekut masa.
Quote namirulmukminin 21-5-2014 08:26 AM
Apa susah... buat je peraturan baru... sesiapa yang MC lebih daripada 3 kali dalam sebulan, dan berlaku sebanyak 2 bulan dalam setahun, majikan boleh berhentikan dia atas alasan "Tidak cukup fit untuk terus bekerja"... huahuahuahua

Kompom aku kena lahar neh...
Quote zafira 21-5-2014 09:05 AM
biasalah tu.... bukan yang keje govn aje, keje swasta pun sama...
Quote lashes 21-5-2014 01:00 PM
Alamak..terase..pnh jgk tipu mc ni..hihiii
Quote fredbok87 21-5-2014 01:13 PM
bongok la kajian ni...lantak hidup org... nak cuti ke ape....

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.053930 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top