CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tikus Gergasi Dalam Rumah

28-3-2014 03:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11811| Komen: 61

Description: Keluarga Bengtsson-KorsåS Mula Mengesan Sesuatu Yang Pelik Apabila Kucing Peliharaan Mereka, Enok Enggan Masuk Ke Dapur Kediaman Mereka Di Solna, Stockholm. Kejutan Berlaku Selepas Mereka Meliha ...
Stockholm: Satu keluarga di Sweden terkejut besar apabila mendapati tikus yang selama ini berkeliaran di rumah mereka bersaiz gergasi.

Keluarga Bengtsson-Korsås mula mengesan sesuatu yang pelik apabila kucing peliharaan mereka, Enok enggan masuk ke dapur kediaman mereka di Solna, Stockholm.
Kejutan berlaku selepas mereka melihat sendiri tikus yang membuatkan kucing mereka ketakutan itu berukuran 38 sentimeter.

Tikus itu berjaya masuk ke dalam rumah berkenaan melalui lubang yang dibuat di celahan panel kayu dan konkrit.


Sebelum ini, tikus itu tidak pernah kelihatan sehinggalah keluarga itu mengalihkan tong sampah di dapur rumah mereka.


“Saya ketakutan. Ia sangat besar sehingga saya tidak dapat mengenal pasti apakah benda itu sebenarnya dan sebaik melihatnya, saya terus melompat ke atas meja,” kata Signe Bengtsson-Korsås

Tikus gergasi itu selesa “menetap” di sebalik sinki dan turut menyebabkan salurannya bocor kerana digigit haiwan berkenaan.

Usaha keluarga itu untuk menghalaunya tidak berhasil sebaliknya tikus gergasi itu berani menunjukkan dirinya dan berkeliaran di dapur.

Khidmat kawalan makhluk perosak dipanggil bagi memasang jerat yang digunakan industri untuk menangkap tikus berkenaan dan tidak lama selepas itu satu dari jerat itu mengena.

Bagaimanapun, apabila diperiksa, jerat itu hilang.

Jerat yang dipasang tidak mampu menghalang pergerakan tikus gergasi itu.

“Haiwan itu tidak mati terkena jerat sebaliknya melarikan diri bersama jerat itu. Ia kemudiannya masuk di celah kayu dan tersekat di situ sebelum mati tercekik,” katanya.

6

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekel 28-3-2014 11:08 AM
tikus obesity atau terlebih mkn makanan yg berkhasiat
Quote BotakChinPeng 28-3-2014 11:09 AM
Bunuh terus la. Tikus besar pun takut. Ptuih
Quote asher 28-3-2014 11:11 AM
kekekeke..sudah nyer tikus tu mati tercekik jer..
Quote elena-sanchez 28-3-2014 11:13 AM
xda gmbr tikus tuwww ker?
Quote iman_aly 28-3-2014 11:13 AM
huiihh goreng pn sodap.
Quote cmf_almondpecan 28-3-2014 11:18 AM
sekel posted on 28-3-2014 11:08 AM
tikus obesity atau terlebih mkn makanan yg berkhasiat

Kata sorang saintis, tikus ni satu hari nanti bole membesar sampai jadi saiz kambing biri2. Yg tikus dlm berita ni ropanya mcm kat bawah ni:





Quote elena-sanchez 28-3-2014 11:21 AM
cmf_almondpecan posted on 28-3-2014 11:18 AM
Kata sorang saintis, tikus ni satu hari nanti bole membesar sampai jadi saiz kambing biri2. Yg tik ...

wowww.. tikus species apa nee?

Quote NAT_11 28-3-2014 11:22 AM
Dah sebesar KUCIN..................
Quote pinky_incognito 28-3-2014 11:34 AM
euww geli
Quote reenz013 28-3-2014 11:42 AM
gelinyer ::
Quote Odyman 28-3-2014 11:48 AM
Masak lomak pun sodap....
Quote -electrifying- 28-3-2014 11:56 AM
buat tomyam sdap weiii
Quote Matakilat 28-3-2014 11:59 AM
Tikis kat sweeden besar gedabak makan meatball gamaknye.  Eiiiiiii geli geleman aku nengok gambar. Berbulu bulu hitam. Yucks!
Quote prettyuglybabe 28-3-2014 12:46 PM
kesian dia mati tercekik
Quote green_coffee 28-3-2014 12:50 PM
Aku penah tgk tikus besar kucing kt putrajaya....geli campur ngeri...
Quote prettyrara 28-3-2014 12:55 PM
euwwww gelinyaaaa. yg kecik pun dah geli.ni kan lg gedabak mcm ni.nk bunuh pun geli tak sanggup. eloklah mati tersepit. silap haribulan, tikus ni yg makan kucing.
Quote matakucing 28-3-2014 01:04 PM
kat Kl banyak gak tikus sebesar ini...cuba try g area setinggan...atau waktu dok makan kat kedai makan waktu malam...sesekali anda akan terjumpa ia berkeliaran di longkang...contohnya area chow kit...
Quote ultra78 28-3-2014 01:08 PM
Org China makan tak?
Quote budak_gemuk91 28-3-2014 01:46 PM

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.083571 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top