"Dari dulu, saya dan anggota Senario yang lain menjalani kehidupan yang biasa, macam orang lain juga. Tak bermewah-mewah."
Empat tahun cipta kenangan indah bersama Senario, Yassin Yahya mendedahkan tidak pernah berasa rugi andai didakwa tidak sempat benar-benar meraih kekayaan ketika itu sebelum namanya digugurkan ekoran terpalit kontroversi dadah sekitar tahun 2002. Pelawak berusia 43 tahun itu menyangkal tanggapan orang ramai yang menyangka mereka hidup mewah ketika zaman kegemilangan yang bermula pada tahun 1996. "Kami dulu pun hanya bekerja, bukan memiliki semua keuntungan kumpulan Senario itu sendiri disebabkan mengikat kontrak dengan Syarikat Pengurusan Ambang Klasik. "Sekarang, sejak membuat kemunculan semula pada tahun 2017, Senario kini sudah berdiri di atas kaki sendiri.
"Jadi, sebarang projek berkaitan memang kami sendiri yang uruskan termasuk dalam memberi buah fikiran dan sebagainya," katanya yang dipetik dari Utusan Online.
|
ADVERTISEMENT