"Dari dulu, saya dan anggota Senario yang lain menjalani kehidupan yang biasa, macam orang lain juga. Tak bermewah-mewah."
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202110/13/162536bfjyieezijiiyefa.png) Kredit foto: IG
Empat tahun cipta kenangan indah bersama Senario, Yassin Yahya mendedahkan tidak pernah berasa rugi andai didakwa tidak sempat benar-benar meraih kekayaan ketika itu sebelum namanya digugurkan ekoran terpalit kontroversi dadah sekitar tahun 2002.
Pelawak berusia 43 tahun itu menyangkal tanggapan orang ramai yang menyangka mereka hidup mewah ketika zaman kegemilangan yang bermula pada tahun 1996.
"Kami dulu pun hanya bekerja, bukan memiliki semua keuntungan kumpulan Senario itu sendiri disebabkan mengikat kontrak dengan Syarikat Pengurusan Ambang Klasik.
"Sekarang, sejak membuat kemunculan semula pada tahun 2017, Senario kini sudah berdiri di atas kaki sendiri.
"Jadi, sebarang projek berkaitan memang kami sendiri yang uruskan termasuk dalam memberi buah fikiran dan sebagainya," katanya yang dipetik dari Utusan Online.
Baik atau buruk, semua pengalaman dilaluinya dahulu membawa pengajaran dalam hidupnya.
Malah, dia bangga kerana berpeluang mencipta kejayaan dan populariti bersama kumpulan itu.
"Tak mengapa ada kontroversi dan saya sendiri rasa diri perlu sentiasa ditegur dengan kritikan yang membina. Kalau tidak, jalan kita akan lebih merapu. Tak semestinya sesebuah kontroversi itu untuk menjatuhkan, ada juga yang membantu menaikkan artis itu.
"Cuma, kontroversi dulu dengan sekarang berbeza. Sekarang lebih banyak yang tak dapat dikawal sebab semuanya dari netizen. Kiranya, mereka ini seakan lebih dulu dapat tahu dan sebagainya," katanya.
Apa lawak Yassin yang paling anda ingat hingga kini? - CARI
|