Tular di media sosial apabila netizen mula meluahkan rasa kecewa terhadap tahap kebersihan di tempat rekreasi di Batu Layar Kota Tinggi yang mempunyai terlalu banyak sampah. Pengguna Twitter @Asyikin Mustaffa memaklumkan tempat rekreasi terkenal tersebut semakin penuh dengan sampah sarap akibat sikap tidak bertanggungjawab pengunjung yang hadir. Luahan tersebut mendapat perhatian Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Dipetik dari laman Twitter rasmi Tengku Mahkota Johor, baginda akan meminta laporan penuh dari pejabat daerah, dan akan memastikan Pegawai Daerah mengambil tindakan sewajarnya. Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan keadaan di tempat rekreasi tersebut. Ada yang menyarankan supaya tong sampah tidak disediakan bagi mendidik rakyat bawa pulang sampah sendiri? Berkesan atau menjadi makin parah jika dilaksanakan? Sumber: Murai |
ketambangkang replied at 13-10-2021 09:55 AM
berkelas
manzilla replied at 13-10-2021 02:14 PM
naina replied at 13-10-2021 11:59 AM
Apa teruk sangat bangsa Johor yang berkelas dan cukup 2 dose vaksin ni. Mengata sangat rakyat Kelant ...
ADVERTISEMENT