CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hajat Perguna Sugar Daddy Kejar Impian Melepas Kantoi Menipu

12-10-2021 10:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5414| Komen: 12

Description: Malang nasib seorang pesara apabila ditipu jutaan ringgit oleh wanita yang dikenalinya secara atas talian.
Malang nasib seorang pesara apabila ditipu jutaan ringgit oleh wanita yang dikenalinya secara atas talian.

Wanita itu, Louise Caplan, 34, mula berkenalan dengan mangsa, Henry Sless, 65, menerusi sebuah laman web pada November 2017, lapor Mirror.



Kredit foto: Vagner Vidal/Hyde News & Pictures Ltd

Dengan jarak usia 31 tahun, wanita itu meminta Sless menjadi 'sugar daddy' dengan bayaran £150,000 (RM850,511) setahun.

Namun, jumlah itu berjaya dikurangkan Sless menjadi £10,000 (RM56,700) sebulan.

Kedua-dua mereka menetap di Buckinghamshire.

Sepanjang perkenalan, Caplan turut membeli sebuah rumah dengan harga £1 juta (RM5.67 juta) menggunakan wang milik Sless.

Caplan memperdaya lelaki itu dengan berkata dia mahu melakukan pelaburan di Dubai dan Dublin.

Selain itu, Sless turut 'menaburi' wanita itu dengan duit bernilai jutaan ringgit.


Hubungan itu bagaimanapun mula berantakan apabila Sless menyedari dia ditipu wanita itu.

Menurut perbicaraan mahkamah, wanita itu menipu Sless sebanyak £2.5 juta (RM14.18 juta).

Kata Sless, dia memberi sejumlah wang kerana percaya hubungan mereka mempunyai masa depan yang cerah untuk ke arah yang lebih serius.


Kredit foto: Vagner Vidal/Hyde News & Pictures Ltd

Menurut peguam bela, wanita itu mahu menggunakan wang yang diperoleh untuk mengejar impiannya sebagai pereka hiasan dalaman.

Namun, hasrat itu gagal apabila Sless mula sedar dia ditipu wanita tersebut.

Perbicaraan akhirnya menemui titik penamat apabila wanita itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun tiga bulan.


Sumber: mStar
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 12-10-2021 10:59 PM
alah mesti masing2 dpt keuntungan yg tersendiri di atas perhubungan itew..kakak ofis i ada sorg yg ada sugar daddy..kayaaa..tp pakcik tu ongtua yg hensem dan very the urban sbb selalu dua org tu kalau celeb pape mesti ada wine....tp dorg ni baikk.pakcik tu mmg dikenali kalau sebut nama..tp sejak covid dh xsempat nk jmpa..tp kalau ada problema pakcik tu selalu jer pesan suh bgtau dia..kowserr
Quote musangbodoh 12-10-2021 11:07 PM
sugar dady,call girl,bohsia,bohjan...
Quote dani-rox 12-10-2021 11:35 PM
Kata Sless, dia memberi sejumlah wang kerana percaya hubungan mereka mempunyai masa depan yang cerah untuk ke arah yang lebih serius.


org tua delusional. berkenalan kat website mencari sugar daddies and sugar babies kot. ko ingat ni citer pretty woman kah
Quote Gomea 13-10-2021 12:13 AM
edayildiz replied at 12-10-2021 10:59 PM
alah mesti masing2 dpt keuntungan yg tersendiri di atas perhubungan itew..kakak ofis i ada sorg yg a ...

Sape pakcik tu? Iols ade benda nak mintak tolong ni. Hahaha
Quote haifawehbe 13-10-2021 07:12 AM
kalau dah starting relay main duit jgn harap la nk kearah serious.. tua2 pun bodo..
Quote cmf_premierleag 13-10-2021 07:44 AM
dek, stakat nak kejar impian nk jadi pereka hiasan dalaman, tak perlu menipu sugar dedi la dik
ko tgk Deko2 bersama Eric tu...hada heshe dibela sugar dedi ke? kalo ko deko lawa2, hopkozz akan ada mana2 production house akan buat program TV utk hasil ID ko tu dekkk.jgn kata program kat tv je..silap aribulan akan ada sponsor dtg berdoyonnnn tibbbahh nk lantik ko jd duta brg2 kegunaan rumah/pejabat yg ada related to ID

Quote chinta89 13-10-2021 03:50 PM
sorang nk duit sorang nk kerang muda.

buku bertemu ruas.

Kata Sless, dia memberi sejumlah wang kerana percaya hubungan mereka mempunyai masa depan yang cerah untuk ke arah yang lebih serius.


celah mana masa depan yg cerahhhhhhhhhhhh pakcik oi ko tu x larat dah nk melayan di katillll
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 06:20 PM
Iol sugar ke salt keee takde daddy kaya yang mauuuuu

Quote mizzmimi 14-10-2021 12:04 AM
Nama pon sugar baby pakcik oi.. Dah tua pon *o*o*
Quote matamata 14-10-2021 12:10 AM
aku agak org tua tu dah tau kot, mungkin awal2 dah tau....tunggu masa siap2 dgn loyar......"makan" balik pompuan tu kat court...

Lima thn lebih ke dalam....silap2 rumah pun kena rampas
Quote nononcrux 14-10-2021 09:56 AM
orang tamak selalu rugi.. rakus sgt nak kaut untung hahah..
Quote matamata 14-10-2021 01:42 PM
chinta89 replied at 13-10-2021 03:50 PM
sorang nk duit sorang nk kerang muda.

buku bertemu ruas.

Itu bahasa untuk hujah dlm court, mestila acah2 inesen... Org tua tu dah target pompuan ni mmg blh kena makan, duit dia byk boleh hire loyar2 yg high end punya

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.056845 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top