CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kontrak Iklan Shah Rukh Khan Mungkin Dibatalkan Gara-Gara Anak Buat Hal

13-10-2021 08:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5410| Komen: 10

Description: Nampaknya kes dadah membabitkan anak pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan turut memberi kesan kepada karier bapanya.
Nampaknya kes dadah membabitkan anak pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan turut memberi kesan kepada karier bapanya.

Menurut laporan Hindustan Times, sebuah syarikat besar dikatakan bakal menarik semua kontrak iklan dengan aktor berkenaan.


The Economic Times juga melaporkan perusahaan teknologi itu sebelum ini telah membayar kontrak yang besar kepada Shah Rukh Khan.

Foto: IG

"Syarikat berkaitan teknologi pendidikan itu telah menghentikan sementara semua promosi yang berkaitan dengan SRK. Boleh dikatakan mereka tak mahu lagi dilihat mempromosikan produk selepas terkait kontroversi," kata sumber.

Namun sehingga kini sumber belum dapat mengesahkan mengenai kesahihan khabar angin itu.


Lebih-lebih lagi, Shah Rukh Khan telah dilantik sebagai duta dan prosedur pembatalan kontrak memakan masa.

Sementara itu, wakil syarikat yang dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan itu.

Pada 3 Oktober lalu, Aryan bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita ditahan anggota polis dari Biro Kawalan Narkotik (NCB) di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada Ahad.

Menurut The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta lakh rupee.

Mahkamah Mumbai menolak permohonan jaminan ke atas Aryan dan pemuda itu terus ditahan di bawah perintah penjagaan mahkamah (judicial custody) dan dihantar ke Penjara Arthur di Mumbai. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 13-10-2021 11:03 AM
Adakah ini tanda2 kejatuhan?
Quote SweetRehan 13-10-2021 11:24 AM
Kita x selamanya di atas ...ingat tu SRK!!!
Quote KamikuP 13-10-2021 12:36 PM
adakah ini kifarah sbb post gambo berhala indu kat ig heols?
Quote ezacbee 13-10-2021 12:39 PM
Duit berkepuk lagi.. xabis 7 keturunan
Quote chinta89 13-10-2021 04:02 PM
dah tu skg ko skg SRK nk berdoa ikut agama mana.
Quote naina 13-10-2021 09:20 PM
Mahkamah Mumbai menolak permohonan jaminan ke atas Aryan dan pemuda itu terus ditahan di bawah perintah penjagaan mahkamah


Perghhh duit banyak, pengaruh kuat dan nama teratas pun tarak guna. Selama berpuluh tahun bina nama dan darjat tapi tak boleh gunakan sesen untuk bela anak. Semoga si anak insofff. SRK pun insoflaaaa
Quote 234126 16-10-2021 10:38 PM
Ada waktu boleh pakai jugak law kat india ni. ketat selayaknya. Jgn bagi muka mcm kat msia ni. Ada duit je lepas. Puih
Quote Thunderclouds 16-10-2021 11:22 PM
Kt luaq neg mmg mcm ni. Kalo hg ank somebody mmg kna jg kelaku. Dan2 kna tgkap pulis kes dadah kaaa..kes dui smpi org mati kaa..they make an example out of u. Atas sbb hg ank somebody. Kt mesia pulak ats tiket hg ank somebody senang ja boleh kambus kes bunuh/liwat kanak2 sekalipn. Pulis sengap xbkutik. SRK dh bulih bungkus ken bj pindah mesia. Hadap la dadah tu smpi overdose, sapa pn xbrani usik ank hg[em:3:]
Quote ina_na 17-10-2021 02:06 AM
Boleh bayangkan SRK dgn linangan air mata kepala geleng2 dia bl dpt berita mcm ni..
Quote nakkomenjugak 17-10-2021 07:32 PM
Kyaaa huaaa??
Mera beta jail mein hai!

*zoom serapat2 di liang roma muka SRK*
*break out into sad song sambil memandang di luar tingkap*

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.048941 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top