CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mangarut! Guna Harimau Dedah Jantina Bayi

12-10-2021 10:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4614| Komen: 14

Tular di media sosial mengenai seekor harimau belang digunakan sebagai tarikan memeriahkan majlis di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

TimesNowNews melaporkan perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi dengan kebanyakan netizen berang terhadap pasangan selaku penganjur majlis.



Kredit foto: The Quint

Menerusi rakaman yang tular, kelihatan seekor harimau berada di pantai di sebelah hotel Burj Al Arab.

Video dan gambar diambil menunjukkan terdapat belon digunakan sebagai hiasan mewakili jantina bayi.

Harimau itu melompat dan memecahkan salah satu belon dengan mencakarnya hingga mengeluarkan debu berwarna merah jambu terbang di udara.

Video dimuat naik dengan kapsyen: pendedahan jantina, #liar, tahniah mama.



Video itu juga dimuat naik di akaun Instagram (IG) 'LovinDubai' hingga meraih lebih tiga juta tontonan hanya dalam masa sehari.

Meskipun beberapa pengguna mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan memberikan komen positif, ramai juga mengecam dengan menyatakan penggunaan haiwan liar di tempat awam adalah kesalahan dan wajar dikenakan hukuman.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bakingsoda 12-10-2021 10:30 PM
ganti je la dgn oyen
Quote tahanie 12-10-2021 10:57 PM
Kaya sangat
Quote edayildiz 12-10-2021 11:06 PM
kaya la..kena ngap baru tau
Quote ipes2 13-10-2021 01:46 AM
edayildiz replied at 12-10-2021 11:06 PM
kaya la..kena ngap baru tau

hmm ini macam Gender-Reveal ke?
Gender-Reveal nowadays ni sampai ada pelbagai major incidence bagai, teruk sungguh over-over mereka2 ni
tapi tak pernah pulak saya dengar pasal Name-Revealing party ni (term yg sy reka sendiri)
Quote ipes2 13-10-2021 02:18 AM
oh! memang gender-reveal!
ingatkan naming party
heh heh silap baca
Quote tumpanglalu74 13-10-2021 02:30 AM
Eh ereb lehnat ney kan ke kat tengah2 pekan New York ke pekan mana ke aku tak ingat, pon bawak rimau nak menunjok itu la pets dorang kan?
Quote mamajawie 13-10-2021 10:06 AM
tapi la kan, better la pak ereb bela rimau jadi pet at least dorang sayang kat rimau daripada dpat ke tangan poacher..gituuhhhh
Quote maitang 13-10-2021 12:42 PM
orang terlajak kaya mmg selalu ada perangai pelik.
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 06:13 PM
Gender reveal punnn dah makin mengarut
Quote Suchi 13-10-2021 06:44 PM
Seremnya kang ghimau ngam ibu ngandung ishh takleh bygkan
Quote LadyCarefree 13-10-2021 06:53 PM
ipes2 replied at 13-10-2021 12:46 AM
hmm ini macam Gender-Reveal ke?
Gender-Reveal nowadays ni sampai ada pelbagai major incidence bag ...

Yg mati pun ada akibat nk kelainan buat gender reveal. Bukan satu dua tapi ramai dah.
Quote ipes2 13-10-2021 10:01 PM
LadyCarefree replied at 13-10-2021 06:53 PM
Yg mati pun ada akibat nk kelainan buat gender reveal. Bukan satu dua tapi ramai dah.

ye penah baca
especially di US
tolol mereka
dragging these things too far
Quote edayildiz 13-10-2021 10:06 PM
ipes2 replied at 13-10-2021 02:18 AM
oh! memang gender-reveal!
ingatkan naming party
heh heh silap baca

aah gender reveal..
bebetul lain drp org lain idea dorg ni
Quote ipes2 13-10-2021 10:36 PM
edayildiz replied at 13-10-2021 10:06 PM
aah gender reveal..
bebetul lain drp org lain idea dorg ni

tu lah semau nk buat yg ultra-unique
actually yg guna rimau ni taklah telalu sgt.. ada lagi yg really crazy

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.040664 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top