CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Sampai 24 Jam, Laju Betul,"-Norman Hakim Kagum Dengan Abby Dan Memey

12-10-2021 05:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16863| Komen: 111

Description: Pelakon, Norman Hakim 'kagum' dengan isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isteri, Abby Abadi yang terus membuat perancangan cuti bersama sebaik kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri, kelmarin.
Pelakon, Norman Hakim 'kagum' dengan isterinya, Memey Suhaiza dan bekas isteri, Abby Abadi yang terus membuat perancangan cuti bersama sebaik kerajaan mengumumkan kebenaran merentas negeri, kelmarin.


Menerusi Instagram, Norman turut berkongsi paparan perbualan Memey dan Abby di aplikasi WhatsApp yang teruja sambil merancang percutian untuk dua keluarga itu.

Kredit foto: IG

Malah, Memey dan Abby turut berbincang untuk mengenakan baju yang sama warna untuk keluarga mereka sepanjang percutian itu nanti.

"Hampir dua tahun tidak nampak memo begini (ini pun ternampak dalam telefon isteri) terkejut pun ada juga kerana sudah lama tidak berbincang atau proses mengenai bab ini.

"Tidak sampai 24 jam pengumuman, laju betul mereka membuat perancangan. Nampak macam sampai ke hujung tahun saja. Tak larat nak baca habis. Bab ni memang tabik kepada kaum hawa memang efisyen.


"Jadi anak-anak, sila ambil perhatian warna-warna pelangi yang diperlukan ketika percutian nanti supaya tak terkejut apabila memo rasmi ini keluar nanti. Tak lama lagi ni," katanya.



Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-ratanya mengusik Norman kerana berdepan dengan situasi lucu seperti itu.

Norman dan Memey mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 8; Muhammad Dikhriz Hakim, 6; dan Mikayla Delisha Hakim, 3.



Sebelum itu, Norman berkahwin Abby pada 2002 tetapi bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 18; Marissa Dania Hakim, 16; dan Danisha Hakim, 13. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 12-10-2021 05:16 PM
tu kira nasi tambah ker camna ekkk...
Quote slyfynx 12-10-2021 05:17 PM
So?
Ape nk gosip ni?
Kot la kalau kantoi berempat sebilik.
Ni tkt rancang bercuti kene bukak thread eh?
Quote bedahmenjuyah 12-10-2021 05:19 PM
Skrg dah bulan okt la dol. Sep menda. Nasib la ko memey. Tu la caras lagi laki org. Kena la hadap hakak ebi sampai bila2.
Quote matchstick 12-10-2021 05:37 PM
Kenapa plan korang backdated{:smile
Quote bondeh 12-10-2021 06:40 PM
Rengsa lah dengan kemesraan dua keluarga nih. Cam show off sangat terpaling bahagia.
Quote uori 12-10-2021 06:52 PM
motip baju warna sama? demi ig kan? dan kenapa bulan sept?
Quote md_nana 12-10-2021 06:54 PM
Dulu2 okay je tgk diorg tp lama2 mcm bosanlaaaa
Quote Nenasketum 12-10-2021 06:58 PM
Nanti Abby mintak for old time sake dari Norman kang, jangan cakap acik porem tak warning yerk
Quote kiah_mai_pulak 12-10-2021 07:01 PM
aikkk?? 18sept tu sejak bila ari jumaat?? nak kata salah date, 18oct tu pun bukan ari jumaat, apatah lagi 18nov. sah si bakyah ni sewel
Quote SANKURIANG 12-10-2021 07:05 PM
Normiang elok je berseluar pendek...aurat tu..
Quote missus_meow 12-10-2021 07:08 PM
mcm uniform plak ...
Quote haruslah 12-10-2021 07:10 PM
Content???
Quote miu84 12-10-2021 07:25 PM
Aih bukan haritu anak bakyah normang ni yg laki tu dah 20 tahun ke umo dia. Ni kenapa 18 balik niiii. Baru nak fefeeling anak ikan
Quote helicornia 12-10-2021 07:53 PM
Bosannye la hai nk bercuti pun ada kaler tema.klu raya tu bole terima lagi.iols penah jumpa satu family anak menantu mak bapak cucu sume pakai baju putih  masa dlm flight ke london.klu org tanya I tk mau mengaku tu org Malaysia hahaha
Quote syidasaleh 12-10-2021 07:55 PM
Awat date bulan sept. Ni throwback ke apo?
Quote hunters 12-10-2021 08:42 PM
ksian xda kebebasan nk dress up...
Quote belilies 12-10-2021 09:20 PM
Geli betol iols baca gosip cenggineh.. menapak jugak bukak baca sekerat
Quote haznor 12-10-2021 09:29 PM
Both tak boleh move on ke? Sesuatu sangat bila tengok keluarga ni. Mungkin hati aku yg hitam berkeladak.
Quote PinkyPie 12-10-2021 09:33 PM
naseb ko lah memey haha

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.054476 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top