CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ditinggalkan Seminggu, Wanita Dapat Duit Belanja RM7,000 Daripada Kekasih

12-10-2021 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5308| Komen: 5

Seorang wanita yang ditinggalkan teman lelakinya selama seminggu kerana pergi ke bandar terkejut apabila menerima hadiah berupa wang tunai dalam mata wang dolar Singapura dan Amerika Syarikat (AS), lapor laman berita Suara.com.


Menerusi klip video yang dikongsikan di TikTok, wanita itu memberitahu bahawa dia menerima wang saku daripada teman lelakinya yang dilipat di dalam tisu sebelum bertolak ke bandar.


Kredit foto: TikTok

Sejurus membuka lipatan tersebut, wanita itu terkejut apabila melihat jumlah wang yang diterimanya.

Terdapat empat keping wang kertas, di mana dua keping daripadanya bernilai S$1,000 (RM3,079) setiap satu manakala dua keping lagi bernilai AS$100 (RM417) setiap satu. Ia menjadikan jumlah keseluruhan bernilai RM6,992.

“Bangun daripada tidur dan terlihat sudah menjadi kaya seperti ini. Manis sekali.

“Jangan ada sesiapa yang merebut dia daripada saya. Kami sudah melalui jatuh dan bangun dalam hubungan ini,” tulis wanita itu dalam video tersebut.




Video itu menjadi tular dengan ramai netizen yang meluahkan rasa kagum melihat jumlah wang sebanyak itu yang diberikan kepada gadis tersebut.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 12-10-2021 03:03 PM
tiktok ni semuanya betul ke?
ke saje reka2 cerita?
Quote glump 12-10-2021 03:14 PM
Jatuh bangun hubungan kalian ..kamu masih pacaran kan. Gitu aja lah
Quote cucutokwan89 12-10-2021 03:22 PM
Edited by cucutokwan89 at 12-10-2021 03:24 PM

Takmau org rampas, tp duk menayang
Quote nakkomenjugak 12-10-2021 04:58 PM
Nanti dah takmo dia, silakan bagi details mamat tu.

Nama:
Umur:
Income sebulan:

Quote Sazida 12-10-2021 08:37 PM
mdhelmi replied at 12-10-2021 03:03 PM
tiktok ni semuanya betul ke?
ke saje reka2 cerita?

Content bodoh je byk. Demi like demi fyp, ade yg sggup tunjuk mslh rumah tangga,, jntn or bini curang, ditunjuk dlm tu... yg paling byk content pempuan muda mudi menggatal komen kt video lelaki hensem n kaya.,,

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.036661 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top