CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Takkan Nak Tengok Live IG Sharnaaz Pun Tak Boleh? -Fify Azmi

11-10-2021 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7178| Komen: 16

Selepas Azira Shafinaz, kini timbul pula nama pelakon jelita, Fify Azmi dikatakan cuba didekati duda 'hot', Sharnaaz Ahmad.

Rahsia Fify dan Sharnaaz saling mengenali terbongkar ketika Sharnaaz dan rakan baiknya, Shukri Yahaya mengadakan sesi live menerusi Instagram (IG), baru-baru ini.


Menerusi ruangan komen IG Live itu, pengikut kecoh tatkala melihat pelakon filem Wira itu turut menonton siaran langsung berkenaan.

Foto: IG

Biarpun, Sharnaaz dan Shukri tidak menyebut tepat nama selebriti yang dimaksudkan, nyata pengikut dapat meneka siapakah wanita berkenaan.

Mengulas 'terkantoi' menonton IG Live Sharnaaz, Fify yang berjaya membolosi senarai Top 5 bagi kategori Watak Antagonis Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 berkata, dia akui menontonnya tempoh hari, namun, tidak semestinya tengok siaran langsung bererti dia dan Sharnaaz mempunyai hubungan istimewa.




"Takkan nak tengok Live IG pun tidak boleh? Bagi saya, biasalah netizen suka buat andaian dan kesimpulan.

"Kami hanya kawan biasa, hubungan tiada sama sekali membabitkan soal perasaan.

"Saya dan Sharnaaz memang baik sebagai rakan seperjuangan. Malah, Sharnaaz antara yang tidak kedekut ilmu sekiranya saya minta nasihat atau tip dalam lakonan," katanya kepada BH Online.



Beralih kepada perkembangan kerjaya, Fify atau nama sebenarnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi berkata, lakonan watak jahat dalam drama Ryan Aralyn memberi impak hingga membolosi Top 5 bagi kategori Watak Antagonis Popular ABPBH 34.

"Itulah kali pertama saya mencuba melakonkan watak antagonis. Sebagai pelakon, saya cuba melakukan sehabis baik bagi menghidupkan karakter Hanis. Malah, rakan pelakon lain seperti Zul Ariffin, Raysha Rizrose dan Kodi Rasheed banyak membantu saya menjiwai karakter ini. Begitu juga pengarahnya, Riza Baharudin.

"Bagi saya, amat susah, tambahan pula, kali pertama melakonkan. Namun, dalam masa sama, ia satu pengalaman menyeronokkan kerana saya membawa sisi lain yang tiada dalam diri," katanya.



Katanya, dia tidak mengharapkan kemenangan, apatah lagi, bersaing dengan calon lain yang hebat.

"Ada rezeki adalah... Saya sudah bersyukur berada dalam kelompok pencalonan awal dahulu.

"Sukar untuk saya menduga sama ada boleh menang atau sebaliknya. Apa sahaja kemungkinan boleh terjadi, malah saingan pun sengit.



"Setakat ini, saya memang tidak wujudkan kelab peminat. Kebanyakan, peminat setia yang melakukan inisiatif pengundian sebagai tanda sokongan.

"Bukan setakat melobi pencalonan ABPBH 34, drama lakonan saya pun mereka akan 'tag' dalam IG.



"Saya belum terlintas mahu mewujudkan kelab peminat. Namun, saya bersyukur jika ada yang menghargai dan menyokong bakat yang saya miliki," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 11-10-2021 03:14 PM
dia ni kiut..alahai pelolesnyehhh kulit
Quote mawarkhayalan99 11-10-2021 03:16 PM
tajamnya tek gambar baju putih itewwww
Quote kelip2_07 11-10-2021 03:23 PM
nmpk puting bdk drjh 6

dia nie mmg xlawa wlpn dh oter muka
Quote sharlenetexas 11-10-2021 03:55 PM
Tetap keluar vibe rempit

Quote Kurex 11-10-2021 04:39 PM
Jelita celah mana
Quote OyaTonggek 11-10-2021 05:56 PM
jelita celah bedah manenyeeee...
Quote ReginaGeorge 11-10-2021 05:58 PM
Takkan lah nanaz nak downgrade terok.. Ee.. Murehen
Quote AnnaSendin 11-10-2021 06:02 PM
Kemon retis mesia, seinci lagi nak setaraf retis hollywood.

Dari segi pemakaian, dari segi bakat jauh sekali.
Quote Nham22 11-10-2021 06:09 PM
Die alter muka die nampak sgt altration nye... Same mcm dayan trisha tu... Alter muka nampak nauu alteration nye.. Tp mati2x x mengaku... Puihh
Quote Nham22 11-10-2021 06:11 PM
"selepas Azira Shafinaz, kini timbul pula nama pelakon jelita, Fify Azmi dikatakan cuba didekati duda 'hot', Sharnaaz Ahmad"

Jilakenye bagi die gelaran duda hot.... Mulut mcm pondan.. Longkang.. Dgn family ex bini pon takott.... Tp dgn org lain ko naik tocangg mulut tu mengata... Puih
Quote azwanaliori 11-10-2021 07:12 PM
Muka dia pelik la bagi aku, kembar dia cantik lg kat mata aku walaupun muka dorg sama

Try hard sgt nk nampak cute agak menyampah tgok dia ni
Quote nakkomenjugak 11-10-2021 07:51 PM
NANAS??
DUDA HOTTT??!!

Yihhhhhh macam fonen lorong hj taib jahhhh!
Bila bukak mulut lagi terserlah arbokkkk nyaaa
Quote heythere123 11-10-2021 10:56 PM
who are u sisturr
Quote trexxxxxi 11-10-2021 11:03 PM
Mamu jambang dan misai bersepah itu hot celah mana?
Kalau heols go trim maybe more presentable
Ini..

Dan ai masih tak kenan dengan budak Fify ni sebab kuat filter naw
Quote uori 11-10-2021 11:09 PM
eii si shahrukhkhan nih, camner dengan kes anak ko tuh
Quote KamikuP 12-10-2021 12:39 PM
Takyah la fify (cam jenama baju baby) kapel ngan mamu tu.. org lain sumer salah dia sorang jer betul.. bila isu tang keluarga ex diam tak berkutik telur masauk dlm kemaluan

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.162952 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top