CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shima Anuar Bengang Ada Yang Pergi Taman Tema Tapi Tak Pakaikan Anak Mask

11-10-2021 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5983| Komen: 18

Pelakon, Shima Anuar meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pihak yang memandang remeh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi menangani penularan virus Covid-19.


Shima, 29, menempelak golongan dewasa yang membawa anak-anak ke taman tema namun, tidak memakai penutup muka dengan betul.

Foto: IG
 

"Ada segelintir pengunjung yang membuka pelitup muka dan ada juga yang meletakkannya pada bahagian dagu saja. Ini menganggu 'mood' saya dan keluarga.

"Apa alasan anda yang sudah tua bangka tetapi masih tidak faham bahasa? Tolonglah kepada anda yang rasa tidak mampu untuk memakai pelitup muka, susah nak bernafas atau sebagainya, duduk di rumah saja.


"Jangan jadi manusia yang tidak bertanggungjawab! Apatah lagi, selepas ini kerajaan memberi kelonggaran untuk merentas negeri pula. Jadi, tolonglah masing-masing menjaga SOP.

"Saya sendiri tidak mahu duduk berkurung di rumah saja. Oleh itu, sama-sama kita beringat okay? Jaga diri dan keselamatan anda semua," katanya.



Menerusi paparan di Instagram yang dimuat naik semalam itu, Shima dan suaminya, Mohd Solih Toha berkunjung ke taman tema bersama dua anak mereka, Marian Sophia dan Mikhael Iman.

Terdahulu, Shima pernah disahkan positif Covid-19 sekitar awal tahun lalu. Dia yang melakukan kuarantin kendiri dan turut menyarankan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 11-10-2021 02:27 PM
Biasa lah kalau dah ramai macam ni, mesti je ada jumpa sekor dua yg x patuh SOP, ini kenyataan ya bukan main-main
Quote KamikuP 11-10-2021 02:27 PM
who are her?
Quote msdummy.2018 11-10-2021 02:33 PM
Aku nk ckp biasalah tuh...stnadard..lepas ni sma benda dh longgar, lagi ko nk buat apa? Sdgkan yg xckp vaksin pun aman2 merentas spnjg pkp...tajat bukak mask..apa kehal bal kata diaorg
Quote AshkieLa 11-10-2021 02:37 PM
yang keluar kat tv news mcm Buletin Utama pun ade je nampak mask tak tutup hidung,
dok dekat2... bila tengok background kadang yg diinterview tu pegawai yg berpangkat..
so what do you expect from marhaen?
Quote pekanwoohoo 11-10-2021 03:19 PM
Lek lek sudah. Dekat negara lain outdoor pun dah tak wajib pakai mask. Lambat laun nanti kita pun akan hidup macam biasa semula.
Quote Mamason 11-10-2021 03:28 PM
Dah boleh rentas negeri ni nanti tengok je lah... Dah bebas segala-galanya.  Xtau nak kata.  Waima artis or rakyat biasa sama je peel kalau bab2 SOP ni kot.  
Quote DragonSari 11-10-2021 03:53 PM
Susah nk ckp
Klu tmpt hiking/jogging pun, blh kata 95% tak pakai mask.. Ada tu briskwalk bwk anak2 lg
Quote nakkomenjugak 11-10-2021 07:43 PM
Ini malayaaa
Bukan Jepun yachhh
Macam tak pahemmmm2 puleks perangai orang sendiri
Quote cheezel 11-10-2021 07:48 PM
DragonSari replied at 11-10-2021 03:53 PM
Susah nk ckp
Klu tmpt hiking/jogging pun, blh kata 95% tak pakai mask.. Ada tu briskwalk bwk anak2  ...

buat aktiviti riadah tak perlu pun pakai mask. ada dlm sop. gila apa. kang mati susah nk bernafas salahkan kerajaan gak
Quote DragonSari 11-10-2021 08:36 PM
cheezel replied at 11-10-2021 07:48 PM
buat aktiviti riadah tak perlu pun pakai mask. ada dlm sop. gila apa. kang mati susah nk bernafas  ...

Tau. Maknanya stilk risiko terdedah pd virus.  So sama je
Quote pxlbb 11-10-2021 10:10 PM
DragonSari: Susah nk ckpKlu tmpt hiking/jogging pun, blh kata 95% tak pakai mask.. Ada tu briskwalk bwk anak2 lg


Open space sisturrr bukannya ko briskwalk rapat perut ke bontot dgn org ramai. Aku tengok budak2 dan elderlies kat park yg lengang so biarkan depa nak bebas. Unless kalau dlm mall atau park yg ramai org sampai sesak. SOP biar bertempat juga sisturrr matilanakkk kalau kat tengah laut pun kena mask.
Quote nuralisa 12-10-2021 08:38 AM
kannn... negara luar pun bg kelonggaran outdoor dah boleh bukak mask..
tpi masuk mall/masuk building atau office wajib mask ...  
Quote missyL 12-10-2021 10:26 AM
Baik dok rmh je la shima.
Ko bising2 pn xde sape nk ikut.

Klo rase x selamat dok je la kt rmh.
Quote zeitabaei 12-10-2021 11:25 AM
DragonSari replied at 11-10-2021 03:53 PM
Susah nk ckp
Klu tmpt hiking/jogging pun, blh kata 95% tak pakai mask.. Ada tu briskwalk bwk anak2  ...

Dah mmg sop kkm akyiviti riadah x perlu pakai mask.  Giler jogging pakai mask. Mau mati lemas sambil berlari.  
Quote mamapea 12-10-2021 11:42 AM
mana2 sama jer...masa kes belas2 ribu pun diorg bw baby pg kedai...dah sah2 la baby x pakai mask...anak2 kecik x blh masuk kedai gigih jugak bw pg tp kena tunggu kt luar...
Quote DragonSari 12-10-2021 04:56 PM
pxlbb replied at 11-10-2021 10:10 PM
Open space sisturrr bukannya ko briskwalk rapat perut ke bontot dgn org ramai. Aku tengok budak2 ...

Kt sini tasik tmpt org jogging/beriadah, rmai..x smpai 1 m ada manusia
Quote eely_shana 16-10-2021 12:48 PM
kita jaga kita je. kalau x yakin duk rumah je
Quote krustykrab 16-10-2021 12:54 PM
Bebudak kan tak.pyh berfm...
Kalau ko tak suka, ko tak.yah la kluar, duk je rmh..yg ko pun sama naik pi penuhkn jalan buat pe...mcm dh nak mati esok sampai tak nyempat nk  berjimba.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.060130 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top