CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minta Burger, Piza & Milkshake Sebagai Hidangan Terakhir Sebelum Dihukum Mati

6-10-2021 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5088| Komen: 26

Ernest Lee Johnson dihukum mati hari ini di penjara Missouri di Bonne Terre setelah didapati bersalah membunuh tiga pekerja kedai dalam rompakan pada tahun 1994.

Banduan akhir berusia 61 tahun itu diberikan suntikan maut kerana membunuh tiga mangsa – Mary Bratcher, 46, Mable Scruggs, 57, dan Fred Jones, 58 – dengan tukul di Columbia 27 tahun yang lalu.


Sebagai tradisi sebelum hukuman mati dilaksanakan di AS, Johnson juga diberi peluang menikmati hidangan terakhirnya yang istimewa. Tradisi makanan terakhir yang diminta di AS dianggap bermula di Texas pada tahun 1924.


Kredit foto: FOX 2

Difahamkam, Johnson memilih untuk menikmati hidangan besar lagi berminyak pada waktu-waktu terakhirnya.

Menurut laporan Tha Kansas City Star, sebagai pembuka selera, peragut tiga nyawa itu meminta burger keju bacon berganda.

Untuk minuman pula, dia meminta agar pihak berkuasa penjara membawanya dua milkshake strawberi.


Bagi hidangan terakhirnya, dia kemudian memakan sebiji pizza besar, dengan ‘onion ring’ di sekelilingnya.

Johnson disahkan mati pada pukul 6.11 malam pada hari Selasa, waktu tempatan, setelah Mahkamah Agung AS menolak permintaan saat terakhir untuk menghentikan pelaksanaannya.

Hukuman itu dilaksanakan setelah bertahun-tahun perdebatan undang-undang mengenai hukuman mati, termasuk ada yang mempersoalkan dengan alasan dia menderita cacat intelektual.

Minggu lalu, Paus Francis membuat permohonan luar biasa kepada Gubernur Missouri, Michael Parson untuk menghentikan pelaksanaannya.

Gabenor Parson menolak permohonan Paus untuk meminta pengampunan itu, dan juga petisyen dengan hampir 25,000 tanda tangan.

Keluarga-keluarga mereka yang dibunuh oleh Johnson juga berpendapat Johnson tidak sepatutnya diampunkan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik_sssara 6-10-2021 05:47 PM
Sakit mental ke tak, some human are too dangerous to be save.

Kes tahun 1994 masa dia umur 34.  Pinjam pistol dari anak kekasih dia, pergi kedai tembak & pukul mati 3 orang tak bersalah dengan pistol & tukul. Sorok mayat dalam tandas & peti sejuk. Ambil cash $400 untuk beli dadah.  

Hilang nyawa 3 pekerja pertengahan umur yang sedang jalankan tugas sara family.
Quote dua_chzy 6-10-2021 05:51 PM
Anjing ja permintaan terakhir ni. Pembunuh tu ada nak tunaikan permintaan terakhir mangsa2nya?
Quote ReginaGeorge 6-10-2021 07:14 PM
Lamanya peram dalam penjara. Membazir. Patut awal2 lagi bagi dia rasa burger. Sumbat je mulit pakai burger sampai x bernafas.
Quote nakkomenjugak 6-10-2021 08:43 PM
Good riddance
Lama2 kasi kepam dah kenapa
Quote JohnyEnglish 6-10-2021 08:50 PM
Nmpk muka cam x brutal ja
Quote pooh~key 6-10-2021 09:46 PM
Jangan ummah dungu amereka mainkan sentimen black lives matter dah la dekkkkk…..
Quote mclaren 6-10-2021 09:48 PM
Mintak lah at least 4 course meals termasuk champagne from Ramsay nye restaurant dah alang2 ada chance.
Quote akumak 7-10-2021 12:42 AM
Aku pernah bc 1 kisah ni. Sblm undang2 utk jenayah melibatkan pesakit mental. Banduan ni x nak makan lg atau mkn separuh saja hidangan. Dia kata nak sambung mkn lps jalani hukuman mati tu.
Quote akumak 7-10-2021 12:43 AM
Aku pernah bc 1 kisah ni. Sblm undang2 utk jenayah melibatkan pesakit mental. Banduan ni x nak makan lg atau mkn separuh saja hidangan. Dia kata nak sambung mkn lps jalani hukuman mati tu.
Quote dani-rox 7-10-2021 01:56 AM
mclaren replied at 6-10-2021 09:48 PM
Mintak lah at least 4 course meals termasuk champagne from Ramsay nye restaurant dah alang2 ada chan ...

rokok dan arak tak dibenarkan dlm menu last meal.
  
sesetengah penjara menetapkan makanan yg diminta haruslah yg bahan2nya memang ada dlm stok. so takbleh mengada2 mintak pizza yg di order dari kedai pizza atau gourmet restaurant, atau makanan yg dimasak oleh friends or family members.

ada jugak pihak penjara bg budget utk last meal tuh dlm $40 dollar. kalau banduan request makanan yg mahal drpd itu, penjara terpaksa sediakan substitute yg dlm lingkungan harga $40 gak. Cthnya kalau dia mintak steak tp mahal, pihak penjara akan hidangkan hamburger steak yg murah sbg pengganti.

itu kira beruntung jugaklah. ada prison system tak layan last meal requests langsung. ko makan apa yg ko biasa makan dlm jel selama nih. Gituuh.

Quote mclaren 7-10-2021 10:11 AM
dani-rox replied at 7-10-2021 01:56 AM
rokok dan arak tak dibenarkan dlm menu last meal.
  
sesetengah penjara menetapkan makanan yg di ...

Oh ada T& C ke he he baru tau... ingatkan anything goes
Quote kluangman 7-10-2021 10:18 AM
dani-rox replied at 7-10-2021 01:56 AM
rokok dan arak tak dibenarkan dlm menu last meal.
  
sesetengah penjara menetapkan makanan yg di ...

OK tu 40 dollar.
Kalau kat Malaysia hanya RM7.50

Lazimnya suasana pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini. Malah, banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50



https://www.thevocket.com/kisah- ... ti-buat-anda-insaf/
Quote pekanwoohoo 7-10-2021 12:19 PM
cik_sssara replied at 6-10-2021 05:47 PM
Sakit mental ke tak, some human are too dangerous to be save.

Kes tahun 1994 masa dia umur 34.  P ...

Sama kes macam dah buat salah, claim ada kad OKU. Bawak kereta laju laju langgar orang, claim ada kad OKU.
Quote cik_sssara 7-10-2021 04:21 PM
pooh~key replied at 6-10-2021 09:46 PM
Jangan ummah dungu amereka mainkan sentimen black lives matter dah la dekkkkk…..


Tengok pada iklan kempen diorang ni pun macam motif nak highlight yang pembunuh ni kulit hitam. Hm bertahun dragged, akhirnya executed.


Quote dani-rox 7-10-2021 05:37 PM
kluangman replied at 7-10-2021 10:18 AM
OK tu 40 dollar.
Kalau kat Malaysia hanya RM7.50

hamagad sikitnya last meal apa ya boleh beli dgn rm7.50? mee goreng biasa dan air sirap jah kot
Quote dani-rox 7-10-2021 05:53 PM
Edited by dani-rox at 7-10-2021 05:55 PM
cik_sssara replied at 7-10-2021 04:21 PM
Tengok pada iklan kempen diorang ni pun macam motif nak highlight yang pembunuh ni kulit hitam.  ...

Kata rakan banduan dan warden, Ernest mempamerkan sifat ala2 lebam dan lurus bendul. Tapi mahkamah dah buat IQ test dan mengesahkan dia ok jah. Mungkin Ernest acah2 lebam dlm jel - ye la hukum mati kot, tak gila pun mengaku diri gila.

btw ai terbaca Ernest pernah menjalani brain surgery utk membuang tumor, dan korga mangsa bagi tahu bahawasanya itu adalah karma utk dia. Masa pembunuhan dia hentam kepala salah sorg mangsanya dgn tukul sampai pecah tengkorak dan otak terkeluar.

nasib mangsa pembunuhan yg tak digembar gemburkan sgt oleh pejuang2 anti death penalty:

Mary Bratcher, 46, was a single mother with a deep laugh who wore holes into her shoes to provide for her three children. She walked into the Casey’s General Store that night to help a new employee, her children told The Columbia Missourian in 2015.
Fred Jones, 58 was a quiet man who took care of an elderly mother and disabled brother, according to the newspaper.
And Mabel Scruggs, 57 was a single mother with two jobs. She also worked at the University of Missouri Student Health Center.

On a February night in 1994, Johnson, a regular at the Casey’s where the victims worked, bludgeoned them to death as he robbed the store looking for money to buy cocaine. He used a claw hammer. Bratcher also was stabbed with a screwdriver and Jones was shot in the face. After the first death sentence was overturned, Jones’ mother in 1999 told the Associated Press she supported the death penalty in Johnson’s case because she could no longer speak to her son. Johnson’s family, she said, “can still talk to him.” The death sentence was reinstated two other times. Bratcher’s daughter Carley Schaffer in 2015 told The Missourian the execution would mean the end of two decades of court hearings in the case. “I’m ready for this to be done,” she said then. Kevin Crane, former Boone County prosecutor, once told a jury that imposing the death penalty is “the least you can do.” Johnson planned the murders and tried to cover up the crime, he argued at the time. He recently told the AP the crime was “hideous.”

Read more at: https://www.kansascity.com/news/ ... .html#storylink=cpy

Quote kluangman 8-10-2021 08:56 AM
dani-rox replied at 7-10-2021 05:37 PM
hamagad sikitnya  last meal apa ya boleh beli dgn rm7.50? mee goreng biasa dan air sirap jah kot ...

Dengar cerita biasa diorang minta sate atau KFC
sate tu lidi dah kena buang dan ayam kfc pun tulang penjara buangkan.

Biasa diaorang makan sikit je. Baki diorang buat sedekah terakhir

Quote cik_sssara 8-10-2021 09:36 AM
dani-rox replied at 7-10-2021 05:53 PM
Kata rakan banduan dan warden, Ernest mempamerkan sifat ala2 lebam dan lurus bendul. Tapi mahkamah ...

Ye u, buat iq test few times masa dalam penjara. Lepas bunuh orang, bukan sebelum tu. I mean siapa pun boleh pretend buat result low. Lagipun ingat senang ke nak convinced polis sana kes sakit mental ni. They can tell which one fake or real.
Sedih baca fakta kes tu, berkali-kali dia tikam & hentak mangsa

I mean kalau dia betul2 tak betul pun, adil ke bagi keluarga mangsa. Dah la lama gila drag kes.


Quote Suchi 8-10-2021 09:51 AM
dani-rox replied at 7-10-2021 01:56 AM
rokok dan arak tak dibenarkan dlm menu last meal.
  
sesetengah penjara menetapkan makanan yg di ...

Ok ler dpt mkn beger juga tidak hadapla ikan jeket keras kekung tu.

Eh tu kat malaysia lauk ikan jeket/cencaru adalah lauk paling kerap dihidangkan di penjara,hospital dan asrama sekolah.

Kat malaysia selalu depa minta kepsi kan?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.052098 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top