CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sissy Iman Anak Emas Stesen Tv?

6-10-2021 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3619| Komen: 8

Description: Penyanyi dan pengacara Sissy Imann, 26, tidak berasakan dia kini berstatus 'anak emas' di TV3 berikutan menerima beberapa tawaran pengacaraan daripada stesen TV itu seperti Muzik Muzik 36 bersama Alif ...
Penyanyi dan pengacara Sissy Imann, 26, tidak berasakan dia kini berstatus 'anak emas' di TV3 berikutan menerima beberapa tawaran pengacaraan daripada stesen TV itu seperti Muzik Muzik 36 bersama Alif Satar dan terbaharu, Idola Kecil Di Rumah.


Sissy berkata, jika dia 'anak emas', sepatutnya sejak lapan tahun lalu ketika mula aktif membina kerjaya dalam industri hiburan pada 2013.


Foto: IG

"Berada pada tahap ini sekarang, saya anggap ia sebagai rezeki Allah. Selama lapan tahun ini, sudah bermacam-macam perkara saya buat seperti menjadi penyanyi latar, pemuzik undangan, pencipta lagu untuk finalis Idola Kecil musim keenam dan banyak lagi.

"Boleh kata di segenap sudut pentas saya pernah duduk. Di hadapan, di sisi, di belakang, di pinggir, semua tempat saya dah pernah ada. Cuma, dulu belum rezeki orang nampak bakat saya tapi sekarang inilah rezeki yang datang daripada Allah dan saya bersyukur," katanya kepada Harian Metro.




Menurut Sissy, sekarang adalah masa untuk dia menyerlahkan bakat dimiliki dan dia selesa mencuba setiap peluang yang datang.

Dari situ juga dia berpeluang menimba pengalaman dan belajar banyak perkara baharu.

"Saya juga tidak melupakan kerjaya nyanyian. Kini, saya dalam proses muncul dengan single baharu yang penggambaran muzik videonya akan dibuat minggu depan.

"Saya pun tak nafikan ada ramai rakan selebriti yang memberitahu mereka mula kenal saya sebagai pengacara dan bukannya penyanyi. Bagi saya, tak mengapa kerana yang pasti saya suka dengan apa dilakukan sekarang," katanya.



Selain aktif mengacara, Sissy juga pernah mengembangkan bakat dalam lakonan dan sudah membintangi beberapa drama.

Selain itu, dia turut aktif bermain muzik dan menjadi guru vokal.

Menganggap satu cabaran besar buatnya sebagai pengacara Idola Kecil Di Rumah, Sissy berkata, penonton harus menyaksikan program ini yang akan ditayangkan di TV3 mulai Ahad ini jam 3 petang.



Idola Kecil Di Rumah adalah program hiburan menjurus pencarian bakat kanak-kanak dalam nyanyian dari usia lapan hingga 12 tahun.

Ia begitu sinonim dengan TV3 walaupun sudah tujuh tahun tidak diterbitkan.

Antara barisan artis terkenal masa kini yang bakat mereka pernah dicungkil menerusi Idola Kecil ialah Haqiem Rusli, Azzam Sham, Afieq Shazwan dan ramai lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrseller 6-10-2021 05:09 PM
dia ni keje blkg tabir lagi  bagus hasil dia actually. tak tau kenapa buat susah g ke depan, harap tahan maki  yer sistur
Quote umbut 6-10-2021 06:09 PM
Kesian... tetap x glamour.. tetap sendu
Quote supermum 6-10-2021 06:31 PM
Hawa Rizwana barula anak emas TV3
Quote nakkomenjugak 6-10-2021 08:38 PM
Whoisyuhhhhhhh
Quote eely_shana 7-10-2021 10:28 PM
pengacara muzik2
Quote kiah_mai_pulak 8-10-2021 12:47 AM
ke-2 paling annoying tgk cara posing kat ig after iman troye tu. yihhhhhhhhhh
Quote Katanya 8-10-2021 06:35 AM
Aku okay2 je Sissy Iman. Tapi mak aku ada tegur napa rambut dia suka buat rambut macam pahlawan cina, yg toncet toncet sampai ke atas. I cannot unsee it luls luls
Quote fadz84 8-10-2021 07:10 AM
Katanya replied at 8-10-2021 06:35 AM
Aku okay2 je Sissy Iman. Tapi mak aku ada tegur napa rambut dia suka buat rambut macam pahlawan cina ...

Bapaknya yg jd hairstylist.. hehe

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.050910 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top