CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebur RM11,000 Kerana Penuntut IPTS Percaya Pulangan Sehingga 25 Peratus

6-10-2021 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3295| Komen: 12

Description: Tertarik dengan pulangan menguntungkan dalam masa 30 minit, seorang pelajar lelaki sebuah universiti swasta di ibu negara rugi RM11,000 akibat diperdaya rakan Facebook dalam pelaburan tidak wujud.
Tertarik dengan pulangan menguntungkan dalam masa 30 minit, seorang pelajar lelaki sebuah universiti swasta di ibu negara rugi RM11,000 akibat diperdaya rakan Facebook dalam pelaburan tidak wujud.


Pelajar jurusan sains berusia 18 tahun dari Temerloh itu pada mulanya berminat untuk mendapatkan pulangan lumayan selepas berkenalan dengan seorang wanita di Facebook sebelum mereka berhubung menerusi WhatsApp pada 19 September lalu.


Gambar hiasan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita itu kemudian menceritakan mengenai pelaburan dan keuntungan yang akan diperoleh dalam tempoh singkat.

"Wanita itu memujuk mangsa menyertai pelaburan berkenaan dan menceritakan pulangan sehingga 25 peratus jika membuat pelaburan sebanyak RM30,000.

"Keuntungan pelaburan itu diperoleh dalam tempoh 30 minit. Wanita itu meminta mangsa untuk memasukkan wang jika berminat untuk menyertainya," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Mohd Wazir berkata, wanita tersebut memberitahu akan mengajar mangsa untuk melaksanakan kerja sambilan dengan mendaftarkan diri menerusi aplikasi Mfacorp.

Selepas selesai pendaftaran di aplikasi tersebut, katanya, mangsa diminta untuk memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan.

“Dalam tempoh dua hari iaitu 27 dan 28 September, mangsa telah membuat empat kali transaksi ke tiga akaun bank berbeza berjumlah RM11,000.

"Namun sehingga kini mangsa tidak memperoleh keuntungan dijanjikan, malah wang pelaburannya juga lesap, manakala suspek gagal dihubungi," katanya.

Susulan itu, beliau berkata, mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kerana berasa tertipu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 6-10-2021 05:01 PM
Nak duit kena keje dik…
Quote lattehazelnut 6-10-2021 05:06 PM
Byk duit kau dik
Quote merrissa 6-10-2021 05:40 PM
wow byknya duit...aku dah keje pon xde duit byk tu...
Quote Thunderclouds 6-10-2021 06:07 PM
Baru kluaq gua ka dik? Pesen xbaca paper ka? Easy math ja dik. Kalu dpelawa melabur RM100,mahupun 1k utk dapatkn RM100,000 dlm sejam, tu bukan pelaburan. Tu scam. Anything yg too good to be true, SCAM. Pahat dlm kepala.
Quote Nenasketum 6-10-2021 06:09 PM
Takper nanti si scammer akan padam dengan cara paling tagik, macam budak Rohingya bawak audi kepala putus tu. Berdoalah pada Ilahi supaya dapat justice & supaya bagi ko tu cerdik sikit, haiiyyyaaa
Quote ninja9 6-10-2021 06:11 PM
sianlah. kerajaan kena buat undang-undang baru supaya scammer dihukum rotan 39 puluh kali sebatan... kalau masih tak serik bagi 99 kali sebatan.
Quote umbut 6-10-2021 06:13 PM
Kesian.. baru 18.. naiff.. tapi ada juga yg dah tua pun kena scam
Quote nakkomenjugak 6-10-2021 08:39 PM
Heheheeh takpe
Lesson learned
Lepas ni dahhhh belajar pandai2 moga common sense seiring dengan education level
Quote Zazama 7-10-2021 01:30 AM
Kesian kau dik. Harap jgn sampai kemurungan.
Quote helicornia 7-10-2021 10:00 AM
Camne ko student ada duit 11k dik? Akak dulu time belajar ada duit 1k pun dh byk dah
Quote wajaman 7-10-2021 10:44 AM
maybe beliau pakai duit ptptn...
Quote slyfynx 7-10-2021 12:59 PM
Mcm x layak je die ni dok IPTA.
Sile suh die kuar dengan terhormat

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.084515 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top