CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jururawat Diserang, Vaksin Dirosakkan Penduduk Antivaksin

6-10-2021 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3869| Komen: 5

Description: Penduduk anti-vaksin di sebuah perkampungan di luar bandar Guatemala menyerang jururawat yang sedang berusaha memberi suntikan vaksin Covid-19 dan menahan mereka selama tujuh jam.
Penduduk anti-vaksin di sebuah perkampungan di luar bandar Guatemala menyerang jururawat yang sedang berusaha memberi suntikan vaksin Covid-19 dan menahan mereka selama tujuh jam.

Kira-kira 500 individu menyekat jalan dan merosakkan kereta petugas kesihatan di Maguila, di wilayah utara Alta Verapaz, lapor BBC.


Bagaimanapun, 11 petugas kesihatan itu dibebaskan setelah polis berunding dengan penduduk kampung yang merosakkan kira-kira 50 dos vaksin.


Kredit foto: Kementerian Kesihatan Guatemala

Pihak berkuasa mendakwa maklumat salah berhubung ketahanan terhadap vaksin menyebabkan bantahan penduduk di situ.

Kementerian Kesihatan berkata, jururawat-jururawat berkenaan diserang secara lisan dan fizikal oleh penduduk apabila mengeluarkan angin tayar kenderaan petugas dan menghancurkan kotak sejuk yang menyimpan dos vaksin.

“Kami sangat takut kerana kami tidak pernah melalui keadaan seperti ini. Kami hanya menjalankan tugas kami,” kata seorang jururawat.


Katanya, petugas kesihatan cuba menjelaskan beberapa kali bahawa vaksinasi dilakukan secara sukarela dan tidak mahu memaksa siapa pun, namun mereka tidak membenarkan petugas melakukan vaksinasi.

Media tempatan melaporkan penduduk menolak vaksin itu kerana seorang penduduk kampung yang menerima vaksin mengalami kesan sampingan, yang ditafsirkan sebagai masalah kesihatan selepas menerima suntikan.

Kira-kira 2.5 juta penduduk atau 25 peratus penduduk Guatemala yang layak telah divaksinasi dan kadar itu adalah terendah di Latin Amerika.


Sumber: MalaysiaGazette
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 9-10-2021 07:37 AM
Lain x tembak je golongan ni, mnyusahkan org je.
Quote twins 9-10-2021 01:29 PM
jangan ada pulak puak2 ni yg buat perangai macam ni katt Malaysia dah lah
Quote missus_meow 9-10-2021 01:47 PM
sian kat petugas kesihatan who ate just doing their job ... dahlah membazir vaksin ...
Quote edayildiz 9-10-2021 08:25 PM
nasib anti vaccine kt malayzia jenis edukated
xmain ah baling2 brg gini
Quote MontanaHannah 9-10-2021 08:31 PM
Wow mari cuba lakukan ini di Malaysia


-Sariberita Utama

seorang awex cun founder AWEX di dapati  merosakkan smeua vaksin di PPV bersebelahan bilik menteri kesihatan . Semasa di tanya soalan  mengenai  amukan founder AWEX , menteri kesihatan yang dilihat sugul dengan sebelah mata lebam ungu hanya mampu mengetap bibir bengkak dengan gigi kapak depan dua-dua batang luruh tercabut akibat bedilan tumbukan awex tersebut...PDRM walaubagaimanapun menganggap  kejadian itu sebagai hanay kes terpencil dan dilihat sebagai cabaran supaya smeua yang telah lengkap 2 dos supaya dikurung sehingga mereput dan semua janji untuk membuka sekatan rentas negeri ditarik balik dan semuanya haram melangkah melebihi 10km daripada kediaman maisng-masing.



-washington  post  gi  mampus


Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.043581 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top