CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

‘Group Chatting’ Seram Di IG, Hantar Sihir Kalau Tak Teman Video Call

6-10-2021 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6280| Komen: 44

Description: Kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa dia memasuki satu ‘group chatting’ menyeramkan di Instagram.
Kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa dia memasuki satu ‘group chatting’ menyeramkan di Instagram. 

Menerusi video berdurasi sekitar 15 saat yang dikongsi wanita itu, ‘group’ tersebut dipercayai dikendalikan seorang lelaki.


Lebih mengerikan apabila lelaki berkenaan turut mengugut melakukan ritual sihir kepada mana-mana wanita yang enggan membuat panggilan video bersamanya.


Kredit foto: TikTok

Tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut menghantar koleksi gambar gadis-gadis yang berkemungkinan menjadi ‘mangsa’ sihirnya sebelum ini.

"Gambar dalam group itu dipenuhi dengan perempuan kebanyakannya Instafamous.

"Saya buka ‘voice note’, lelaki itu kata siapa tak teman dia video call, dia akan sihir.

"Saya tak kenal siapa perempuan yang dalam gambar tu, semoga adik dalam lindungan Allah," katanya.



Menerusi ruang komen, rata-ratanya terkejut dengan pendedahan berkenaan dan menganggap perbuatan terkutuk itu sangat menyeramkan.

Ramai juga meminta supaya wanita tersebut membuat laporan polis supaya pelaku dapat ditangkap.


Sumber: Gempak
246

Bagus
444

Marah
158

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 6-10-2021 05:41 PM
Dan ko percaya?

Selayaknya.
Quote ninja9 6-10-2021 05:41 PM
Wow music..menyeramkan sungguh.... tergezut aku datang dari mana tadi
Quote djzara81 6-10-2021 05:46 PM
Back in late 90s, jaman bdk2 berbalas2 email, ada one time tu kecoh pasal email berantai. Aku dah lupa content tapi lebih kurang kalo kita tak foward kat org lain, kita akan mati dalam mase terdekat. Sapo ingat?
Quote ninja9 6-10-2021 05:53 PM

ost sinetron legenda.. boleh tersilap dengar mcm suara dari alam kuntilanak
[youtube]RVlfjiJDeNc[/youtube]
Quote syamzana 6-10-2021 05:57 PM
apebenda la pulak ni.
teringat plak kes rumah bomoh kat penang yg org igt terbakar.rupanya tgh buat ritual perbomohan. dasat service pakai online ye.
Quote Normabaru 6-10-2021 06:27 PM
djzara81 replied at 6-10-2021 07:46 PM
Back in late 90s, jaman bdk2 berbalas2 email, ada one time tu kecoh pasal email berantai. Aku dah lu ...

kaka ingt.
konon dr penjaga pintu kaabah ke mana ntah pesanan tu kena pass kat 20org..klu x nnt hidup ditimpa malang bagai..alahai..lemahnya iman ko dekkk


Quote edayildiz 6-10-2021 07:48 PM
djzara81 replied at 6-10-2021 05:46 PM
Back in late 90s, jaman bdk2 berbalas2 email, ada one time tu kecoh pasal email berantai. Aku dah lu ...

masa i strt sekolah tahun 2001 pun ada lg..ada yg fotostat byk2 p sebar kt sekolah..pastu i tnya la ustaz..dia ckp merepek..selamat duit i xyh fotostat..xmati pun
Quote hareeeesah 6-10-2021 09:57 PM
djzara81: Back in late 90s, jaman bdk2 berbalas2 email, ada one time tu kecoh pasal email berantai. Aku dah lupa content tapi lebih kurang kalo kita tak foward  ...


Teringat zaman mirc semua tu.. dah la pegi cc nak guna internet pastu tetiba dapat email karut buang masa je hahaha. Bayar stengah jam je, dial up habis habis la hahahha
Quote djzara81 6-10-2021 10:38 PM
Normabaru replied at 6-10-2021 06:27 PM
kaka ingt.
konon dr penjaga pintu kaabah ke mana ntah pesanan tu kena pass kat 20org..klu x nnt h ...

Haaa yg itulah, baru recall. Aku baca tapi tak fwd kt org. Zmn dulu punya emel berantai mmg dahsat
Quote supernaturalee 6-10-2021 10:44 PM
ninja9 replied at 6-10-2021 05:53 PM
ost sinetron legenda.. boleh tersilap dengar mcm suara dari alam kuntilanak

Mcm Charice

Quote Normabaru 6-10-2021 11:14 PM
djzara81 replied at 7-10-2021 12:38 AM
Haaa yg itulah, baru recall. Aku baca tapi tak fwd kt org. Zmn dulu punya emel berantai mmg dahsat

Indirectly..tanda2 kita dah kertu dik.hahahahaha
Quote Normabaru 6-10-2021 11:15 PM
edayildiz replied at 6-10-2021 09:48 PM
masa i strt sekolah tahun 2001 pun ada lg..ada yg fotostat byk2 p sebar kt sekolah..pastu i tnya l ...

Alaaahaiii mudanye ko dikkkk...

alhemdulillah sukorrrr masih idop ya nakkkk
Quote edayildiz 6-10-2021 11:22 PM
Normabaru replied at 6-10-2021 11:15 PM
Alaaahaiii mudanye ko dikkkk...

alhemdulillah sukorrrr masih idop ya nakkkk

xmuda mana pun kak..muda beberapa thn jer dr akak
Quote makadek 6-10-2021 11:38 PM
Aku addict to alamak.com
Hari2 masuk ... Dr alamak.terus ke ym
Buzz buzz
Semak je

Alamak tu hidup lg dh lbh 11tahun pn
Aku nmpk id2 senior dlm tu..
Quote manzilla 7-10-2021 12:08 AM
Normabaru replied at 6-10-2021 11:14 PM
Indirectly..tanda2 kita dah kertu dik.hahahahaha

Pasal penjaga kubur nabi tu aku ingat lagi. Siapa fotostet 20 salinan dan sebarkan akan jadi kaya. Pelik jugak aku caya masa tu. Masa aku kecik berhingus dulu ada satu lagi surat yang lebih gempak, di Perlis katanya, awan berubah bentuk jadi rupa-rupa manusia dalam neraka. Punya la takut aku masa tu, tapi ayah aku kata orang Perlis tak tahu pun. Masa tu tiada siapa pakai henpon lagi.
Quote Zazama 7-10-2021 01:20 AM
Kalau betul seperti dikata, lama-lama sihir makan tuan!
Quote OyaTonggek 7-10-2021 04:24 PM
ishhh! seramnya...bahaya kan kalau upload gambar kita kt mana2 apps
Quote kucim 7-10-2021 07:00 PM
Aku dulu pernah ada 1 laki dlm myspace ni dok hantar2 mesej blue..1 hr aku ugut nak suruh nenek aku kat siam sana sihir bg anu dia melekat kat dahi...nanti kencinglah ko ikut dahi bukan bwh....
Ntah mana p dah laki ni..nak muntah tgk muka..gtl nak mam
Quote Fortiori02 8-10-2021 01:46 PM
syamzana: apebenda la pulak ni.teringat plak kes rumah bomoh kat penang yg org igt terbakar.rupanya tgh buat ritual perbomohan. dasat service pakai online ye.


Ni yg dorang jumpa byk gamba laki ngn pompuan kat umah bomoh tu ke? Api bukan main marak, jiran ingat terbakar, rupanya tgh membomoh, sabo je la

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:12 PM GMT+8 , Processed in 0.055225 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top