CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Istilah Guna Kabel, Pilih Kasih Anak VIP Dapatkan Tajaan MARA

6-10-2021 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8086| Komen: 75

Description: Tiada istilah guna kabel, pilih kasih malah kononnya mengutamakan anak orang kenamaan (VIP) dalam mana-mana penajaan pinjaman pelajaran di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) seperti didakwa sesetengah ...
Tiada istilah guna kabel, pilih kasih malah kononnya mengutamakan anak orang kenamaan (VIP) dalam mana-mana penajaan pinjaman pelajaran di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) seperti didakwa sesetengah pihak, kata Pengerusi MARA Datuk Azizah Mohd Dun.


Beliau berkata, pemberian tajaan pelajaran berkenaan adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan selama ini terutama dari aspek kecemerlangan dalam keputusan akademik.

“Anak VIP atau daripada keluarga T20 pun, kalau tidak layak dengan kriteria kita tetapkan tetap tidak akan dapat tajaan atau pinjaman,” katanya kepada Bernama sebagai mengulas hantaran menerusi Twitter kononnya ada pelajar tajaan agensi itu yang didakwa tidak layak mendapat kemudahan tersebut kerana terdiri daripada golongan T20 dan menggunakan ‘kabel’.



Azizah berkata, tuduhan seperti yang dilemparkan menerusi media sosial itu adalah tidak patut memandangkan MARA sejak sekian lama telah banyak menyumbang kepada pembangunan Bumiputera dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan.


MARA menyediakan penajaan pelajaran berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar cemerlang berasaskan kelayakan akademik yang diberikan mengikut peringkat pengajian bermula dari program persediaan, ijazah sarjana pertama, pengajian sarjana hingga ke peringkat doktor falsafah (PhD).

Pinjaman boleh ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

Azizah berkata, bagi tempoh Januari hingga 30 Sept lepas, daripada 50,555 pelajar tajaan MARA dalam dan luar negara, sebanyak 89 peratus atau 44,994 pelajar daripadanya merupakan golongan B40 manakala M40 pula 10 peratus atau 5,055 pelajar dan hanya satu peratus atau 506 pelajar daripada kategori T20.

Ahli Parlimen Beaufort itu berkata, MARA melalui Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) menerima RM2 bilion peruntukan belanja pembangunan daripada kerajaan tahun ini khusus untuk program pinjaman pelajarannya.

Beliau berkata, jumlah tersebut adalah untuk membiayai pinjaman pelajaran bagi anggaran 60,000 pelajar, iaitu 35,000 pelajar sedia ada dan 25,000 pelajar baru di dalam dan luar negara.

“Memang banyak kita belanja untuk pendidikan sebab melalui pendidikan kita dapat membina insan berjaya, cemerlang dan dapat pulangkan semula untuk menyumbang kepada negara,” katanya. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenasketum 6-10-2021 05:33 PM
Ek eleeeh Mara, nothing new lar
Quote merrissa 6-10-2021 05:48 PM
“Memang banyak kita belanja untuk pendidikan sebab melalui pendidikan kita dapat membina insan berjaya, cemerlang dan dapat pulangkan semula untuk menyumbang kepada negara,” katanya.


AHAHAHAHHAHAHAHAHAHAH alih2 keje kt obersi. xkeje pon kt msia

alih2 gune duit MARA sebagai duit majlis kahwinnnn (berdasarkan koemn forumer cari)

AHAHHAHAHAHAH
Quote nuryakmal 6-10-2021 06:16 PM
Dont make me laugh la ! Even ptptn pun ada anak2 org kaya dapat full
T
Quote meteorspeed 6-10-2021 06:17 PM
Hahahahaahahha halah, halaah halalahhhjjh
Quote heythere123 6-10-2021 06:28 PM
gebang je ni, takkan la nak mengaku benda yg dah berlaku dari dulu sampai sekarang
Quote cmf_premierleag 6-10-2021 06:34 PM
pakai duit MARA
tp nak jejak kaki utk shoping sapot kaum melayu lain berniaga kt medan MARA pun tak pernah buat
gitu la stok2 T20 yg dpt MARA ni
Quote Friska 6-10-2021 06:41 PM
Suami saya kuliah di Amerika dari S1 (bachelor) hingga S2 (master) dibiayai MARA, sementara madu saya dibiayai keluarganya dari S1 (bachelor) hingga S2 (master). Pernah 2 kali saya ngikutin suami kasih motivational talk di MRSM sekolah lama suami saya buat inspirasi anak-anak sekolah.
Quote Belibis 6-10-2021 07:13 PM
Mara....tak payah sembang acah suci laaa..lubuk kroni .kalau ko cakap kat budak tiktok mungkin mereka percaya .
Quote syamzana 6-10-2021 07:26 PM
cehhhhh...nak tipu sapa la agaknya ni
Quote naina 6-10-2021 07:55 PM
Yang vip tu la kena sedar diri
Dah kaya mampu pergi minta tajaan mara buat apa
Ko dah ambik hak orang susah yang nak ubah hidup dan generasi tau tak
Quote sharlenetexas 6-10-2021 07:58 PM
Ya lah tu. Siapa nak percaya?

Quote cmf_acura 6-10-2021 08:09 PM
macam tu pekara tu rasia..hahhaha. rasia terang oiii..
Quote trexxxxxi 6-10-2021 08:10 PM
Dengaq boleh
Percaya jangan

Quote lasagnaklcc 6-10-2021 08:21 PM
Dulu ada batchmate 5A pon dpt scholarship MARA pergi UK.
Quote kerunai 6-10-2021 08:27 PM
Quote nakkomenjugak 6-10-2021 08:44 PM
Heyyyy who u kiddinggggg haaa?
Quote Cenderakirana9 6-10-2021 09:03 PM
506 pelajar daripada T20. Banyak juga tu
Quote Normabaru 6-10-2021 09:03 PM
Hartuikhhhhh...

Dr zaman tok kaduk lg korg pulun sesama korg ja ibarat yang xjoin ni bukan bumi..pastu bg discount melampau utk pinjaman pdhl blh je duit tu guna tuk fund student lain..

menyampah gilaaa nk deal dgn mara ni.. too much bg yang kt oversea..yg msia dianak tiri
Quote Normabaru 6-10-2021 09:04 PM
Friska: Suami saya kuliah di Amerika dari S1 (bachelor) hingga S2 (master) dibiayai MARA, sementara madu saya dibiayai keluarganya dari S1 (bachelor) hingga S ...


So what?kesah pulak si friskies ni...

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.195528 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top