Anggota tentera Britain dikerahkan ke loji penapisan BP pada Isnin untuk membantu menghantar bahan bakar bagi mengimbangi kekurangan pemandu trak.
Kekurangan pemandu trak menyebabkan rangkaian bekalan Britain untuk segala-galanya dari daging, petrol dan ayam hingga ubat-ubatan dan susu terhenti kerana kekurangan tenaga kerja berikutan krisis Brexit dan Covid-19. Masalah kekurangan bahan bakar di tengah-tengah kekurangan pemandu lori menyebabkan keadaan menjadi kacau-bilau apabila pemandu berbaris panjang di stesen minyak di bandar-bandar besar minggu lalu hingga ada yang bergaduh berebut pam.
Malah, ada pemandu menyimpan bahan bakar di dalam botol. “Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, kami mengambil pemandu tambahan. “Situasi bertambah baik sekarang seperti yang saya rasakan setiap hari selama lebih dari seminggu … semakin baik dan ketika permintaan kembali ke tahap normal, ada harapan masalah dapat diselesaikan sendiri,” kata menteri kewangan Perdana Menteri Boris Johnson, Rishi Sunak kepada radio LBC. Sumber: MalaysiaGazette
|
ADVERTISEMENT