CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengasuh Dipenjara Setahun, Denda RM10,000 Sebabkan Bayi Lumpuh Separuh Badan

4-10-2021 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4899| Komen: 23

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM10,000 ke atas seorang pengasuh yang mengabaikan bayi lelaki berusia 11 bulan sehingga menyebabkan mangsa patah tulang belakang dan lumpuh separuh badan.


Hakim Mahyon Talib menjatuhi hukuman itu selepas Azlina Lizawati Ahmad Tarmizi, 37, menukar pengakuannya kepada bersalah semasa sebutan kes hari ini.

Mahkamah yang memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara mulai hari ini turut mengarahkan wanita itu dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda selain mengenakan hukuman tambahan mengikut Seksyen 31(2) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu bon berkelakuan baik tiga tahun dengan cagaran RM5,000 dan khidmat masyarakat selama 180 jam.


Gambar hiasan


Azlina didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Desa Tun Hussein Onn, Jalan Jelatek, Wangsa Maju di sini, antara 7 dan 10 pagi 23 Julai 2020 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Shahieza Md Hazaid memohon hukuman berat dan meminta mahkamah mengambil kira kecederaan serius yang dialami sehingga menyebabkan mangsa cacat seumur hidup.

"Tertuduh juga tidak amanah dan tidak bertanggungjawab selain pengasuh di rumah yang tidak berdaftar dengan JKM. Dia juga tidak mempunyai sebarang sijil atau kelayakan bagi pendidikan awal kanak-kanak.

"Peningkatan kes-kes penderaan, pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak oleh pengasuh di Malaysia jelas menunjukkan hukuman berat perlu diberikan sebagai pengajaran buat tertuduh dan masyarakat," katanya.

Peguam Raihanah Abdul Razak dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, yang mewakili Azlina Lizawati memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya mengaku bersalah di peringkat awal kes dan ini kesalahan pertama tertuduh.

"Anak guam saya mempunyai tiga anak yang masih kecil dan paling bongsu berusia lima bulan. Dia juga insaf kerana sebelum ini direman selama 14 hari ketika siasatan," katanya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa dihantar ke rumah pengasuh pada 7 pagi dalam keadaan sihat, namun pada 10 pagi, dia diambil oleh bapanya selepas tertuduh memaklumkan bahawa bayi itu tidak berhenti menangis.

Bapanya kemudian membawa bayi itu ke klinik kerana dia kelihatan teramat sakit dan klinik mengarahkan mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan sinar-X.

Siasatan pihak hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan patah tulang belakang serta urat saraf dan laporan perubatan menunjukkan bayi itu mengalami kecederaan kekal dengan mangsa tidak boleh menggerakkan badannya.

Akibat kejadian itu, mangsa kini adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya berikutan kecacatan kekal yang dialami.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hungryhenry 4-10-2021 06:31 PM
Jauh lagi perjalanan baby ni. Jujurin hukuman tu tak setimpal dgn apa yg adik ni akan lalui.
Quote timah03 4-10-2021 06:35 PM
10k je???? Serious la??? Luar negara sampai family suspek tu kena tanggung cost budak tu seumur hidup....
Quote KIM.K 4-10-2021 06:37 PM
Kecik hukuman tu. Insuran pun tak bagi rm10k for permanent disabilities. Semoga dapat keadilan
Quote missus_meow 4-10-2021 06:43 PM
tu je hukumannya? kecacatan kekal tu ...
Quote Tokeybundle 4-10-2021 06:55 PM
Ya Allah.kesian nya baby tu.x setimpal hukuman.patut hukuman lbh berat. x psl2 jd oku.
X pela dik. InsyaAllah Allah permudahkan urusan adik sekeluarga
Quote Meiizu 4-10-2021 06:56 PM
Denda 10k tu bukan dpt kat family mangsa kan?
Quote LoveSungmin 4-10-2021 07:02 PM
ni kes yang mana ye? by the way, tempat kejadian tu kawasan perumahan tentera..
Quote mejaputih 4-10-2021 07:05 PM
Meiizu replied at 4-10-2021 06:56 PM
Denda 10k tu bukan dpt kat family mangsa kan?

Betul jugak kan..bukan hukumm byr pmpasan kat kuarga mangsa. Siannya baby tu .the whole life affected. Semoga Allah permudahkan hidup baby ni masa hadapan semoga dia berjaya dan bhagia
Quote doubleA 4-10-2021 07:23 PM
Ya Allah ko buat apa sampai cacat kekal baby tu? Sendiri pun pernah ada anak awat kejam sanggup dera anak orang?
Quote naina 4-10-2021 07:24 PM
10k tu denda mahkamah kan
Maybe family kanak2 ni boleh claim lain
Macam mana boleh cuai sampai camtu sekali
Malas jaga anak orang ke sambil lewa
Anak orang lagi lah kita takut nak jaga
Kena perati betol2 Sebb apa2 hal nak kena jawab
Mohon family bby tu minta bayaran seumur hidup rawatan. Kesian sangat. Kesalahan orang lain tapi mak bapak yang tanggung
Quote sambaldurian 4-10-2021 08:28 PM
zmn ak kecik2 dulu, nk cari jiran yg mengasuh senang - umur nenek2, jenis mmg ada pengalaman jaga budak. ak ingat ak umir 4 tahun, jiran ak jaga - mak anak polis. so garang bertempat la. dia ckp je, xde tibai2 anak org klu nakal.skg payah, sbb umur nenek2 ni mostly pernah bekerja. so ada pencen/ada simpanan amanah ke so x hingin la jaga anak org. dorg skg berjimba g rombongan g langkawi/hatyai/pdg besar.
yg muda2 ni sbb husband x bg keje. jaga anak org pastu klu stress - g salur kt budak2 jagaan pulak..
Quote mrsLucky 4-10-2021 08:53 PM
10k dan 1 year in jail jer? Sentence ni sangat tak padan. She patut support ubat makan pakai baby tu selama lamanya.
Quote tumpanglalu74 4-10-2021 09:20 PM
Ramei betoi hakim dungu kat topik2 CARI ney.  Sampe bila la nak abih..
Quote MsPercy 4-10-2021 09:50 PM
Tak pasal2 bayi tu dpt kad oku...tak adil yer denda 10k...
Quote matjerk 4-10-2021 09:53 PM
Apa cerita details agaknya.. jatuh mcm mana...

Takut nak htr anak ke pengasuh..
Dan takut utk menjadi pengasuh..
Quote nini_azmi 4-10-2021 09:56 PM
Kesian baby tu smpi cacat.. apa la yg ko dah buat liza oiii...duit nk, keje tak ikhlas
Quote trexxxxxi 4-10-2021 10:04 PM
Setahun saja penjara?
Ku ingatkan pelaku bujang.. rupanya ada anak kecik lg


Kesian baby tu lumpuh separuh badan
Quote ctaz 4-10-2021 10:29 PM
setahun jer....
baby tu pulak cacat seumur hidup
gempak giler le law kat malaysia

Quote 234126 4-10-2021 10:35 PM
Kenapa dengan hakim ni? Cacat kekal wey OKU budak tu dibuatnya. Setahun je penjara dengan 10k denda? Apo?! Anak sendiri pun ada 3, berani hakim tu nak bagi jaga? Kalau kat luar negara ni agaknya dah kena ambik orang jabatan kebajikan dah untuk protection.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.049482 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top