CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Pitam Lepas Suntik Vaksin Sebab Tak Bersarapan Kerana Takut

30-9-2021 08:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10130| Komen: 95

Rakaman video seorang remaja lelaki hampir pitam selepas didakwa baru menerima suntikan vaksin Covid-19 yang tular di media sosial, disahkan berlaku di Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman ketika dihubungi mengesahkan kejadian berlaku di Pusat Pemberian Vaksin PPV (PPV) Encore, Klebang di sini, hari ini.



Tangkap layar rakaman video yang tular di media sosial. Video Ihsan Pembaca

Beliau berkata, pelajar ini mengalami pening kerana tidak bersarapan sebelum mengambil suntikan vaksin.

"Memang ada kes pelajar ini pening, difahamkan akibat tidak bersarapan kerana takut.

"Namun, selepas diberikan makan, dia berada dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, video pendek berdurasi 36 saat tular di media sosial memaparkan remaja berkenaan itu dipapah seorang lelaki dalam keadaan lemah dan hampir pengsan selepas menerima suntikan vaksin.




Dia kemudian dibawa oleh anggota Rela bertugas masuk ke dalam PPV untuk menerima rawatan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 30-9-2021 08:14 PM
kesiannya adik ni
i feel u dik...i pun sama jgk hari nk cocok tu xselera mkn sbb tacodd
Quote angelofish 30-9-2021 08:15 PM
normal untuk orang takut jarum. ai penah lalui
Quote Adrif 30-9-2021 08:50 PM
trypanophobia? fobia jarum?

atau anaemia? tekanan darah rendah?

salah satu, atau kedua-duanya?

jawapannya..

antivax : "INI SEMUA SALAH VAKSIN!"
*kibar bendera*

biasa le pengsan2 time hari kena cucuk ni
cuba korang ingat zaman sekolah dulu2, mesti ada kes serupa camni hari nurse datang cucuk
tapi iye la, nak sensasikan cerita,
iye ke dak antivax sekalian?
Quote shy79 30-9-2021 08:50 PM
dah agak dah..sebab boys memang takut jarum..mcm anak laki akak..
sejuk giler tgn dia masa nk cucuk tadi
Quote naina 30-9-2021 08:55 PM
Dia kan pergi dengan mak dia
Takkan mak dia tak pastikan anak sarapan pagi
Quote nakkomenjugak 30-9-2021 08:56 PM
Kesiannya ko dekkkk
Ramai jugak takut jarum
Quote noor2 30-9-2021 08:57 PM
Boleh x nk kutuk mak budak ni x cerdik....cane anak ko nk cucuk vaksin ko xpasti kan anak makan dulu...
Quote Suchi 30-9-2021 09:06 PM
shy79 replied at 30-9-2021 08:50 PM
dah agak dah..sebab boys memang takut jarum..mcm anak laki akak..
sejuk giler tgn dia masa nk cucuk ...

Budak lelaki drpd zaman iols sekolah camtu mmg dorang yg akan takut lebih.
Tp iols ada sorang kwan pompuan yg takut gila ngn jarum sampaikan lembik lutut takleh nak berjalan kena papah kt klinik masa nk amik darah.
Muka dia pucat lesi dah mcm org sakit teruk.
Xtaula skrg ni dia masih takut ke tak sbb dh kwen n beranak pinak ni takleh la nk takut ngn jarum lg.
Quote aHoi83 30-9-2021 09:07 PM
Jgn acah2 pengsan sbb content tiktok sudeh
Quote tupai 30-9-2021 09:08 PM
Mak nya apsal x bg anak tu mkn dulu sblm pi cucuk...basic knowledge kot sblm vaksin kena mkn dulu...
Quote nenekglamer 30-9-2021 09:11 PM
Budak lelaki takut jarum xde la pelik sgt... Kalau lelaki dewasa takut jarum tu pada aku cam... Alahai. Sbb aku selalu kaitkan lelaki dgn sifat maskulin, berani, ego, agresif dsb... Jarum je kottt... Hehehe
Quote Suchi 30-9-2021 09:16 PM
noor2 replied at 30-9-2021 08:57 PM
Boleh x nk kutuk mak budak ni x cerdik....cane anak ko nk cucuk vaksin ko xpasti kan anak makan dulu ...

Iols baca komen org yg bertugas kat PPV kata budak2 ni ada yg dtg dlm keadaan pening lesu bila tanya katanya ngaku tidur lewat, tak sarapan bagai.Dahla beratur lama jugakan sbb ramai budak yg g cucuk.
Nak tanya skrg ni budak2 ni beratur ada barisan khas tuk budak sekolah ke? Atau campur ngn org dewasa yg dtg walk in juga?
Quote LadyCarefree 30-9-2021 09:22 PM
Wow masing2 sibuk nak merakam.
Quote 3480 30-9-2021 09:42 PM
Mgkin maknya dh suruh mkn tp anaknya xmau..
Mgkin takut smpai x lalu mkn @ dh biasa brekpes lambat
Quote TomyamPuteh 30-9-2021 09:47 PM
Masa satu famili kena denggi, sembilan hari berturut turut kitorg kena jarum, ambik darah. Alhamdulillah. OK je. Mggu dpn si sulung aku nk kena first jab. InsyaAllah. Doa aku semoga Allah permudahkan segalanya.
Quote Fortiori02 30-9-2021 09:52 PM
Kesian adik tu, seb bek x jadi apa2 yg teruk. Mmg elok makan dulu sblm cucuk.
Quote mawarika 30-9-2021 09:56 PM
Baca kat fb katanya mak budak ni komen makan 2 bungkus nasi lemak.
Quote umbut 30-9-2021 09:57 PM
Aku sebelum gi vaks sarapan siap2 kasi kenyang.. cucuk pun x sakit dik ooiii.. dah sapu apa tu sebelum cucuk. Aku sibuk ambik video tgk2 dah siap
Quote TeropongThaico 30-9-2021 10:05 PM
Kesiannya. Mungkin jenis tak bersarapan. Kena pulak dgn takut... Lupa terus la sebelum gi ambik jab tu

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.071364 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top