CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mangsa Samun Koma & Tangan Dipotong, Makcik Bawang Selamba Kata 'Peringatan Allah'

27-8-2021 03:05 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 15860| Komen: 137|Original author: Oleh: LilRose

Kecoh di laman sosial mengenai sepasang kekasih yang cedera parah disamun tiga lelaki di Jalan Kuching menghala pusat bandar tengah malam semalam.


Kredit foto: IG

Harian Metro melaporkan, dalam kejadian 12.10 tengah malam itu, mangsa lelaki cedera di muka dan badan manakala kekasihnya yang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) cedera di bahu kanan dan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, mangsa lelaki mendakwa ketika kejadian mereka menaiki motosikal Y15ZR sebelum didatangi dua lelaki menaiki motosikal RS150 berwarna kelabu.

"Suspek menarik tangan mangsa dan melibas mangga rantai motosikal pada bahagian belakang topi keledar dipakai mangsa.

"Mangsa kemudian membuat pusingan dari Jalan Kuching menghala ke pusat bandar, namun sekali lagi dihimpit motosikal sama dan suspek menendang motosikalnya sehingga menyebabkan hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan sebelum motosikalnya dilarikan," katanya.

Sementara itu, dua saksi kejadian yang juga sepasang kekasih menerusi Instastory mendakwa mangsa wanita kini koman dan tangannya terpaksa dipotong.




Kredit foto: IG

Namun, agak terkilan apabila warganet menjatuhkan hukum terhadap mangsa dengan mengatakan ia sebagai peringatan buat mereka yang berdua-duaan pada lewat malam.

Enggan membiarkan orang ramai terus membuat andaian negatif, saksi menempelak tuduhan mereka.

Jelasnya, kedua-dua mangsa dalam perjalanan pulang dari mencari rezeki sebelum kejadian kejam itu berlaku.






Kredit foto: IG

Dia turut memberi peringatan supaya memikirkan perasaan keluarga mangsa sebelum mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati banyak pihak.

Semoga mangsa diberi kesempatan untuk sembuh dan suspek menerima balasan setimpal atas perbuatan kejam mereka. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aderaderker 27-8-2021 03:14 PM
As usual,  kecam dulu sebelum selidik.
And victim blaming.

Tipikal makcik bawang kasta paling bawah.
Quote KIM.K 27-8-2021 03:24 PM
Syafakilah..macamana keadaan tangan adik ni sampai doktor terpaksa potong?
Quote baby_nurin 27-8-2021 03:38 PM
Allahu.. kesiannya.... tak pasal-pasal kene potong tangan.. org zaman sekrang semakin kejam
kejam dalam perbuatan, kejam dalam menaip komen..

tk de hati perut langsung....
Quote manehnya 27-8-2021 03:42 PM
Kejamnay, dpt motor ja pun, buleh duit tara mana, tgk budak tu sampai kena potong tgn allah... Allah....
Quote darkness 27-8-2021 03:44 PM
Teruknya perangai nurtizen ni..kesiankanlah dulu..
Quote kurga 27-8-2021 03:47 PM
KIM.K replied at 27-8-2021 03:24 PM
Syafakilah..macamana keadaan tangan adik ni sampai doktor terpaksa potong?

baca kat gambar tu..mcm kena langgar lepas dorang jatuh..so, maybe tangan kena gilis la kot... sian..harap kekasihnya x tinggalkan dia lepas dia sembuh..
Quote lasagnaklcc 27-8-2021 03:48 PM
Tula bahayanya keluar sampai lewat malam. Org tgh ligat buat jahat... nak mintak bantuan pon susah. Kesiannya kena potong tgn...
Quote husna_amal 27-8-2021 03:57 PM
Kebanyakkannya bangsa india yang buat jenayah ragut ni. Malas nak tapis ayat perkara macam ni.
Quote KIM.K 27-8-2021 04:01 PM
kurga replied at 27-8-2021 03:47 PM
baca kat gambar tu..mcm kena langgar lepas dorang jatuh..so, maybe tangan kena gilis la kot... sia ...

Oh betul juga. Mungkin tulang dgn urat tu dah hancur. Takut buruk/membusuk.
Kesian adik tu
Quote manehnya 27-8-2021 04:04 PM
Tapi kan aku x bleh nak hadam..
Pukui 12tghmalam nak cod pun, org kerja shift 12 jam pun dah balik rumah, skrg pulak kawasan tu still pkp kan... Budak perempuan pulak tu, tetap x bleh nak hadammm... Kerja pun 8 pm, 10 pm dah balik kan...
Quote doubleharmonic 27-8-2021 04:14 PM
acik bawang up gambar kata mengalah lebih baik? diam bukan takut tapi takmau ribut? eh babi ko entah dari mana datang tetibah masuk menyondol macam babi lepasu tuduh mangsa macam2 dah kenapa babi? lepas dah kena sound terus diam tak berkutik kau kan? lepas tu up ayat2 sendu fefeling mengalah lah bagai apa jadah ni babi?

Quote sukacactus 27-8-2021 04:23 PM
Org tu dah ditimpa musibah, boleh pulak kata mcm2
Quote renko 27-8-2021 04:29 PM
Makcik bawang busuk ni
Quote bakingsoda 27-8-2021 04:32 PM
bahasa acik tu mmg kasar tapi budak yg bekap tu memandai pulak ubah hukum. baik dia jawab pendek je, orang tengah ditimpa musibah doakan yg baik2.
Quote nakkomenjugak 27-8-2021 04:33 PM
laaaa kesiannya...
kenapa sampai ke tengah malam cod nyaa
takpelah mungkin yang balik kerja time tu kot ye


Quote any42 27-8-2021 04:34 PM
geram la dgn penjahat ni nk samun amik je la brang bhrga kenapa smpai cderakn mngsa. klau la mngsa tu mmg org ssah pastu cdera smpai jdkn mngsa lg ssah nk cri rezki kesiannya
Quote edayildiz 27-8-2021 04:37 PM
jahatnya mulut makcik bwg ni..kalau xblh cakap elok2 baik diam jer la makcik..
semoga mangsa tu kembali sihat..kesian dia..well smlm kt fb ada la few mat saleh ngn bangsa india malaysia dk gaduh sbb kl kalah kan dubai jd tmpt plg slmt banding dubai..ramai la ckp kt kl ni selipar jepun pun hilang
pastu few mat saleh pernah dtg kl bangga jer ckp kl ni slmt..india tu jer ngada mentang dk obersi..tp now terbukti selamat
Quote doubleharmonic 27-8-2021 04:38 PM
acik bawang babi ni tak sedor diri yach ko tu andartu tu yang sebok nak jeles dengan mangsa? eh babi ko tu sendiri pon belum ada pasangan suami kemain sebok nak tuduh macam2 kat mangsa dah kenapa babi? tak sedor diri ke kau yang tetap tak laku2 tu pon peringatan allah jugak dekat kau hah babi?

Quote Babai 27-8-2021 04:41 PM
KIM.K replied at 27-8-2021 03:24 PM
Syafakilah..macamana keadaan tangan adik ni sampai doktor terpaksa potong?

Tangan siapa yang kena potong tu?

Lihat semua komen(137)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.211355 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top