CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Cukuplah Setakat Ini, Selamat Tinggal..." - Tauke Jambu

16-8-2021 08:53 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 29383| Komen: 186|Original author: Oleh: LilRose

"Akibat peristiwa ni saya terpaksa undur diri dalam industri hiburan."

Pelawak Tauke (Jambu) akur mengambil keputusan mengundur diri dari dunia hiburan ekoran terpalit kontroversi terbabit kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks.



Kredit foto: MalaysiaKini

"Bukan kerana merajuk tapi sebab-sebab lain... saya rasa cukuplah setakat ini," katanya kepada mStar.

Sejak ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes itu, Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 45, mengakui dihujani pelbagai tohmahan daripada pelbagai pihak.

Tauke sebelum ini mengaku ditahan polis bagi membantu siasatan pada 1 Ogos lalu, namun menafikan menjadi bapa ayam.

"Pandangan netizen seolah-olah Tauke Jambu ni buat perangai tak elok, jual perempuan... dagangkan orang.

"Dalam kejadian tu saya hanya menghantar kenalan iaitu adik angkat perempuan saya, isteri pun kenal.


"Masa tu pihak polis tengah buat pemeriksaan fasal isu sindiket tu. Jadi memang wrong time and the wrong place saya lalu kawasan pemeriksaan tu, polis periksa la.

"Yang saya hantar tu adik angkat, kalau ikut logiknya takkan la adik angkat saya jadi mangsa.

"Dia datang rumah lepak-lepak... apa yang kata jadi mangsa?" katanya.


Kredit foto: Harian Metro

Malah, dia menegaskan bahawa di dalam keretanya hanya ada rambutan gading dan juga petai (untuk isteri) bukan peralatan pelacuran.

Apa kata peminat apabila Tauke mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kualibesi 16-8-2021 09:00 PM
boooo, da kantoi gitu lakk. hr tu mati2 x mengaku
Quote Buritan 16-8-2021 09:00 PM
Aku purcaya ckp hang.. mcm aku laa ade abg angkat adik angkat bpk angkat tok angkat jiran lelaki angkat.. sedara lelaki angkat.. aku semua lelaki semua aku angkat.. pompuan aku tak minat angkat
Quote rukia2 16-8-2021 09:01 PM
noted, bai.
Quote Daftpunk_shine 16-8-2021 09:13 PM
Alahai comel je ada adik angkat..
Quote kiah_mai_pulak 16-8-2021 09:14 PM
amboiihhhhhh baik punya spin.  spin yg aritu pun dh kantoi ni nk spin kali 2 pulak, mmg silap mmg bodoh kalau percaya ckp ko tokey tikusbendang oiii
Quote dua_chzy 16-8-2021 09:15 PM
Adik angkat kau tu, partner threesome kau laki bini ke?
Quote None68 16-8-2021 09:18 PM
Nak buat fulltime bisnes jual daging panas ke tu?
Quote purplelilac 16-8-2021 09:18 PM
Meluat la adik kakak abg angkat ni. Dah kawen ada anak focus kat family jela ni kau tambah mslh pergi dgn family angkat kau.semak!!!
Quote samshik 16-8-2021 09:18 PM
Nk kne meratap ka???
Quote slyfynx 16-8-2021 09:19 PM
BTW, if betul pun, jadah adik angkat leh datang umah?
Kan ke langgar SOP tu
Quote trexxxxxi 16-8-2021 09:19 PM
Tikuih bendang pun ada adik angkat weiii
Kagum aku
Quote annadonna 16-8-2021 09:19 PM
Kalau laki aku ada adik angkat pompuan mampuslah aku nak suruh dia hantar balik berdua aje. Gila ke apa. Naik grab la balik. Kaki spin. Eloklah berambus
Quote kuzaime 16-8-2021 09:21 PM
Elehhh..esok2 muncul balik, bg alasan ramai rindu, atas permintaan ramai..blablabla skrip dh boleh hafal!!
Quote virgo19 16-8-2021 09:35 PM
Gigihnya nak hantar adik angkat bagai, adik kandung kau hantar tak kalau dia nak pergi mana2?
Quote nuryakmal 16-8-2021 09:37 PM
So tulis dlm borang rentas hntr adik angkat ke macam mana
Quote siasia 16-8-2021 09:38 PM
Apa kata peminat?
Ada peminat ke...
Quote sukacactus 16-8-2021 10:05 PM
Ok ramai2 kita nyanyi lagu NSYNC Bye Bye Bye
Quote emilyrose 16-8-2021 10:09 PM
10 patah kau bercakap, 148 patah aku tak percaya..
Quote Ayda89 16-8-2021 10:10 PM
Semoga keja baru berkat & halal utk tokey

Lihat semua komen(186)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.060374 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top