CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dituduh Lakukan Sihir Dan Ilmu Hitam, Rozita Nak Saman Malu-Tuntut RM1juta Setiap Seorang!

15-8-2021 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6138| Komen: 44

Kota Bharu: Dituduh melakukan sihir dan mengamalkan ilmu hitam, seorang wanita mahu mengambil tindakan saman malu terhadap empat individu.

Dengan tuntutan sebanyak RM1 juta setiap seorang, Rozita Ramli, 43, akan mengemukakan saman itu terhadap empat lelaki yang juga pengamal perubatan tradisional dinamakan Tok Singa, Wea Selamos, Tok Hijau dan Ustaz Perlis.


Rozita berkata, tuduhan itu dilemparkan dalam beberapa siri siaran langsung (FB live) dan YouTube milik beberapa lelaki yang dinyatakan itu sejak awal bulan ini yang jelas memberi tekanan terhadap keluarganya.


Foto: Harian Metro

"Tuduhan yang dikeluarkan empat individu itu menyebabkan ramai netizen turut melemparkan tohmahan dan menyalahkan kami tanpa usul periksa sekali gus mendatangkan rasa malu kepada kami serta tekanan yang sangat hebat.


"Saya juga dituduh menyihir adik-beradik sendiri sehingga dikatakan ilmu sihir itu berbalik kepada keluarga sendiri yang menyebabkan hubungan kami semua menjadi renggang.

"Lebih memburukkan keadaan, ada juga laporan polis dibuat menuduh kami menipu mengutip sumbangan untuk rawatan anak dan meminta memulangkan balik sumbangan, sedangkan ia benar-benar digunakan untuk merawat anak perempuan yang mengalami penyakit misteri dan anak lelaki yang menderita buah pinggang kronik," katanya semalam.

Rozita berkata, dia mengambil tindakan saman malu itu sebagai pengajaran untuk setiap tuduhan yang diberikan dan dia turut mengingatkan orang ramai agar tidak terus membuat fitnah terhadap keluarganya malah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sama jika masih berterusan.

Menurutnya, laporan polis berkaitan fitnah itu juga sudah dibuat kerana natijah daripada tuduhan disebarkan secara berleluasa di laman sosial mendatangkan banyak ancaman terhadap keluarganya sama ada menerusi panggilan telefon atau bersemuka termasuk datang ke rumah dan merakamkan foto kediaman mereka.

Tindakan saman malu itu dibuat menerusi Tetuan Hariz Syakinah & Co dengan melantik Muhammad Hariz Md Yusof sebagai peguam.

Sementara itu, Muhammad Hariz berkata, pihaknya sedang mengumpul bukti menerusi siaran video yang dimuat naik di laman sosial dan setakat ini, empat individu dinamakan untuk tuntutan saman malu terbabit.

"Saya tegaskan anak guam saya menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya dalam ilmu hitam dan sihir.

"Saya juga diarahkan oleh anak guam agar turut mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang turut mengeluarkan fitnah terhadapnya dan diharapkan mereka bersedia untuk dibawa ke muka pengadilan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 15-8-2021 04:12 PM
rozita ni kak gee aritu ke..xhbs lg
Quote sarah82 15-8-2021 04:13 PM
Yg hari tu
Quote dua_chzy 15-8-2021 04:14 PM
Biasanya yang berduit menang.
Quote kakikuDibibirmu 15-8-2021 04:14 PM
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow gommo klate gommo!
Quote green~tea 15-8-2021 04:27 PM
kakikuDibibirmu replied at 15-8-2021 04:14 PM
Huk aloh klate gedebe cawwat kote buah mempele serambi Moscow gommo klate gommo!


Lamo doh ore dop paka cawat gote nyo.... mari mano awe weh
Quote Itzy 15-8-2021 04:30 PM
zaman sekarang ni mudahnya menuduh orang macam2 kat media sosial lak tu hahahhaha duniya oh duniya
Quote mxsssgi81 15-8-2021 04:33 PM
Acik ni jutawan nk saman pengamal perubatan 4 org jutawan juga..
Alhamdulillah lah..

Kalau semuanya sengkek buang mase lawyer n hakim sajah..
Quote naina 15-8-2021 04:42 PM
mxsssgi81 replied at 15-8-2021 04:33 PM
Acik ni jutawan nk saman pengamal perubatan 4 org jutawan juga..
Alhamdulillah lah..


Betolke acik ni betol2 jutawan
Quote mxsssgi81 15-8-2021 04:47 PM
naina replied at 15-8-2021 04:42 PM
Betolke acik ni betol2 jutawan

Rozita @ kak Gee?? Ntah..Jutawan komen FB..bukan jutawan duit..
Quote Cece1234 15-8-2021 04:51 PM
Byknya duit nak saman2..
Quote noor2 15-8-2021 04:54 PM
Lawyer tersenyum sinis...
Quote _blackbird 15-8-2021 04:54 PM
igr rozita che wan. rupanya rozita ramli
Quote salmon-suki 15-8-2021 05:10 PM
Ni laa y kes sihir tu?knp dia nk saman org2 y dia pggil utk "ubat" anak2 dia? Aiolzs is heran..guano gitu?wadehek?
Quote TravellingBear 15-8-2021 05:27 PM
salmon-suki replied at 15-8-2021 05:10 PM
Ni laa y kes sihir tu?knp dia nk saman org2 y dia pggil utk "ubat" anak2 dia? Aiolzs is heran..guano ...

sebab tak protect privacy patient. eh? panggil patient ke? client? customer?
Quote wirazam 15-8-2021 05:55 PM
Skrg nih musim Saman ye..juta juta lak tu..rakyat mesia nih ramai yg dah kaya ke
Quote ffbeauties 15-8-2021 05:59 PM
Dasyat makcik makcik sekarang.
Gaduh adik beradik satu malaysia tau
Gaduh gaduh kat fb tp filter kemainnn, kalah BBnU
Quote cmf_premierleag 15-8-2021 06:05 PM
ffbeauties replied at 15-8-2021 05:59 PM
Dasyat makcik makcik sekarang.
Gaduh adik beradik satu malaysia tau
Gaduh gaduh kat fb tp filter ...

teringat bapak aku pernah cakap dulu
org tua kalo gaduh lagi teruk dr bebudak
ni ms aku skolah menengah la
aku cite kat dia ada budak gaduh kt skolah
Quote tipahketipung 15-8-2021 06:06 PM
Apa Tok Singa cakap????
Quote salmon-suki 15-8-2021 06:21 PM
TravellingBear replied at 15-8-2021 05:27 PM
sebab tak protect privacy patient. eh? panggil patient ke? client? customer?

Ukalohhhhh..gitu pulak..skali dgn y perlis tu kena jgk..skrg plak nak saman juta2..alahaiii.. mentang2 pakat terkesan dgn covid,duit xde,cara ni laa senang nak kaut duit segera yee..y adik beradik tu dia xnk saman jgk? kekeke~

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.086914 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top