CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peritnya Nak Mencari Nafkah- Rider Cedera Parah Kemalangan, Isteri Pula Keguguran

13-8-2021 12:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2902| Komen: 21

LANGKAWI – Dugaan berganda buat seorang penghantar makanan apabila dia yang cedera parah selepas terlibat kemala-ngan di sini pada 22 Julai lalu terpaksa menerima berita isterinya mengalami keguguran sehari selepas itu.


Menurut Mohd. Adi Azri Safiee, 26, dari Taman Nilam di sini berkata, dia terlibat kemalangan dengan sebuah van ketika dalam perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan.

Katanya, kemalangan tersebut menyebabkan tulang bahunya patah dan pangkal pahanya cedera teruk sehingga menyebabkan dia hanya mampu terbaring dan memerlukan bantuan untuk duduk.

Foto: Kosmo

“Impak kemalangan itu menyebabkan saya tercampak dan kepala terhantuk pada hadapan cermin van, mujur topi keledar saya dipakai kemas dan tidak tercabut.


“Waktu itu, dalam kepala saya cuma fikir bagaimana hendak sara isteri yang sedang mengan-dung kalau saya ditakdirkan tidak boleh bekerja,” katanya yang ditemui di rumahnya di Taman Nilam di sini semalam.

Ujarnya, isterinya, Nur Azimah Ahmad Zabri, 25, yang baru dikahwini pada Ogos tahun lalu pula mengalami keguguran bayi dalam kandungan sehari selepas dia terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Isteri saya yang tidak be-kerja mengalami keguguran ketika kandungan berusia kira-kira tiga bulan dan ketika itu saya masih menerima rawatan di wad Hospital Sultanah Maliha di sini.

“Nasib baik jiran bantu menghantar isteri saya yang kesakitan ke hospital,” ujarnya.

Mohd. Adi memberitahu, dia kini menggunakan wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikeluarkan melalui program i-Sinar awal tahun ini untuk menampung ke-perluan hariannya.

“Sekarang setiap bulan saya perlu bayar sewa rumah seba-nyak RM500 dan hutang kereta pula RM600. Kalau tidak mampu menjelaskannya, mungkin saya akan jual kereta dan balik ke rumah keluarga di Kuala Nerang sehingga keadaan saya kembali pulih,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun bank CIMB milik Mohd. Adi 7046251586.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 13-8-2021 12:25 PM
Moga dipernudahkan urusan kalian...
Amin...
Quote MissVixen 13-8-2021 12:26 PM
Innalillah. Kesiannya.
Quote Ayda89 13-8-2021 12:33 PM
Rider paling bahaya, motor mana ada perlindungan apa2..kadang sendiri langgar lampu merah, menyelit2 entahla taktau nak cakap. Tapi sememangnya kena amik insurans..risiko tinggi
Quote kivio 13-8-2021 12:33 PM
Dan menteri bersedia untuk bantu soib dengan kereta fordnya dan motonya dan rumah mewahnya, yang baru kehilangan isteri.
Quote babyLON. 13-8-2021 12:42 PM
Ada hikmah la tu dia gugur.
Quote edayildiz 13-8-2021 12:44 PM
kesiannya..tp nsb baik cedera jer..
see hidup org lain lg sadis tau..xyah nk puja melebih adoi..dr kesian jd annoying pulak..yela atleast soib tu beruntung..byk duit blh bsrkn ank..i kesian kt org yg ssh..hilang somi..hilang isteri..smlm kn ada kes somi isteri meninggal kobid tinggal ank umo 2 thn..sedih kot haih.
Quote imanjannah 13-8-2021 12:46 PM
Allah.. bertimpa dugaannya, jumaat yg mulia ini, jom kita sama2 porumer bantu adik ni..
Quote manehnya 13-8-2021 12:59 PM
smoga allah permudahkan segalanya...
Quote nakkomenjugak 13-8-2021 01:00 PM
Moga dipermudahkan urusan keduanya...
Mungkin ada hikmah apa yang terjadi pada bini nya
Quote mama_neko 13-8-2021 01:53 PM
kepada rider2, berhati hati la ride moto tu, ni aku dah berapa kali nak terlanggar depa sbb depa ikut laluan bertentangan... dah la tghari buta, tak nampak apa sbb panas sgt, seb baik aku tak terbabas sbb elak depa.. basic safety kena ikut ..  tapi kesian la depa ni, dah la dok langkawi, bisnes pun tak cun, mesti ramai yang takdak job kat sana.. semoga dipermudahkan urusan depa...
Quote mama_neko 13-8-2021 01:54 PM
edayildiz replied at 13-8-2021 12:44 PM
kesiannya..tp nsb baik cedera jer..
see hidup org lain lg sadis tau..xyah nk puja melebih adoi..dr  ...

budak jadi yatim piatu banyak sebab covid ni.. sedih and takut..
Quote batmana 13-8-2021 02:11 PM
satu hari, drone makin murah,
rider pakai drone je anta barang nnti,

drone bole smpai 12km radius
Quote mamajawie 13-8-2021 02:52 PM
smoga dipermudahkan urusan mereka..

btw iollss da try da no acc kat atas tu legit..jom kita sama2 ringankan beban couple ni..
Quote Fortiori02 13-8-2021 03:07 PM
Kesian family ni. Harap dipermudahkan semuanya.
Quote Cece1234 13-8-2021 03:09 PM
Kesiannya..
Quote iman_kasih 13-8-2021 03:17 PM
Moga diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan
Quote JDT 13-8-2021 04:01 PM
Semuga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan mereka.
Quote mistified 13-8-2021 04:19 PM
Semoga dipermudahkan urusan rider ni.
Quote Artemesiaa 13-8-2021 04:26 PM
Moga penghatar makanan lain ambik iktibar dari kes dia.  Cari rezeki cari rezeki juga tapi aspek keselamatan pun kena dititik beratkan sama kena sentiasa ikut peraturan jalanraya negara ni masih ada peraturan jalanrayanya.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.093601 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top