CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Abang Siti Sarah Kembali Sedar Selepas Sehari Ditidurkan

13-8-2021 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4697| Komen: 21

Description: Selepas 24 jam ditidurkan akibat paras oksigen menurun, abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ahmad Firdous akhirnya kembali sedarkan pada pagi Jumaat.
Selepas 24 jam ditidurkan akibat paras oksigen menurun, abang Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Ahmad Firdous akhirnya kembali sedarkan diri pada pagi Jumaat.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan abang iparnya itu yang dilihat semakin baik.

Malah suami kepada Allahyarham Siti Sarah itu juga mengajak orang ramai untuk terus berdoa untuk semua pesakit yang sedang bertarung nyawa.


Kredit foto: mStar


"Allahuakbar! Allah Maha Besar! Syukur dah buka mata! Terima kasih pada yang mendoakan. Tapi kita sambung lagi doa untuk yang lain sedang bertarung nyawa.

"Kita nak semua orang kembali sihat! Balik jumpa keluarga. Amin. Syukur Ya Allah," kongsi Shuib.

Pelawak berusia 37 tahun itu turut memuat naik foto dia dan bapa mentuanya iaitu Raisuddin Hamzah membuat panggilan video bersama Ahmad Firdous.

Menerusi perkongsian foto tersebut memperlihatkan Ahmad Firdous yang masih memakai alat bantuan pernafasan tersenyum dan dalam keadaan ceria.

Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut meluahkan rasa syukur dan mendoakan agar abang ipar kepada Shuib itu cepat sembuh daripada Covid-19.


Menerusi laporan mStar pada malam Khamis, Ahmad Firdous yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Serdang berada dalam keadaan tidak baik.

Untuk rekod, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi berpunca Covid-19 pada Isnin lalu selepas tiga hari ditidurkan.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). -CARI

Sumber: mStar ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nadiabella 13-8-2021 01:06 PM
Alhamdulilah
Quote sayawifenikmie 13-8-2021 01:06 PM
... suib nampak baik dan rapat dengan keluarga sarah ...macam sarah juga rapat dengan ibu tiri yg lebih muda dari dia .. macam kawan gamaknya depa ....

tak tahu apa perasaan ayah arwah sarah ni ...  sorang anak dah pergi .. sorang bertarung nyawa ... tapi syukur dah tak intubate ... moga lekas sembuh ...

ayag arwah nampak tenang . shuib pun nampak tak meratap hiba ... OK lah dia cenelkan kesedihan dia dengan cara dia .. asal bukan cara haram ....
Quote Suchi 13-8-2021 01:25 PM
Nampak kat fb ada berita mak tiri sarah ckp masa sarah nak masuk wad tu dia suruh mak tiri tu transfer duit rm30k dr acc peribadi sarah ke acc mak tiri suh derma katanya.
Kata mak tiri dia dah uruskan amanah tu.

Rupanya mak tiri tu rakan kongsi Sarah utk produk Ratasya.
Rapat betul ya depa patutla anak2 dia mak tiri tu yg jaga masa dia kat sepital tu.
Ni mak tiri yg sama ayah dia kawen dulu tu ke ye?
Quote cap_ayam 13-8-2021 01:42 PM
Alhamdulillah semoga sihat seperi biasa..
Quote Ferr_Remy 13-8-2021 01:59 PM
sayawifenikmie: ... suib nampak baik dan rapat dengan keluarga sarah ...macam sarah juga rapat dengan ibu tiri yg lebih muda dari dia .. macam kawan gamaknya depa ... ...


Mak tiri die mmg kwn die dr dulu dr sblum jadi mak tiri lagi... Ada baca yg mak tiri die ni dulu spaturnyer nak dijodohkan dgn abg die
Quote Mamioomami 13-8-2021 02:04 PM
Alhamdulillah.. rezeki dia takyah intubated lama2..
Quote Shayang 13-8-2021 02:07 PM
Edited by Shayang at 13-8-2021 02:09 PM
Ferr_Remy replied at 13-8-2021 01:59 PM
Mak tiri die mmg kwn die dr dulu dr sblum jadi mak tiri lagi... Ada baca yg mak tiri die ni dulu ...


Masa kes ayah dia naik mahkamah pasal wali tu kan?
Ayah mak tiri tu yg bagitau kat mahkamah katanya  nak jodohkan ngan abang Sarah.
Kalau google ada je berita pasal ni.
Masa kahwin lari tu katanya dengan izin mak sarah tu cuma ayah mak tiri tu je yg tak bagi.

Masa naik mahkamah tu mak Sarah dah tak sihat mak tiri tu yang papah madu dia tu.
Quote Ferr_Remy 13-8-2021 02:39 PM
Shayang replied at 13-8-2021 02:07 PM
Masa kes ayah dia naik mahkamah pasal wali tu kan?
Ayah mak tiri tu yg bagitau kat mahkamah kat ...

Aah yang tu la.. Tp ramai yg kagum Sarah rapat dgn mak tiri die.. Padahal da mmg kawan baik die pun sbelum ni kikiki. Diorg pun bahasakan diri diorg aku kau smpaila sebelum Sarah tu pergi
Quote tembamgirl09 13-8-2021 03:32 PM
Alhamdulillah moga cepat sembuh
Quote trexxxxxi 13-8-2021 03:40 PM
Alhamdulillah. Semoga abang arwah mintak maaf la ye dengan FL yang dituduhnya pembunuh tu (statement dah didelete dari FB lepas dia sedar)

Jadikan pengalaman ni ibrah untuk lebih menjaga lisan dan adab. Mahal pengalaman ni.

*Pesanan untuk diri meols juga
Quote ina_na 13-8-2021 03:41 PM
Ferr_Remy replied at 13-8-2021 02:39 PM
Aah yang tu la.. Tp ramai yg kagum Sarah rapat dgn mak tiri die.. Padahal da mmg kawan baik die pu ...

Biasa kawan baik lg senang itu ini...tp pd aku sampai nk kawin bapak kawan baik..baik kawin gan abg dia .hahaha..dah jodoh mcm Tu..ade sedikit kegelian sbrnye..hahaha...
Quote iluma 13-8-2021 03:42 PM
makin teruk dia kena kecam kt fb psal dia antivaks.Moga cepat sembuhla ye..lepas ni boleh daftar vaksin..Jangan jadi tikus makmal ye.Eh! Opss
Quote Shayang 13-8-2021 04:16 PM
ina_na replied at 13-8-2021 03:41 PM
Biasa kawan baik lg senang itu ini...tp pd aku sampai nk kawin bapak kawan baik..baik kawin gan ab ...

Kalau google ada gambar masa mak dia sakit kat hospital tu mak tiri tu ngan sarah jaga mak dia tu.
Sbb tu kot sarah baik je ngn mak tiri tu sbb bantu jaga mak dia masa sakit dulu kot.
Quote asfaz 13-8-2021 04:19 PM
trexxxxxi replied at 13-8-2021 03:40 PM
Alhamdulillah. Semoga abang arwah mintak maaf la ye dengan FL yang dituduhnya pembunuh tu (statement ...

Ada lagi ni..
Berapa kg ketum la mamat dlm video  ni minum merepek sesangat kan.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3972679556192945&id=100003528196173
Quote kukukatablog 13-8-2021 04:19 PM
trexxxxxi replied at 13-8-2021 03:40 PM
Alhamdulillah. Semoga abang arwah mintak maaf la ye dengan FL yang dituduhnya pembunuh tu (statement ...

FL siapa? kepala aku terus Fatin Liyana
Quote takacan 13-8-2021 04:25 PM
kukukatablog replied at 13-8-2021 04:19 PM
FL siapa? kepala aku terus Fatin Liyana

Frontliners...


Quote kukukatablog 13-8-2021 04:26 PM

ingat nama orang td...
Quote wnwa05 13-8-2021 04:47 PM
Syukur.. Maaf tanya dia dah vaksin ke. Nak gak tahu sejauh mana kesan vaksin dapat kurangkan kesan serangan covid
Quote Jemahjemah1988 13-8-2021 05:51 PM
Alhamdulilah moga di beri kesembuhan

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:13 PM GMT+8 , Processed in 0.110085 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top